Popular Posts
Wednesday, May 15, 2013
Penang to offer free mammograms, health scans for women
Tuesday, November 1, 2011
Kaedah terbaik cegah kehamilan
SAYA kini hamil anak keempat dan usia kandungan saya 32 minggu. Saya bercadang untuk mengikat peranakan setelah saya melahirkan anak.
Ini kerana saya sudah mencuba beberapa cara untuk pencegah kehamilan seperti mengambil suntikan dan pil perancang. Kedua-dua kaedah ini menyebabkan berat badan saya naik sebanyak 10 hingga 15 kilogram.
Apakah kesan sampingan yang akan saya hadapi jika saya ingin mengikat peranakan selepas melahirkan anak nanti? Adakah cara lain yang boleh saya lakukan untuk mencegah kehamilan?
FARA,
Kuala Lumpur
MENGIKAT peranakan sebenarnya bermaksud menjalani prosedur memutuskan hubungan di antara kedua-dua tiub fallopio dengan rahim. Ia dilakukan sama ada secara pembedahan teropong, pembedahan mini-laparotomi dan juga boleh dilakukan sewaktu pembedahan Caesarean melahirkan bayi (jika perlu) kelak.
Terdapat beberapa kaedah penutupan hubungan ini dilakukan sama ada secara mengepit sebahagian tiub menggunakan klip, membuat gelung menggunakan cecincin ketat, memotong sebahagian tiub untuk memisahkannya mahupun memotong keseluruhan tiub fallopio itu.
Kesan sampingan yang boleh berlaku (tidak semestinya) bergantung kepada cara prosedur ini dilakukan.
Ini termasuk antaranya risiko pembiusan, risiko pembedahan, kemungkinan alahan ubat yang digunakan; kesemuanya dalam peratusan yang sangat kecil.
Ada juga kajian melaporkan pendarahan dari faraj, mungkin disebabkan takungan sisa haid dalam tampuk tiub. Terdapat beberapa kaedah lain seperti implan dan alat dalam rahim yang juga sangat berkesan. Anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai perkara ini.
Sunday, September 11, 2011
Soal Jawab: Air mani suami tak keluar

SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?
ZIRA
Selangor
Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.
Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.
Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.
Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.
Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.
Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.
Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.
Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.
Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.
Memang benar, penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.
Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.
Friday, July 8, 2011
Boikot produk Sensual Whitening Cream

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan "Cream Whitening Sensual" berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A Rahman berkata, produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.
"Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Eisah berkata, pengguna produk itu boleh menyebabkkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang.
Beliau juga berkata, wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan merkuri tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.
Katanya, orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 5532/5534 atau e-mel kepada potm@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan berhubung produk itu. - BERNAMA
Thursday, March 24, 2011
Tanda kesuburan wanita

SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid.
Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi haid selepas sebulan (baru mencapai baligh)?
CHRISTINA,
Petaling Jaya, Selangor
APABILA anak perempuan didatangi haid pertamanya (baligh), maka bermulalah fasa atau tempoh reproduksinya sehingga ia berakhir kelak (menopaus).
Haid (walaupun pada kali pertama) sebenarnya boleh menjadi petanda seseorang itu sudah mengalami pengeluaran telur kira-kira dua minggu sebelum itu, tetapi tidak disenyawakan. Jika telur terbabit disenyawakan, maka berlakulah kehamilan.
Ini juga bermakna, seseorang itu boleh terus hamil tanpa didatangi haid pertamanya, jika sewaktu pengeluaran telur pertama kali itu berlaku persenyawaan oleh sperma daripada hubungan seks walaupun secara paksaan.
Sunday, March 13, 2011
MY WIRA wanita

ZALEHA Idris, Annie Hay, Ding Mee Hong, Ng Pei Ling, Kanta Raj, Tan Meng Kaw, Nagula Thamridurai, Timah Anak Nyalu dan Chia Wei Yin bukan nama besar dalam apa-apa bidang, tetapi mereka segelintir daripada wira wanita yang tabah mengharungi pelbagai halangan akibat serangan penyakit artritis reumatoid (RA).
Kesanggupan mereka berkongsi pengalaman ketika berada pada tahap sangat lemah (apabila mendapat serangan RA) untuk dirakam dalam buku My Wira mengejutkan Perunding Reumatologi merangkap Presiden Yayasan Artritis Malaysia (AFM), Dr Amir Azlan Zain kerana rata-rata pesakit Malaysia adalah pemalu.
HILANG FUNGSI... jari tangan membengkok kerana RA kronik
PERLU RAWATAN... lutut membengkak kerana RA
Ramai tidak mahu penyakit mereka diketahui umum dan mungkin faktor ini menyebabkan tidak sampai 50 peratus pesakit tampil mendapatkan rawatan.
Apabila satu-satu penyakit dirahsiakan, maklumat mengenainya tidak dapat disampaikan kepada masyarakat. Tidak hairan jika masih ramai anggota masyarakat tidak tahu mengenai kewujudan penyakit ini walaupun RA dikategorikan sebagai antara penyakit utama dalam rangkaian masalah artritis (sakit sendi) yang menyebabkan kehilangan keupayaan.
Ada pesakit menganggap RA sebagai penyakit misteri kerana gejala sakit sendi datang dan pergi. Tidak kurang menyifatkan gejala RA disebabkan masalah ‘angin dalam badan’ yang akan hilang sendiri tanpa menyedari penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada sendi jika terus dibiarkan tanpa rawatan.
RA adalah penyakit kronik yang dialami lima dalam 1,000 penduduk dewasa di negara ini atau satu peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, lebih 50 peratus pesakit RA terpaksa berhenti kerja dalam tempoh 10 tahun sebaik menghidap penyakit ini — yang menandakan RA boleh menyebabkan seseorang itu hilang keupayaan jika tidak diberikan rawatan pada peringkat awal, iaitu sebaik penyakit dikesan.
Menurut Dr Amir, RA adalah penyakit auto imun yang berlaku apabila sistem imun badan mengalami kecelaruan dan mula menyerang sendi pesakit sehingga boleh menyebabkan kerosakan. Sistem imun badan menyerang mana-mana sendi pesakit, terutama pada pergelangan tangan dan kaki, lutut serta semua jari.
Serangan sistem imun yang berterusan boleh menyebabkan sendi mengalami keradangan, bengkak dan rosak sehingga mengubah bentuk asal anggota pada sendi berkenaan. Pada masa sama, ia boleh menyerang organ lain seperti paru-paru, salur darah dan sistem saraf.
RA lebih kerap berlaku pada wanita (75 peratus) dalam lingkungan umur 30 hingga 50 tahun. RA adalah sejenis penyakit sendi yang serius.
Hampir 80 peratus pesakit RA mula menunjukkan kesan kerosakan sendi dalam masa dua tahun. Masalah ini menjadi lebih buruk dan boleh berakhir dengan kecacatan jika pesakit tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Perkara inilah yang dialami sebahagian daripada wira dalam senarai di atas.
Annie Hay berkata, dia mula mendapatkan rawatan selepas mendapat nasihat pengurus sumber manusia di pejabatnya yang melihat dia berjalan terdengkot-dengkot.
Rawatan diterima membolehkan dia meneruskan hidup seperti biasa hinggalah Hay terpengaruh dengan cerita kawan untuk mencuba rawatan alternatif.
“Sekarang saya sedar, itu pilihan paling teruk kerana selama 10 bulan mencuba rawatan tradisional herba Cina, penyakit saya menjadi sangat aktif.
“Tidak saya sangka keputusan itu menyebabkan saya kehilangan tulang rawan di lutut. Saya tidak boleh berjalan kerana rasa sangat sakit apabila tulang di lutut bergesel antara satu sama lain sehingga saya pesan pada kawan supaya kerap menelefon bagi memastikan saya masih hidup.
“Selepas menjalani pembedahan penggantian lutut, baru saya boleh kembali bekerja. Namun banyak perubahan perlu saya buat, terutama peralatan penting dalam rumah, kerana ketika itu sendi kecil seperti jari juga mengalami keradangan.
“Untuk buka pintu pun kadangkala saya tidak mampu kerana tidak boleh menggerakkan pergelangan tangan. Jadi kena tukar tombol pintu daripada bentuk bulat kepada bentuk bertangkai,” katanya.
Hay mengakui, memang RA mengehadkan pergerakan pesakit tetapi ada kala dia tahan rasa sakit untuk melakukan perkara yang sangat disukainya — menari.
Ada RA atau tidak, Hay tetap akan menggoyangkan badan, apatah lagi apabila terdengar lagu berentak cha cha dan twist.
Bagi ahli perniagaan, Ding Mee Hong, 49, yang disahkan menghidap RA ketika berusia 22 tahun, pada awalnya dia diberitahu penyakitnya disebabkan ‘angin’ dan mencuba pelbagai jenis ubat untuk menghilangkan angin. Bagi wanita aktif sepertinya, mengalami gejala RA membuatkan dia tertekan dan murung.
Lebih malang apabila semua rawatan dicubanya tidak berkesan dan Ding hanya mendapat rawatan sewajarnya pada 1990 — enam tahun selepas disahkan menghidap RA. Namun ketika itu RA sudah ‘memakan’ dan menyebabkan kecacatan sendi jari tangannya.
“Masa itu hidup saya sangat bergantung pada ubat. Mana tidaknya, seluruh badan sakit. Kalau terjaga tengah malam pun, saya perlu makan ubat tahan sakit supaya boleh tidur semula. Ada masanya saya tidak boleh bangun langsung dan penyakit ini membuatkan saya menangis setiap hari. Rasa sangat kasihan pada diri sendiri.
“Namun sampai bila saya harus menangis? Menangis hanya membuatkan hidup saya bertambah sedih. Berulang kali saya katakan pada diri sendiri, yang saya perlukan ialah kegembiraan.
“Saya melawan penyakit dengan ketawa. Saya bersyukur dikelilingi keluarga dan rakan yang sering membuat saya ketawa. Walaupun rasa sakit, saya tidak boleh jadikannya alasan untuk malas. Sebenarnya keadaan saya jauh lebih baik berbanding orang lain,” katanya.
Malah suaminya, Chew Cheng Chuan, tidak pernah menganggap penyakit ini sebagai masalah walaupun terpaksa mendukung isteri naik dan turun tangga, terutama apabila Ding mengalami serangan RA. Sebagai balasan, Ding memasak sajian enak untuk suami dan dua anak lelakinya.
Chia Wei Yin, 18, tidak menganggap penyakit artritis juvana idiopatik (JIA) yang dihidapinya sejak berusia dua tahun sebagai penghalang untuk berjaya dalam pelajaran.
Setiap hari Chia bertekad mencuba menjadi anak dan pelajar lebih baik dan terus membuktikan dia juga berkebolehan, boleh diharap dan bercita-cita tinggi seperti orang lain.
“Sejak kecil lagi ke mana saja pergi, saya akan jadi perhatian orang. Jadi saya sudah lali. Mereka pandang sebab ingin tahu kenapa dan bagaimana saya jadi begini.
“Tidak mengapalah. Orang mungkin rasa kasihan tetapi keadaan saya (bertubuh kecil dengan sedikit kecacatan) ada kelebihannya. Apabila naik pengangkutan awam, saya selalu dapat tambang kanak-kanak. Untung juga!” katanya yang boleh menaip dan menulis dengan pantas walaupun semua jari tangannya bengkok.
My Wira
Kisah mereka dan ramai lagi wira artritis boleh dibaca dalam buku My Wira hasil usaha sama AFM, Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd dan Persatuan Reumatologi Malaysia yang dilancarkan Timbalan Pengarah (Polisi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Anjli Doshi-Gandhi.
Menurut Pengurus Besar Abbott Laboratories, Muru Annamalai, penerbitan buku berkenaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai RA supaya pesakit mendapatkan rawatan sewajarnya sebelum masalah bertambah buruk.
Selain pengalaman, buku berkenaan memuatkan pelbagai maklumat mengenai RA, panduan perubatan, permasalahan dialami pesakit serta resipi istimewa daripada pesakit dan doktor pakar reumatologi.
Anda boleh memiliki buku menarik ini melalui pendermaan minimum RM50 yang akan dimasukkan ke dalam AFM untuk membantu pesakit kurang berkemampuan. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.afm.org.my
Dr Amir berkata, kesan RA tidak hanya dirasai pesakit tetapi ia memberi pengaruh besar kepada keluarga. Malah pada wanita, kesan serangan RA biasanya lebih teruk berbanding lelaki.
Ini sebabnya penyakit yang boleh meragut keupayaan seseorang perlu diberi perhatian kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.
“Namun cabaran lebih payah ialah mengajak pesakit mendapatkan rawatan. Sehingga kini dianggarkan lebih kurang 1,000 pesakit saja datang berjumpa doktor.
“Bagaimanapun, angka ini mungkin tidak tepat kerana belum buat soal selidik di semua hospital, tetapi saya yakin jumlah pesakit yang menerima rawatan sewajarnya kurang daripada 50 peratus.
“Ada ujian mudah untuk mengetahui sama ada anda berkemungkinan mengalami RA atau tidak. Ia dinamakan ujian picit. Caranya picit merentas tapak tangan (antara hujung bawah jari kelingking ke bahagian antara ibu jari dan telunjuk). Jika terasa sakit, ia mungkin menandakan artritis reumatoid. Pergilah berjumpa doktor untuk pengesahan,” katanya.
Selain itu antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
- Sakit pada sendi, terutama sendi kecil seperti jari
- Sendi jadi bengkak dan terasa panas apabila disentuh
- Sendi jadi kaku, terutama pada waktu pagi (bangun tidur) atau selepas lama berehat
- Mengalami masalah untuk berjalan atau berjalan terdengkot-dengkot akibat sakit sendi
- Demam tanpa sebab munasabah. Pesakit turut berasa penat, sakit badan atau mendapat ruam ketika demam
Oleh kerana RA biasanya menyerang wanita pada peringkat umur penting (30 hingga 50 tahun), banyak persoalan dan kebimbangan yang timbul, khususnya berkaitan hubungan seks dan kehamilan.
Antara kebimbangan berkenaan ialah:
- Hubungan seks — Kesakitan, keletihan dan masalah pergerakan boleh menyukarkan hubungan seks tetapi ia boleh diatasi. Berbincang dengan pasangan untuk menyelesaikan masalah ini
- Penggunaan kaedah pencegahan kehamilan — Oleh kerana kebanyakan ubat untuk merawat RA boleh menyebabkan kecacatan pada janin, pesakit diingatkan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kehamilan yang tidak dirancang
- Adakah RA akan membahayakan kandungan? Tidak. Walaupun penyakit anda aktif (kerap mendapat keradangan dan serangan) ketika anda hamil, ia tidak akan menjejaskan atau memberi kesan kepada kandungan anda
- Berbincang dengan doktor jika mahu mengandung, sebaik-baiknya beberapa bulan lebih awal. Perkara ini sangat penting bagi membolehkan doktor mengubah pelan rawatan anda apabila diperlukan. Kehamilan biasanya memberi kesan positif kepada penyakit RA, sekurang-kurangnya untuk sementara. Kira-kira 70 hingga 80 peratus wanita berkata gejala penyakit mereka bertambah baik sepanjang tempoh kehamilan
- Perlu banyak bersabar — Kebanyakan pesakit RA mengambil masa lebih lama untuk berjaya hamil. Ini mungkin disebabkan proses ovulasi tidak teratur, kurang keinginan dan hubungan seks. Namun rawatan dapat membantu meningkatkan fungsi seksual dan mengurangkan gejala penyakit. Jika rawatan diambil dengan baik, kesuburan anda sama seperti wanita lain
Kebanyakan pesakit mengakui mengalami tekanan dan kemurungan apabila tidak lagi boleh melaksanakan tugas harian, termasuk perkara mudah.
Keadaan ini ada kalanya boleh mendorong kepada kemurungan dan rasa benci terhadap diri sendiri. Sebenarnya ada beberapa cara untuk memperbaiki keadaan:
- Fikirkan persekitaran kerja yang cekap supaya anda dapat mengurangkan kerja mengangkat dan membawa barang. Rancang kerja anda supaya tidak perlu banyak berjalan
- Dapatkan peralatan pejabat ergonomik untuk mengurangkan kesakitan. Contohnya bangku ergonomik yang mempunyai tempat merehatkan tangan dan boleh diubah ketinggian bagi mengurangkan tekanan pada lengan ketika menaip
- Ubah aktiviti secara berkala. Ia bertujuan menggerakkan sendi dan mengelak kesakitan akibat kekakuan sendi yang kerap berlaku akibat terlalu lama berada pada satu kedudukan. Elak duduk terlalu lama atau melakukan kerja sama berulang-ulang kali dalam tempoh lama
- Rancang kerja berdasarkan keutamaan tugas. Lakukan tugas penting dan utama terlebih dulu ketika anda masih kuat
- Pelajari cara menangani tekanan. Tekanan boleh merangsang serangan penyakit anda
- Sentiasa berfikiran positif dengan memberi fokus kepada kelebihan diri sendiri dan kurangkan memikirkan kekurangan diri
Ujian penilaian mudah
Memang tidak dapat dinafikan, wanita mempunyai daya tahan kesakitan tinggi dan sering gejala awal RA dianggap masalah biasa.
Di bawah adalah soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri sebagai ujian penilaian kemungkinan anda menghidap RA.
- Adakah anda mengalami kekakuan sendi melebihi 30 minit?
- Adakah anda berasa sakit pada jari tangan atau kaki melebihi enam minggu?
- Adakah kesakitan sendi berlaku pada belah kanan dan kiri (di tempat sama di kedua-dua belah)?
- Adakah anda sering berasa letih dan sukar menyiapkan tugas harian?
Jika mempunyai tiga jawapan ‘Ya’ kepada soalan di atas, anda disaran segera berjumpa doktor atau pakar reumatologi untuk pemeriksaan lanjut.
Sehingga kini 12 hospital kerajaan mempunyai perkhidmatan reumatologi iaitu Hospital Pulau Pinang; Raja Permaisuri Bainun (Ipoh), Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (Klang), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Rawatan reumatologi juga ada di Hospital Tuanku Jaafar (Seremban), Hospital Melaka, Hospital Sultan Ismail (Johor Bahru), Hospital Tengku Ampuan Afzan (Kuantan), Hospital Sultanah Nur Zahirah (Kuala Teregganu), Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kota Bharu), Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.msr.my or www.nsr.org.my
Thursday, March 10, 2011
Tujuh kali gugur janin

IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007.
Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat.
“Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini. 
“Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.
“Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima.
“Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim,” katanya.
Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.
“Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya ‘lekat’ mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin.
“Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu.
“Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur.
“Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram,” katanya.
Sunday, February 27, 2011
Kulit wanita Asia sensitif

Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.
Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.
Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik.
Menurut Naib Presiden bahagian Perkembangan Teknikal Dermalogica, Dr. Diana Howard, kajian terkini menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit alah dan sensitif seperti faktor genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan, kesan alam sekitar dan cuaca panas.
"Bagi mengenal pasti sama anda mempunyai kulit sensitif atau tidak, saya mencadangkan supaya anda perhatikan ciri-ciri fizikalnya seperti kulit yang nipis, tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, mengelupas dan mudah merah," jelasnya pada majlis pelancaran UltraCalming baru-baru ini.
Dr. Horward menerangkan bahawa secara biologi, kulit akan menjadi alah atau terasa rengsa bersama dengan lapisan epidermis atau lapisan pelindung kulit yang terjejas.
Dr. Howard mengingatkan bahwa kulit yang mudah sensitif, selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pra matang.
Bagi merawat dan menjaga kulit sensitif, seseorang itu perlulah mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca yang melampau.
Mereka hendaklah menggantikan fungsi perlindungan permukaan kulit dan melindunginya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap dan menggantikan lipid semula jadi serta mengelakkan kehilangan kelembapan dan menghalang agen alahan tanpa mengakibatkan ketidakselesaan.
Dalam pada itu, produk-produk UltraCalming mengandungi kompleks UltraCalming yang sangat berkesan.
Dengan mengekalkan standard formula Dermalogica, semua produk ini bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti pewangi dan pewarna dan merawat kulit yang rengsa, kulit yang sangat reaktif dan kulit yang baru selepas pengelupasan.
Setiap produk dalam rangkaian ini mempunyai bahan utama yang membantu melegakan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan seperti ekstrak akar Red Hogweed, ekstrak kernel oat, halia dan bisabolol (bahan yang diperoleh daripada Chamomile).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dermalogica sila layari www.dermalogica.com.my.
Wednesday, February 2, 2011
Puting berdarah tapi tiada benjolan

SAYA berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya mendapati puting payudara kiri saya mengeluarkan darah namun saya tidak berasa sakit.
Saya sudah melakukan ujian pemeriksaan sendiri payudara di rumah dan tidak mendapati sebarang benjolan aneh pada payudara terbabit.
Untuk pengetahuan puan, payudara sebelah kiri saya mempunyai puting yang sedikit ke dalam berbanding payudara kanan sejak remaja lagi.
Hal ini amat merunsingkan saya. Harap puan dapat membantu.
SITI,
Batu Caves
ELOKLAH kerunsingan itu ditangani dengan menjalani pemeriksaan doktor.
Jika berkemampuan, seeloknya dengan doktor pakar bedah payudara yang lebih berpengalaman merawat kes sedemikian dan tentunya lebih sensitif atau arif dalam mengesan perubahan awal, lebih-lebih lagi jika terdapat sejarah anggota keluarga dengan barah payudara.
Anda juga mungkin diminta menjalani ujian ultrabunyi payudara.
Saturday, January 8, 2011
Khatan wanita masih popular

SEORANG kanak-kanak perempuan meronta ketika mudim wanita melakukan prosedur khatan. - Gambar hiasan
BAGI sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.
Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.
“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.
“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.
“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.
Amalan dituntut
Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.
“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.
Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.
“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.
“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.
“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.
Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.
Kerat 1.3 sentimeter
“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.
SEORANG wanita menenangkan anaknya dalam satu prosedur berkhatan khusus untuk wanita di Indonesia. - Gambar hiasan
“Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).
“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.
Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.
“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.
“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.
“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.
Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.
Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.
“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.
Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.
“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.
Saturday, December 25, 2010
Korset anggun gaya kasual

PAKAIAN dalam berbentuk korset yang berfungsi melindungi kekurangan tubuh serta membentuk bahagian bawah tubuh wanita seperti perut, pinggul dan paha menjadi lebih anggun kini bukan sekadar pakaian dalam semata-mata.
Tetapi dengan rekaan lebih moden, korset sama ada pendek, separuh atau berbentuk legging kini boleh dipadankan bersama blaus atau kemeja untuk aktiviti kasual.
Menerusi Pusat Kajian Sains Manusia yang berpangkalan di Jepun, Wacoal mendahului pemasaran korset dengan menghasilkan produk yang bakal menjadi kesukaan ramai wanita.
Bertapak kukuh hampir tujuh tahun di Malaysia, Wacoal kini menghasilkan rekaan lebih moden dan segar sama ada untuk pemakaian di rumah atau gaya kasual di luar.
Menurut Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia Sdn Bhd, Hisao Sugiyama, permintaan yang tinggi terhadap fabrik kapas menjadikan peningkatan dalam jumlah penggunaan pakaian di Malaysia.
“Kapas bukan saja selesa sebagai pemakaian harian di rumah, tetapi juga di luar terutama dalam keadaan cuaca panas di Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran eksklusif bersama media yang diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Penggunaan material Jacquard atau sutera kapas menjadikan penghasilan korset Wacoal paling bermutu kerana mampu membentuk tubuh pada bahagian tertentu terutama me�ngempiskan perut, membentuk pinggul serta mengecilkan paha.
Untuk korset separuh dan panjang (legging) hadir dalam material power net dengan potongan unik dan mudah renggang bagi membantu bukan saja bahagian bermasalah wanita, tetapi menjadikan paha dan kaki lebih langsing.
Memenuhi cita rasa wanita, korset Wacoal hadir dalam warna polos serta bercorak binatang menjadikan legging ini sesuai dipadankan kemeja atau kemeja-T untuk aktiviti santai di luar.
Sebagai penghargaan kepada golongan wanita terutama pelanggan tetap, Wacoal memperkenalkan rangkaian korset bermutu merangkumi jenis pendek, separuh dan panjang juga pengenalan pakaian tidur Jia Cami.
Untuk keselesaan, pakaian tidur Jia Cami hadir dalam gaya lebih santai dan segar. Penggunaan fabrik kapas seratus peratus menjadikan pakaian tidur paling selesa untuk wanita.
Himpunan Jia Cami hadir dalam beberapa warna seperti hitam, kelabu, kuning dan merah jambu sama ada berukuran pendek, seluar dipadankan blaus atau kemeja-T pendek tanpa lengan.
Potongan longgar ditambah perhiasan reben pada kedua-dua poket menjadikan pakaian tidur ini tampil eksklusif dengan gaya tersendiri.
“Wanita di Malaysia akan menjadi lebih sofistikated serta sangat mengambil berat mengenai gaya hidup mereka. Justeru, mereka sangat mementingkan penampilan bukan saja di luar malah di kamar tidur,” katanya.
Wacoal kini boleh didapati di semua rangkaian Wacoal seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak pada harga terendah RM89 sehingga RM189.
Wednesday, December 15, 2010
Senaman Untuk Mencegah Kekenduran Payudara
Kebanyakan wanita akan mengalami kebingungan dan rasa malu akibat payudara yang kendur - khususnya wanita yang memiliki payudara yang besar. Graviti bumi adalah punca utama yang menarik payudara ke bawah apabila kita semakin tua, tetapi ia sebenarnya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Payudara tidak mengandungi otot, hanya rangkaian ligamen dan tisu penyambung. Rangkaian ini adalah untuk memberi susu kepada bayi yang baru lahir. Selepas bayi menyusu akan melayukan tisu payudara, tetapi kulit di sekeliling payudara tidak akan mengendur, menyebabkan payudara terasa berat.
Peliknya, terbukti bahawa memakai coli tidak menghalang payudara dari mengalami kekenduran.
Beberapa penemuan saintifik mendapati bahawa memakai coli boleh meningkatkan kekenduran payudara kerana payudara bergerak dalam coli. Memakai coli yang tidak bersesuaian dengan saiz payudara juga adalah penyebab utama. Walau bagaimanapun memakai coli boleh membentuk payudara anda untuk kelihatan lebih baik ketika berpakaian.
Latihan berikut boleh mencegah payudara dari mengalami kekenduran:
A) PUSH-UPS (Tolakan Badan)

B) Senaman Regangan Tali (STRETCH BANDS)

Pada asasnya, sebarang senaman yang meningkatkan bahagian atas badan juga akan memberi manfaat kepada payudara anda. Apabila anda berjoging, pastikan anda memakai coli sukan yang baik.
AWAS!
Lantunan badan ke atas dan ke bawah (melompat) dan aktiviti sukan yang lasak boleh memecahkan ligamen dalam payudara anda dan menjadikan payudara anda akan kendur lebih cepat.
AMARAN!
Mengurangkan berat badan juga akan membantu membentuk rupa payudara anda. Apabila lemak badan menurun beberapa bahagian tubuh badan kita juga akan mula mengendur, termasuk payudara.
TETAPI!
Jika anda terus melakukan senaman (seperti gambar di atas) dan menjadikan ia adalah aktiviti harian bagi anda ianya akan membantu anda untuk memperlahankan pengenduran payudara anda. Dan jangan terkejut walaupun usia mencecah usia 60tahun payudara anda masih lagi kelihatan cantik.
------------------------------------
TIPS UNTUK REMAJA!
Urutan payudara anak dara dan masih perawan (belum berkahwin) selalunya mempunyai payudara yang tegang kecil dan putingnya tidak kelihatan menonjol walau dalam keadaan ghairah sekalipun. Semakin umur meningkat semakin naik nafsu seks mereka. Sering terjadi perbuatan meramas payudara sendiri & sememangnya sering di akui kenikmatannya. Adalah baik untuk meramas payudara sendiri serta melakukan urutan pada putingnya. Ia boleh mengelakkan daripada terkena kanser payudara.
PERINGATAN UNTUK SUAMI ISTERI!
Kanser payudara adalah disebabkan hormon yang terkumpul pada bahagian puncak payudara kerana naluri keinginan seks yg terbantut apabila anda tidak merasai kepuasannya. Hormon yang banyak ini akan membentuk benjolan yang akan membengkak di puting dan ianya seakan-akan ketulan kecil. Ini sungguh merbahaya jika tidak di rawat.
Semasa melakukan hubungan seks, teknik ramasan tolakan ke atas dan ke bawah mampu mengurangkan risiko penyakit kanser payudara. Jangan tolak ke kiri dan ke kanan. Tolakan ini harus diteruskan selepas melakukan hubungan seks.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA
Sunday, December 12, 2010
Bahana Ikan Sardin

Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu makan sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh
Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.
Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.
Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.
Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.
Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.
Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.
Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.
Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.
Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.
Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.
Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.
Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
Setakat mana kebenaranya
Wassalam wallahualam
Wednesday, December 1, 2010
Isteri alah pada kondom
ADAKAH penggunaan kondom menyebabkan radang atau mengalami penyakit kencing kotor?
Ini kerana setiap kali saya melakukan hubungan kelamin menggunakan kondom, isteri saya mengalami kepedihan pada alat sulitnya.
Saya rasa was-was untuk menggunakan sejenis jenama kondom ini.
Saya tidak pasti, ia mungkin secara kebetulan, tetapi apabila menggunakan
jenama lain, kami tidak mempunyai masalah. Biasanya, kami melakukan hubungan kelamin seminggu sekali dan mengunakan kondom jenama terbabit. Adakah ia disebabkan jenama kondom atau ia perkara biasa dialami wanita apabila pasangannya menggunakan kondom?
VELU
Kuala Lumpur
ISTERI anda mungkin mengalami alahan kepada bahan pelincir kondom terbabit. Sama seperti mana-mana bahan, ubat atau makanan, seseorang boleh mempunyai alahan terhadapnya sedangkan orang lain tidak mengalaminya. Saya tidak faham mengapa setelah menyedari ‘alahan’ terhadap kondom terbabit, anda masih menggunakannya.
Bagaimanapun, ia mungkin sebenarnya tidak berkaitan. Berkemungkinan juga isteri anda sebenarnya mengalami jangkitan kuman akibat hubungan seks. Geselan kemaluan anda pada kemaluan isteri boleh menyebabkan iritasi dan rekahan kulit sehingga mengundang jangkitan kuman. Selain itu, memandangkan saluran kencing wanita (uretra) wanita lebih pendek berbanding lelaki, wanitalah yang lebih kerap mengalami jangkitan kuman sehingga ke dalam pundi kencing.
Hubungan seks yang kerap (walaupun tanpa menggunakan kondom) merupakan satu daripada penyebab jangkitan pundi kencing pada wanita. Untuk mengurangkan risikonya, teknik penjagaan kebersihan kemaluan, meminum air yang banyak, tidak menahan kencing dan membersihkan kemaluan selepas hubungan seks bolehlah diamalkan.
Tuesday, November 2, 2010
Tidak selesa kerana keputihan

SAYA berumur 29 tahun dan mempunyai anak pertama yang berusia 10 bulan. Masalah yang saya hadapi adalah keputihan menyebabkan kegatalan pada faraj saya.
Saya berasa amat tidak selesa apabila mengalami kegatalan itu dan sentiasa ingin menggaru serta boleh menyebabkan kawasan faraj melecet dan sakit apabila terkena air.
Untuk makluman doktor, saya bersalin normal, tetapi terpaksa menjalani jahitan sebanyak dua kali ( mungkin disebabkan saya sibuk menjaga anak di wad akibat sakit kuning-jaundis ).
Adakah disebabkan faktor jahitan saya boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi sensitif apabila berlaku pengeluaran keputihan terutama selepas datang haid ( waktu subur)?
Apakah kaedah rawatan yang sesuai dan tidak memudaratkan bagi mengatasi masalah ini sama ada penggunaan alat pencuci khas atau pengambilan ubat?
Selain itu, saya juga sudah menjalani ujian Pap smear pada Disember lalu di klinik kerajaan, tetapi masih menunggu keputusan.
Risau
Putrajaya
SAYA pasti sewaktu ujian Pap smear dilakukan, doktor juga memeriksa kawasan kemaluan luar, faraj dan permukaan pintu rahim anda. Sekiranya terdapat keputihan atau tanda jangkitan serta kesan kelukaan pada faraj, doktor pasti sudah memberitahu anda dan melakukan ujian kultur kuman menggunakan palitan lelehan atau keputihan.
Mungkin doktor akan memberikan krim antikulat atau antibiotik bersama krim mengandungi hormon tertentu buat sementara waktu untuk mempercepatkan pemulihan kulit faraj. Anda dinasihatkan berjumpa semula doktor di kilnik kerajaan terbabit untuk mendapatkan hasil ujian dan rawatan bersesuaian.
Saya tidak fikir ia mempunyai kaitan dengan luka jahitan bersalin memandangkan ia sudah berlalu 10 bulan terdahulu.
Monday, July 19, 2010
Kesihatan: Tak tahan senggugut

Masalah berlaku pada usia lanjut mungkin disebabkan endometriosis
Soalan:
Saya sudah berkahwin lebih kurang enam bulan yang lalu dan belum dikurniakan cahaya mata. Kitaran haid saya tidak bermasalah dan stabil seperti biasa. Namun, sejak berkahwin, saya mengalami senggugut yang sangat teruk setiap bulan. Senggugut itu pula disertai sakit-sakit badan, sakit kepala yang teruk dan muntah-muntah. Saya harap doktor dapat memberikan pandangan dan nasihat berhubung masalah ini.
SU
Jawapan:
Senggugut yang puan alami itu sebenarnya kerap dihadapi kebanyakan wanita. Senggugut ini boleh berlaku ketika wanita itu pada usia remaja, di bangku sekolah atau sudah masuk zaman pekerjaan.
Dan, masing-masing ada punca yang berlainan. Contohnya senggugut semasa remaja kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa sebab dan akan hilang atau beransur kurang apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
Sebaliknya, senggugut yang berlaku ketika usia lanjut selalunya berpunca daripada masalah seperti endometriosis. Senggugut kadangkala menjadi serius seperti berlakunya muntah-muntah yang teruk, sakit kepala dan memerlukan seseorang itu mengambil cuti atau ubat penahan sakit yang kuat.
Puan Su, seperti yang saya terangkan diatas, kalau Puan Su boleh hamil secepat mungkin, ia akan dapat membantu puan sekurang-kurangnya untuk dua tahun. Kehamilan dan menyusukan bayi dapat mencegah ovari daripada aktif dan berlakunya haid. Ini dapat mengurangkan masalah senggugut.
Alternatif yang lain, puan boleh mengambil pil penahan sakit yang kuat bagi mengurangkan sakit semasa haid. Sekiranya puan belum bersedia untuk hamil, pil perancang keluarga adalah yang paling sesuai.
Bagi masalah kesuburan, biasanya doktor akan memberi masa sehingga 12 bulan bagi pasangan yang masih muda sebelum mereka diberi bantuan untuk hamil. Sekiranya puan masih sukar hamil dalam masa enam bulan lagi, saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar. Salah satu daripada caranya adalah melakukan siasatan bagi mengetahui masalah kesuburan puan dan ini membabitkan prosedur laparaskopi.
Laparaskopi bertujuan untuk melihat keadaan saluran peranakan puan dan di samping itu kami juga mengambil kesempatan melihat punca-punca senggugut tadi.
Info: Senggugut
Ada dua jenis iaitu senggugut primer dan senggugut sekunder.
Senggugut primer berlaku sejak mula wanita itu didatangi haid dan memang susah dicari puncanya.
Senggugut sekunder pula biasanya mempunyai punca dan yang paling biasa disebabkan masalah endometrisis. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan semasa haid maka ia akan terus membesar dan merebak.
Monday, April 5, 2010
Urut galak kesuburan
Tiada bukti urut galak kesuburan
Soalan
SAYA mengalami masalah air mani keluar daripada faraj selepas bersetubuh. Oleh itu, selepas bersetubuh, lazimnya saya meletakkan bantal di belakang punggung supaya air mani itu mengalir terus ke faraj.
Keesokan harinya, apabila bangun tidur, saya dapati air mani terus mengalir keluar daripada faraj hingga ke petang tetapi sedikit. Saya belum hamil tetapi inginkan anak.
Rakan saya memaklumkan kemungkinan rahim saya tinggi dan air mani sukar untuk sampai. Rakan saya itu juga pernah mengalami perkara serupa dan dia berurut untuk menurunkan rahim. Selepas mengurut, dia terus hamil.
Adakah mengurut untuk menurunkan rahim itu salah satu cara yang baik untuk mendapatkan anak? Ada yang menyatakan pengambilan asid folik yang biasanya diambil ibu hamil juga dapat mempercepatkan kehamilan. Adakah ia benar?
TEHA,
Klang, Selangor
Thursday, March 25, 2010
Payudara anak tak membesar
Soalan
ANAK gadis saya berumur 24 tahun, mempunyai payudara yang tidak membesar atau tidak berisi langsung.
Apa yang ada cuma puting yang sedikit kembang. Memang dia kurus tapi bahagian badannya yang lain berisi cuma bahagian dada saja yang sangat leper.
Perkara ini membuatkan dia selalu risau dan mengadu cara sebaiknya untuk mempunyai payudara yang normal. Saya pun sangat risau, bimbang kelenjar susunya tidak membentuk dengan baik. Apakah nasihat doktor?
ALYANEE,
Kuala Lumpur.
Tuesday, February 2, 2010
Punya lebih hormon lelaki

SAYA berumur 30 tahun dengan berat 63 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter, baru memasuki alam perkahwinan. Saiz payudara saya 36B.
Sehingga kini saya tidak pernah didatangi haid. Perut saya tidak buncit dan tidak pernah mengalami sakit di perut. Untuk pengetahuan doktor, pada awal 2008 saya berjumpa doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta.
Hasil pemeriksaan doktor pakar, dia mendapati saya mempunyai hormon yang lebih kepada hormon lelaki. Tiada sebarang ubat diberikan kepada saya.
Bagaimanakah caranya untuk saya mengembalikan hormon perempuan? Adakah saya boleh hamil dan berkeadaan normal seperti perempuan biasa?
IZA,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
TIDAK pernah didatangi dinamakan amenorea primer. Mereka yang belum didatangi haid setelah menjangkau usia 16 tahun disarankan menjalani pemeriksaan doktor tanpa menunggu lebih lewat lagi kerana beberapa puncanya boleh memberi impak terhadap kehidupan atau potensinya untuk hamil kelak.
Saya andaikan, apabila memberikan jawapan permasalahan puan, doktor puan sudah pun melakukan beberapa ujian di samping pemeriksaan fizikal, antaranya:
- Pemeriksaan ciri-ciri fizikal sindrom tertentu yang menandakan kemungkinan keabnormalan kromosom contohnya sindrom Turner (terdapat kromosom Y iaitu kromosom lelaki). Deria bau anda juga mungkin sudah diperiksa.
- Memastikan tubuh anda menunjukkan perkembangan seksual sekunder contohnya kewujudan dan taburan rerambut kemaluan, bulu ketiak. Kadangkala pengambilan ubat berhormon yang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ciri seksual sekunder ini dalam jangkamasa lama boleh mengaburi penilaian ini.
- Mengesahkan kewujudan rahim. Memandangkan anda sudah pun berkahwin, ujian ultrabunyi secara trans-vaginal (melalui faraj) dapat memberikan imej yang lebih terperinci contohnya ketebalan lapisan haid (endometrium) pada bahagian terdalam dinding rahim dan seumpamanya.
- Melalui ultrabunyi juga, doktor akan mengimbas kedua-dua ovari. Ultrabunyi trans-abdomen juga boleh dilakukan untuk melihat kelenjar edrenal yang terdapat di bahagian atas buah pinggang.
- Memastikan tiada masalah berkaitan keabnormalan hormon contohnya berlebihan hormon kelelakian walaupun ini lazimnya menyebabkan haid yang tidak teratur atau jarang-jarang dan bukannya tidak pernah didatangi haid langsung.
- Selain ultrabunyi, ujian darah juga dilakukan termasuk ujian hormon tertentu dan analisis kromosom.
Anda mungkin ingin bertanya sekali lagi dengan doktor anda untuk kepastian, sama ada anda mempunyai berlebihan hormon lelaki ataupun sebenarnya mempunyai kromosom lelaki lebih-lebih lagi memandangkan anda tidak ditawarkan sebarang ubat.
Lebih elok jika anda meminta doktor menulis nama penyakit anda. Kadangkala penerangan perubatan mengenai istilah penyakit yang diterangkan doktor boleh disalah faham. Doktor juga boleh menerangkan mengapa anda tidak diberikan rawatan serta peluang untuk hamil.
Lazimnya pada usia begini, bagi mereka yang menunjukkan ciri-ciri fizikal atau sifat keperempuanan, punca yang paling kerap adalah masalah kongenital (gangguan pembentukan sistem peranakan yang sepatutnya berlaku sewaktu peringkat janin) yang menyebabkan rahim dan faraj tidak terbentuk.
Mereka boleh mempunyai ovari malah ujian kromosom menunjukkan mereka perempuan. Memandangkan mereka mempunyai ovari (mempunyai genetik kromosom perempuan), mereka menunjukkan ciri-ciri keperempuanan tetapi oleh kerana ketiadaan rahim (dan faraj), haid tidak terbentuk.
Mereka juga boleh mempunyai keabnormalan sistem buah pinggang. Keadaan ini dinamakan agenesia Mullerian (atau sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser).
Selain agenesis Mullerian, satu lagi punca lain yang juga mungkin adalah sejenis penyakit kromosom yang dinamakan sindrom testicular feminine yang mereka mempunyai kromosom lelaki, testis yang tersembunyi di bahagian inguinal atau abdomen, faraj yang pendek dan buntu di penghujungnya.
Lebih jarang lagi, ia disebabkan oleh ketumbuhan kelenjar adrenal.
Thursday, November 19, 2009
Khasiat Susu Ibu
SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI
KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.
Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."
THERE ARE MORE HERE
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap 'liar' oleh khalayak. PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...
-
KUALA LUMPUR: “Jangan salah sangka kerana saya tidak memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki Melayu. Saya sudah lama terdeda...
-
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? An...
-
KUALA LUMPUR: Bahana bercinta melalui facebook dengan lelaki baru dikenali menyebabkan seorang pelajar perempuan dihantui ketakutan selepas ...
-
KISAH perjalanan hidup Anang Hermansyah dan Krisdayanti (KD) akan dibukukan. Rumah tangga mereka yang kandas di tengah jalan akan dikupas da...
-
ANDAI sebelum ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin cukup sinonim mendendangkan lagu-lagu berbahasa Melayu sehinggaka...
