
LANGKAH kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Berhad yang menawarkan jaminan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi rumah bernilai di bawah RM220,000 membolehkan golongan muda memiliki rumah sendiri.
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata sebelum ini pembeli perlu membayar pendahuluan 10 peratus, sekali gus tidak membolehkan golongan muda membeli rumah.
“Dengan pengumuman ini, ia mewujudkan keadilan sosial kepada belia,” katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pemuda Kristian (YMCA) Kuala Lumpur, Richard Yeoh, berkata skim itu juga meningkatkan kuasa membeli golongan muda yang selama ini terhalang ekoran dibebani bayaran pendahuluan yang dianggap tinggi.
“Selama ini, belia tidak mampu memiliki rumah. Mereka hanya mampu melihat harga rumah semakin meningkat ekoran peningkatan nilai hartanah, namun skim menjadi pemudah cara untuk mereka,” katanya.
Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan, pula berkata cadangan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama dan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik rumah tidak lebih RM350,000 akan memberi nilai tambah kepada golongan muda.
“Kita berharap belia mengambil peluang yang diberikan untuk mengumpul aset, namun biarlah ia memenuhi kriteria selain mengambil kira bebanan hutang yang perlu ditanggung mereka,” katanya.
Popular Posts
Saturday, October 16, 2010
Bajet 2011: Belia kena rebut peluang kumpul aset
Skim beli rumah tanpa deposit
Milikan pertama bagi gaji kurang RM3,000
KERAJAAN akan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas Bhd (Cagamas) yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. Skim ini untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan. Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan seperti amalan lazim.
Pada masa sama, hanya pembeli rumah pertama juga akan diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah berharga tidak melebihi RM350,000.
Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama itu. Bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah pula kerajaan menyediakan RM568 juta bagi membina 300 kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Sewa Rumah.
Selain itu, bagi membantu golongan pekerja estet memiliki rumah, kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah dengan peruntukan RM50 juta yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN). Skim ini terbuka kepada pekerja tetap estet dan warga negara Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan maksimum RM60,000 bagi membeli rumah kos rendah pada kadar faedah maksimum empat peratus dengan tempoh pinjaman sehingga 40 tahun, menjangkau generasi kedua.
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah kerajaan menggariskan tiga langkah penambahbaikan pada bajet ini.
Langkah pertama ialah membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik; menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
Langkah ketiga, menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa kini. Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011.
THERE ARE MORE HERE
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Rakaman gambar bogel mangsa di depan kamera web turut menjadi alat lelaki Nigeria memeras ugut wanita tempatan bagi mendapatka...
-
SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid. Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi hai...
-
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN 1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara m...
-
From NetEase : Noodle restaurant uses “beef extract” additive to turn pork into beef in 90 minutes Summary: Recently, the Hefei department o...
-
SHAH ALAM — Universiti Industri Selangor (Unisel) bakal dikenali dengan nama baru iaitu Universiti Selangor bermula 14 Feb ini. Presiden dan...
-
JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata ...
-
HONG KONG: The locations of the 35 stations of the first Mass Rapid Transit (MRT) line from Sg Buloh to Kajang are expected to be finalised...
-
MEMETIK laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM...
-
KANGAR: Pemandu bas, Omar Shahidan yang terbunuh bersama sebahagian besar pelancong Thailand, di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpan...