Wednesday, December 23, 2009

Destinasi teksi air diperluas

| Wednesday, December 23, 2009 | 0 comments


MELAKA 22 Dis. – Orang ramai yang ingin melihat lebih dekat mengenai kesan sejarah Pulau Besar tidak perlu lagi menaiki feri sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan teksi air dengan tambang, RM50 seorang.

Pada kebiasaannya menggunakan feri ia mengambil masa setengah jam tetapi dengan perkhidmatan teksi air ia memerlukan hanya 10 minit dari pangkalan Marina di Banda Hilir dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid berkata, perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja di Pulau Besar tetapi juga mengelilingi empat lagi buah pulau seperti Pulau Upeh, Pulau Undan, Pulau Nangka, Pulau Anak.

Menurutnya, perkhidmatan teksi air yang sebelum ini hanya menyusuri Sungai Melaka, diperluaskan ke lima pulau tersebut dalam usaha memberi pengalaman bermakna kepada orang ramai.

‘‘Pengunjung akan menikmati pengalaman yang begitu berharga sekali untuk melihat dengan lebih dekat pulau-pulau yang mempunyai kesan sejarah seperti Pulau Besar.

‘‘Lebih menarik pengunjung dapat menikmati perjalanan melalui Selat Melaka dengan hanya memakan masa selama satu jam 45 minit,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Teksi air yang beroperasi di Sungai Melaka sejak dua bulan lalu dimiliki oleh PPSPM yang turut mengendalikan perkhidmatan Bot Melaka River Cruise yang di perkenalkan Jun 2005.

Teksi air adalah produk pelancongan baru yang dibeli dari Syarikat Waterwave Manchester di London bernilai RM280,000 dan mampu memuatkan 16 penumpang pada satu-satu masa.

Menggunakan dua enjin jenis Honda V Tech 2.4, berharga RM99,000 dengan pecutan 300 kuasa kuda.

Mengulas lanjut Baharom berkata, harga tiket yang dikenakan sebanyak RM50 seorang adalah berpatutan dengan perkhidmatan teksi air yang cukup selamat dan selesa.

Bagi mereka yang datang secara berkumpulan katanya, pihaknya menawarkan pakej berharga RM500 bagi 12 orang.

Katanya, perkhidmatan teksi air beroperasi pada pukul 9 pagi, 12 tengahari dan 5 petang.

‘‘Bagi pelancong yang inginkan pengalaman ingin melihat matahari terbenam, mereka boleh menempah waktu perjalanan pada pukul 5 petang,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan menerusi Pengerusi Operasi Melaka River Cruise, Sulaiman Daud di talian 019-6239710 atau 06-2814322/223.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com