KUALA LUMPUR: Usaha Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerusi usul pemotongan gaji sebanyak RM10 sebagai "hukuman" ke atas kementerian itu yang menghadapi pelbagai isu, ditolak anggota Dewan Rakyat.
Usul itu yang cuba menarik beberapa isu seperti kelewatan menyiapkan Hospital Shah Alam dan pemberian tender secara terus, serta kebocoran di bangunan Parlimen minggu lepas, gagal meraih sokongan majoriti anggota persidangan apabila ia dibuka untuk undian suara.
Ketika menjawab isu pengagihan tender, Shaziman berkata tidak sampai lima peratus daripada 6,124 projek kerajaan membabitkan nilai RM116.02 bilion yang
dikendalikan kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dilaksana secara rundingan terus.
"Hanya 297 atau tidak sampai lima peratus dilaksanakan secara runding terus dan kebiasaannya projek kerajaan akan ditawarkan secara tender terbuka.
"Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu kelulusan secara runding terus diberikan bagi projek spesifik seperti membabitkan aspek keselamatan dan kepakaran khusus," katanya.
Mengenai kelewatan projek pembinaan Hospital Shah Alam, Shaziman berkata kerajaan kini dalam proses memilih kontraktor penyelamat untuk menyambung projek tersebut.
Shaziman berkata projek hospital itu yang bermula sejak 15 Nov 2007 sepatutnya siap pada bulan ini, namun akibat kegagalan kontraktor dilantik menyiapkan projek tersebut tarikh siap dilanjutkan sehingga Jun depan.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment