KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.
Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.
Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.
Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.
Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.
"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.
"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.
Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.
Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.
Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.
Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.
Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.
Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment