Wednesday, November 24, 2010

ASNB agih dividen RM7.3 juta

| Wednesday, November 24, 2010 | 0 comments



AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) sebanyak 6 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2010, peningkatan 0.5 sen berbanding 5.50 sen seunit yang dicatatkan tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan itu membabitkan jumlah pembayaran keseluruhan RM7.3 juta kepada 10,952 pemegang saham yang melanggan 121.02 juta unit ASN3.

Katanya, prestasi lebih baik itu dicapai berikutan faktor peningkatan ekonomi dan pasaran saham tempatan menggalakkan.

“Pendapatan daripada dividen menyumbang RM3.02 juta atau 35.5 peratus, manakala keuntungan penjualan pelaburan pula RM3.65 juta atau 42.8 peratus.

“Lain-lain pendapatan menyumbang RM1.85 juta atau 21.7 peratus daripada pendapatan kasar. Sehingga 22 November lalu, ASN3 memperoleh pendapatan kasar RM8.52 juta,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASN3 di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Mengulas lanjut, Ahmad Sarji berkata, pengiraan agihan pendapatan itu berdasarkan pegangan unit pada 30 November lalu yang juga hari terakhir tahun kewangan ASN3.

“Pembayaran agihan pendapatan ini akan dilaburkan semula dalam bentuk unit secara automatik berdasarkan nilai aset bersih pada tarikh itu,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com