Thursday, November 25, 2010

Flextronics buka 1,800 peluang pekerjaan baru

| Thursday, November 25, 2010 | 0 comments


FLEXTRONICS, syarikat berpangkalan di Singapura dan peneraju dalam menyediakan perkhidmatan perkilangan elektronik, bercadang membuka 1,800 peluang pekerjaan baru di negara ini dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pengurus Kanan Bahagian Pengurusan dan Komunikasinya, Ho Chu Hor berkata, ketika ini, syarikat mempunyai kira-kira 15,000 pekerja di Malaysia.

“Kami sedang giat mencari pekerja baru dalam pelbagai bidang terutama membabitkan kejuruteraan bersifat mesra alam,” katanya kepada Bisnes Metro selepas sidang akhbar pertandingan Eco-Challenge membabitkan penuntut tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pertandingan berkenaan antara lain bertujuan untuk mencari pelajar berpotensi untuk diserapkan ke dalam syarikat.

“Kami sangat peka dan mementingkan rekaan berunsur mesra alam. Menerusi cabaran ini, kami akan mengenalpasti dan menemuduga mana-mana pelajar yang dirasakan layak untuk menjadi warga Flextronics,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Flextronics menerusi cabang niaganya, Flextronics Medical akan membuka kilang terbarunya di Senai, Johor, pada April tahun depan.

“Kilang ini berkeluasan 180,000 kaki persegi (16,723 meter persegi) dan bakal mengeluarkan pelbagai peralatan perubatan,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com