Thursday, November 18, 2010

Kecewa rumah dilelong

| Thursday, November 18, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: “Walaupun hidup kami susah, saya tetap mahukan rumah saya semula dan akan buat apa saja untuk mendapatkannya,” kata M Saraswathy, 52, yang mendakwa menjadi mangsa keadaan ekoran rumah yang dibelinya 11 tahun lalu dilelong pihak bank tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, dia dan suami membeli unit kos rendah di Seksyen 6 Damansara, pada 1999 dengan harga RM38,000 dan mula menetap di rumah berkenaan setahun kemudian.

“Segala-galanya bermula dengan baik sehingga 2009 apabila kami mengalami masalah kewangan dan tidak membuat bayaran kepada bank seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

“Sebelum ini kami pernah terdesak dan tidak dapat membayar ansuran pinjaman selama 10 bulan, tetapi selepas merujuk pihak bank, kami dibenarkan membuat bayaran tertunggak itu,” katanya pada sidang media di Kota Damansara di sini, semalam.

Saraswathy berkata, apa yang dikesalkan, tindakan bank melelong rumahnya kepada pembeli baru tanpa memberitahunya terlebih dulu menyebabkan dia tidak tahu apa yang perlu dibuat kerana rumah yang selama ini menjadi miliknya sudah bertukar hak kepada orang lain.

Katanya, perkara itu hanya disedari apabila ditegur seorang jiran yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut hal terbabit.

“Saya yang terpinga-pinga bertanya kembali kepada rakan berkenaan dan diberitahu mereka ternampak notis yang menyatakan rumahnya sudah dilelong.

“Kemudian, saya dan suami pergi ke bank untuk menjelaskan tunggakan sebanyak RM3,500 pada Mac 2009 tetapi ditolak. Kami diberitahu rumah itu sudah dijual dan pihak bank mendakwa mereka berusaha menjejaki saya dengan menghantar notis ke alamat lama di Taman Medan,” katanya.

Katanya, tersentak dengan penjelasan itu, dia mengambil keputusan merujuk kepada ibu pejabat bank dan lebih mengejutkan apabila mendapati akaun pinjaman rumahnya ditutup dan tidak lagi aktif.

Menurutnya, dia berjumpa dengan peguam bank dan dimaklumkan berlaku sedikit kesilapan dan dia akan mendapat rumahnya semula, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Sehingga kini, saya masih menaruh harapan untuk mendapatkan kembali rumah itu kerana ia satu-satunya harta yang saya ada. “Saya tidak mampu mendapatkan khidmat guaman kerana pendapatan yang diperoleh sebagai pembancuh air tidak seberapa manakala suami pula hanya pemandu lori.

“Saya sudah membuat aduan kepada Bank Negara untuk menyelesaikan perkara ini. Pihak bank menghantar surat makluman kepada saya mengatakan segala tindakan yang diambil mengikut garis panduan dan perjanjian pinjaman,” katanya.

“Saya kecewa kerana hari ini saya terpaksa menyewa rumah sendiri dan membayar sebanyak RM500 sebulan kepada pemilik baru.

Saraswathy berkata, dia berharap masalah ini dapat diselesaikan supaya kehidupan mereka sekeluarga dapat diteruskan seperti biasa.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com