Saturday, November 20, 2010

Tiba-tiba hutang RM13,000

| Saturday, November 20, 2010 | 0 comments


KUALA LUMPUR: Seorang wanita tergamam selepas menerima dua surat dari dua bank berlainan yang meminta menjelaskan bayaran tunggakan kad kredit berjumlah lebih RM13,000 sedangkan dia mendakwa tidak pernah memiliki kad kredit dari bank berkenaan.

Mangsa, Hew Siew Fong, 43, mendakwa terkejut sebaik menerima surat itu yang dihantar melalui pos ke alamat rumah ibu mentuanya.

Katanya, tunggakan dua bank itu adalah berjumlah RM5,722.16 dan RM7,975.

“Saya pernah membuat permohonan kad kredit kepada dua bank berkenaan ketika menghadiri promosi kad kredit itu di sebuah pusat beli-belah, Cheras, di sini, namun sebulan kemudian dimaklumkan permohonan gagal pada Mac tahun lalu.

“Apa yang menghairankan, selepas saya menemui pegawai bank yang menguruskan masalah saya itu, saya dimaklumkan permohonan kad kredit saya itu lulus dan sudah dihantar melalui pos sedangkan ketika membuat permohonan, saya sudah memaklumkan mahu mengambilnya sendiri.

“Sebaik menerangkan situasi sebenar, pegawai bank itu memohon maaf dan memaklumkan saya tidak perlu menjelaskan bayaran terbabit. Tetapi, sebuah lagi bank mahu saya menjelaskan bayaran itu walaupun saya menafikan menerima dan menggunakan kad kredit itu. Saya ada membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa dan pihak bank berkenaan berkenaan bersetuju menunggu siasatan lengkap polis berhubung penggunaan kad kredit yang mungkin diklon sindiket penipuan kad kredit.

Selepas setahun berlalu, minggu lalu, dia menerima satu surat saman yang menuntut menjelaskan tunggakan sebanyak RM11,549.72 walaupun siasatan kesnya masih belum selesai.

“Sekali lagi saya pergi ke bank itu dan berjumpa dengan pegawainya, tetapi saya dimaklumkan perlu juga menjelaskan tunggakan itu. Pegawai terbabit memaklumkan hutang saya semakin meningkat kerana gagal menjelaskan tunggakan sejak setahun lalu.

“Jika saya gagal mengikut arahan surat saman yang saya terima itu, saya berkemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah. Saya amat bimbang dengan situasi itu dan segera membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA bagi meminta bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, dari 2008 sehingga kini, pihaknya menerima 35 kes sindiket penipuan kad kredit membabitkan kerugian sebanyak RM 625,000.

“Bagi kes ini, seharusnya pihak bank itu menunggu sehingga siasatan polis selesai bukannya meletakkan tanggungjawab membayar tunggakan kepada mangsa yang tidak mengetahui apa- apa,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com