LONDON: Mahkamah membenarkan pengasas WikiLeaks, Julian Assange, dibebaskan dari penjara Britain dengan ikat jamin selepas permohonan pendakwa ditolak hakim, semalam.
Keputusan hakim mahkamah tinggi itu disambut dengan jeritan kegembiraan penyokong Assange yang berkumpul di luar mahkamah ketika perbicaraan berlangsung.
Hakim Duncan Ouseley kemudian menetapkan ikat jamin AS$316,000 (RM991,765).
Assange dipenjara sejak 7 Disember lalu selepas menyerah diri kepada polis ekoran siasatan kes rogol di Sweden. - AP
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
9 hours ago
0 comments:
Post a Comment