Percaya atau tidak, dalam masa beberapa tahun lagi salah seorang wakil Malaysia yang dihantar bagi menyertai pertandingan Miss Universe bakal dinobatkan sebagai juara atau setidak-tidaknya sebagai 5 peserta paling atas pertandingan pencarian ratu cantik bertaraf dunia itu.
Inilah yang menjadi impian dan harapan Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia yang juga bekas Miss Universe 2004, Andrea Fonseka ketika mengumumkan format baru pertandingan berkenaan baru-baru ini.
Jika tahun lalu, Andrea telah berjaya mencetuskan ritma baru pertandingan itu dengan menggetengahkan tema Hip, Urban, Relevant, Real, memasuki tahun 2011 pula dia memberitahu bahawa akan ada 2 pemenang di peringkat kebangsaan iaitu 2011 dan 2012 sebelum dihantar ke platform antarabangsa.
Berbanding sebelum ini, menurut Andrea format baru itu akan memberi peluang kepada wakil negara yang berjaya merangkul gelaran Miss Universe Malaysia menjalani latihan intensif yang lebih lama iaitu 8 hingga 12 bulan, sebelum dihantar ke pertandingan Miss Universe.
"Pencarian bagi penyertaan 2012 akan bermula Februari 2011 iaitu melalui persembahan jelajah di seluruh bandar utama, juga menerusi program realiti TV dan juga ujibakat yang akan diadakan di seluruh negara tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sidang media sempena mengumumkan format baru Miss Universe Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.
Bagi transisi baru itu, gelaran Miss Universe Malaysia 2012 akan diumumkan pada September 2011, manakala takhta Miss Universe 2011 akan diberikan pada Februari tahun depan.
Jelas Andrea, format berkenaan telah lama diaplikasikan oleh beberapa negara Amerika Latin sebagai persediaan menghadapi Miss Universe. Dalam tempoh 8 hingga 12 bulan wakil (pemenang negara berkenaan) akan diberikan latihan dan pelbagai persediaan lain yang secukupnya.
Tambahnya lagi, format berkesan ini selalunya menjadi resipi paling mujarab untuk memastikan peserta berkenaan pulang dengan kejayaan atau paling tidak berada dalam kedudukan 5 teratas.
Mengambil contoh kejayaan Miss Mexico yang membawa gelaran Miss Universe 2010, Andrea berkata beberapa negara lain seperti Jepun dan Filipina juga telah menggunakan format serupa yang nyata telah memberi impak besar kepada negara masing-masing.
Tahun lalu, Nadine Thomas telah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2010 dan hanya memiliki persediaan selama 3 bulan sebelum menyertai ke pertandingan peringkat dunia.
"Miss Universe Malaysia adalah duta kepada negara. Sasaran kami ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia melihat sendiri pembabitan duta ini bermula dari sudut pemilihan, latihan, perkembangan sehingga mengalu-alukan pemergiannya ke peringkat global.
"Walaupun format ini akan berubah, kami bagaimanapun masih mencari pada kelebihan serupa iaitu seorang wanita tempatan yang bijak, segar, merendah diri, berkebolehan dan kelakar. Dengan kelayakan asas itu kami akan menjadikannya bersinar," katanya.
Keterangan lanjut berkenaan pertandingan dan bagaimana untuk menyertai Miss Universe Malaysia, sila layari www.missuniversemalaysia.com.my.
Popular Posts
Thursday, December 16, 2010
Format Miss Universe Malaysia Dirombak
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Thursday, December 16, 2010
|
Thursday, December 16, 2010
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment