JAKARTA: Ariel kesal apabila pendakwa kes penyebaran klip video lucah yang dikenakan kepadanya mendedahkan kandungan perbicaraan kepada media, semalam.
Peguam bela Ariel, Afrian Bondjol, berkata sepatutnya pegawai pendakwa, Rusmanto, merahsiakan apa yang berlaku dalam perbicaraan kerana ia dilakukan secara tertutup.
“Sidang itu berlangsung secara tertutup dan jika didedahkan selepas perbicaraan, ia sama saja seperti cerita bohong,” katanya.
Kelmarin, Rusmanto memberikan sidang media mengenai keterangan Cut Tari - saksi yang juga seorang daripada pasangan Ariel melakukan hubungan seks - selepas perbicaraan Ariel ditangguhkan.
Menurut Rusmanto, Cut Tari mengaku mengadakan hubungan seks dengan Ariel sebanyak tiga kali.
Kata Afrian, Rusmanto jelas melanggar peraturan mahkamah dan pihaknya akan mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap pegawai pendakwa itu.
“Kami juga simpati kepada Cut Tari yang terdedah rahsianya,” katanya. - Agensi
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment