Thursday, December 2, 2010

Pengasas WikiLeaks berdepan risiko dibunuh

| Thursday, December 2, 2010 | 0 comments



LONDON: Pengasan WikiLeaks, Julian Assange kini didakwa berdepan risiko dibunuh berikutan pendedahan lamam web pembocor maklumat itu yang mengeluarkan ratusan ribu maklumat rahsia Amerika.

Jurucakap laman web itu, Kristinn Hrafnsson hari ini berkata, Assange akan kekal bersembunyi untuk keselamatan dirinya.

Beliau berkata, nyawa warga Australia itu kini terancam selepas ahli poliik Amerika mahu dia dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengkhianat, manakala penasihat kepada Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dilaporkan berkata Assange sepatutnya dibunuh.

"Kami menerima ancaman sedemikian daripada kerajaan dan pengkritik dan sebahagian daripada mereka amat menakutkan dengan mahu Julian Assange dibunuh dengan kejam", katanya dalam satu debat di Frontline Club di London.

Hrafnsson berkata, tempat Assange kini berada perlu dirahsiakan walaupun sebelum ini dia dikatakan berada di Sweden dan London.

Assange juga kini diburu Interpol berikutan satu waran tangkap dikeluarkan pihak berkuasa Sweden berhubung satu kes rogol membabitkannya. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com