Saturday, December 18, 2010

Reka bentuk rangsang emosi

| Saturday, December 18, 2010 | 0 comments

BIDANG reka bentuk dalaman tidak hanya merangkumi aspek dekorasi semata-mata kerana ia memerlukan penelitian daripada pelbagai aspek.

Malah, ia turut membabitkan penggunaan bahan atau kemasan dalam mewujudkan binaan ruang dan seni bina terbaik.

Melihat kesinambungan itu, Snif D&C Sdn Bhd berkongsi idea mengenai bidang reka bentuk dalaman.

Syarikat hiasan dalaman, arkitektur dan landskap tempatan itu kian dikenali ramai kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya dalam bidang terbabit.

Pengarah Bahagian Reka Bentuk dan Perhubungan Korporatnya, Norlizawati Yaacob, berkata reka bentuk dalaman adalah bidang yang berkait rapat dengan ciri ekonomi, fungsi dan kesenian yang sesuai.

“Bagaimanapun, ia perlu selari dengan keupayaan dan kemampuan pemilik kediaman dan penghuninya.

“Kerja reka bentuk dalaman yang dilakukan secara teliti dan terperinci dengan menitikberatkan aspek berkenaan pastinya mewujudkan ruang indah dan berfungsi dengan baik,” katanya.

Ia sekali gus membantu meningkatkan rangsangan emosi dan motivasi manusia dalam kehidupan sehariannya.

“Jika ruang tidak direka bentuk dengan sempurna ia pasti menimbulkan tekanan emosi dan kekecewaan.

“Perlu diingat, reka bentuk dan rumah yang menarik tidak semestinya menjanjikan kegembiraan,” kata Norlizawati.

Sementara reka bentuk dalaman yang sempurna semestinya membantu menyelesaikan kepayahan hidup.

Saiz dan kemewahan sesuatu kediaman serta keupayaan fungsinya turut menjadi persoalan berbanding rumah yang sederhana tetapi dirancang dengan elok sekali gus berfungsi dengan sempurna.

Gabungan ruang dua dalam satu sesuai diketengahkan umpamanya ruang tamu, tempat makan dan dapur disatukan dengan fungsinya tersendiri.

“Konsep moden dan kontemporari antara penataan pilihan pemilik kediaman untuk projek syarikat kami.

“Penataan kediaman seperti apartmen pula kelihatan ringkas dan eksklusif dengan kemasan rona bumi yang mendamaikan,” kata Norlizawati.

Keseimbangan amat penting dalam setiap kediaman kerana ia menarik perhatian dari pelbagai aspek khususnya kehidupan terbaik.

Ini kerana sebaik melangkah kaki, anda pasti terpesona dengan kawasan ruang tamu yang selesa dan mesra.

Warna natural dan sistem penataan cahaya lampu yang sempurna menambahkan lagi keharmonian ruang.

Sementara itu, ruang makan diwujudkan secara mewah serta bergaya hakikatnya masih mampu membuatkan penghuninya merasakan berada di dalam rumah.

“Jangan lupa untuk memberi tumpuan kepada perhubungan di kalangan penghuni khususnya bilik tidur utama.

“Bagi menghilangkan perasaan bosan, indahkan ruang dinding dengan kemasan kertas dinding bercorak motif ringkas.

Ini sekali gus menambahkan elemen eksklusif.

“Dekorasi pantulan khsusnya cermin, kaca dan jubin membantu meluaskan keluasan secara visual selain cahaya lampu pula memberikan kesan futuristik menakjubkan.

Berminat, kunjungi Snif D&C Sdn Bhd di Block 3A, 22-2, Jalan Wangsa Delima 10, D’ Wangsa, Wangsa Maju, Kuala Lumpur atau layari www.snif.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com