Saturday, December 4, 2010

Rosyam bagi amaran

| Saturday, December 4, 2010 | 0 comments

BAGAIKAN satu tamparan buat Rosyam Nor apabila diasak soalan mengenai sikap bekas bintang ciptaannya yang dikatakan mula berlagak 'diva' dan buat hal selepas berakhirnya program Pilih Kasih musim pertama.

Pelbagai cerita negatif mengenai sikap mereka mula dijaja kalangan penggiat dunia seni tempatan.

Menyedari isu ini sedikit sebanyak mencemarkan nama program terbitannya, pemilik produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini dengan serius berkata sikap berkenaan tidak bagus untuk dunia seni. Dia menasihatkan mereka agar jangan cepat lupa diri setelah nama dikenali peminat. "Saya selalu pesan perkara ini kepada mereka. Kalau buat perangai nama mereka takkan berkembang seterusnya merosakkan imej program Pilih Kasih. "Jangan cepat kelam mata dengan duit kerana saya sendiri terpaksa bersusah payah sebelum berada di tahap sekarang. Namun sama ada positif atau negatif, ia tetap membantu publisiti Pilih Kasih 2 yang akan bermula," katanya pada sidang media yang diadakan.

Pada majlis yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang turut memperkenalkan 16 peserta bertanding, Rosyam secara spontan memberi amaran akan menyingkirkan mereka jika buat perangai dan melanggar disiplin yang ditetapkan.

"Saya sudah bagi amaran awal-awal jika buat hal, mereka akan dihantar pulang dan digantikan orang lain. Mereka kena ingat di belakang sana ramai lagi yang menunggu giliran untuk masuk," katanya.

Bercerita mengenai Pilih Kasih 2, Rosyam menjelaskan walaupun mendapat teguran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya menukar nama, dia tidak dapat berbuat demikian kerana sudah mengikat komitmen dengan beberapa pihak. Apatah lagi ketika itu sesi uji bakat sudah dijalankan di seluruh negara.

"Saya minta maaf kepada Datuk Seri Rais. Kalau diminta berbuat demikian pada tahun akan datang saya pasti akan buat. "Kali ini terpaksa pakai Pilih Kasih kerana semua persiapan sudah disiapkan. Pilih Kasih kali ini lebih 'keras' dan mantap kerana banyak perubahan dilakukan supaya lebih menarik peminat. Saya berharap perubahan ini akan bawa besar untuk program yang mencatat rating 1.5 juta penonton.

"Dalam Pilih Kasih, perkara utama yang dititikberatkan ialah bakat manakala rupa paras berada di tangga kedua. "Kami merencanakan Pilih Kasih sebagai tapak untuk peserta menimba pengalaman selama tiga bulan. "Dari situlah mereka kena belajar bagaimana untuk hidup selepas berakhirnya Pilih Kasih.

"Pada saya dari semua yang masuk, empat atau lima orang akan berada di pasaran sudah memadai kerana sekurang-kurangnya menepati matlamat program ini diadakan. Saya harap rakan penerbit yang hadir pada majlis ini bagi peluang mereka berlakon supaya dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba.

"Walaupun mereka masih baru, saya gelarkan mereka artis untuk timbulkan imej penjenamaan dan bagi semangat. Kalau sebut nama pelajar, tiada beza pula dengan program realiti lain. Harapan saya memang nak jadikan mereka artis yang berjaya," katanya.

Selain rakan penerbit antaranya Datuk Yusof Haslam, Datin Paduka Shuhaimi Baba serta ramai lagi, turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Musim baru Pilih Kasih 2 yang dihoskan oleh Reza Mohamed akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Mohamad (RTM), Negeri Sembilan dengan tajaan Telekom Malaysia (TM) mulai Sabtu 11 Disember ini di TV2, menampilkan Aziz M Osman sebagai pengarah drama pendek, Hamzah Mohamed Tahir (pengarah monolog), Fatimah Rahmad (pengarah teater), Fatimah Abu Bakar (tutor lakonan), Fauziah Nawi (pengkritik tetap) dan Dr Abu Hassan (pengkritik tetap).

Kisah Pilih Kasih 2 yang berbentuk Diari yang dihoskan oleh Iesya Toh disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 petang di TV2. Siaran ulangannya pada pukul 10.30 malam hingga 11 malam, setiap Selasa hingga Sabtu. Peserta-peserta Pilih Kasih 2 ialah Raffamie Karama, 25, Ku Hariz, 25, Bil Azali, 18, Jay Iswazir, 28, Afiq Meadin, 20, Bodt Sharade, 23, Fizi Ali, 21, dan Yuswan Yunus, 23, Livonia, 19, Leyla Krisya, 20, Shasha Alkhred, 21, Nur Jannah, 23, Lia Natalia, 18, Kris Cempaka, 25, Rosana Ainudin, 24 dan Mira Amnas, 19.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com