Thursday, December 16, 2010

Sejarah jadi subjek tambahan SPMU mulai 2014

| Thursday, December 16, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika ini SPMU hanya ditawarkan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, format peperiksaan dan pentaksiran ke atas murid juga akan direka bentuk semula untuk lebih memotivasikan mereka ke arah mempelajari dan menghayati sejarah terutamanya sejarah tanah air.

"Oleh itu, beberapa pendekatan yang bersesuaian berkaitan mata pelajaran Sejarah bagi calon SPM pada tahun 2013 akan diteliti supaya tidak lagi terkongkong dengan paradigma sebelum ini.

"Ini untuk memastikan pembelajaran Sejarah mampu memberikan impak yang lebih berkesan dan tidak hanya berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semata-mata," katanya.

Pada Oktober lalu, kerajaan mengumumkan selain Bahasa Melayu, Sejarah juga akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM bermula tahun 2013.
Muhyiddin berkata, walaupun dasar wajib lulus mata pelajaran Sejarah itu bermula pada 2013, Kementerian Pelajaran akan terus menggunapakai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan pada ketika ini sehingga tahun 2017 bagi kohort murid sedia ada.

"Pun begitu, dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2014, kohort pertama untuk murid Tingkatan Satu yang menggunakan kurikulum baru mata pelajaran KSSM hanya akan mula menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018.

"Langkah ini adalah untuk memberi ruang dan masa yang bersesuaian kepada kementerian menggubal kurikulum baru yang lebih menyeluruh dan komprehensif," katanya.

Selain itu, Muhyiddin juga berkata kementerian mewujudkan Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah bagi memastikan kurikulum yang baru digubal benar-benar memberi impak kepada pemahaman dan penghayatan sejarah.

Beliau berkata, kementerian akan meneliti dan merancang dengan rapi semua aspek yang berhubung kait dengan pelaksanaan dasar itu, terutama di kalangan guru yang juga ejen pelaksanaan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com