Saturday, December 4, 2010

Seoul ancam bom Pyongyang

| Saturday, December 4, 2010 | 0 comments

SEOUL: Korea Selatan berjanji akan menyerang balas Korea Utara melalui udara dan ‘menghukum negara itu sepenuhnya’ jika Pyongyang melancarkan satu lagi serangan.

Bakal Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-Jin, berkata jika rejim komunis melakukan serangan lagi ke atas negara itu, tindak balas melalui udara sudah pasti diambil.

“Korea Selatan akan menggunakan haknya untuk mempertahankan diri dan menghukum penyerang sehingga ia tidak mampu mengadakan provokasi lagi,” katanya di Parlimen, semalam.

Amaran Seoul itu dibuat ketika tentera Amerika Syarikat dan Jepun melakukan latihan bersama di perairan Laut Kuning berhampiran Semenanjung Korea, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu.

Latihan itu sengaja diadakan bagi mempamerkan kekuatan ketenteraan negara terbabit kepada Pyongyang selepas rejim terbabit menyerang wilayah Korea Selatan 23 November lalu.

Bagaimanapun, Seoul tidak melancarkan serangan balas melalui udara bagi mengelak ketegangan meningkat.

Dua orang awam dan dua tentera marin terbunuh dalam serangan itu.

Tindak balas Seoul itu dikritik banyak pihak kerana dianggap lemah, sehingga menteri pertahanan negara itu mengumumkan peletakan jawatan kerana mengambil tanggungjawab atas kegagalan itu.

Menurut Kim, serangan bulan lalu itu mencetuskan krisis paling serius sejak Perang Korea selama tiga tahun mulai 1950.

Bagaimanapun, Kim menganggap, kemungkinan tercetus perang besar-besaran sekali lagi di antara kedua-dua negara sangat kecil. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com