Saturday, December 18, 2010

SPRM selesai semak laporan Sime Darby

| Saturday, December 18, 2010 | 0 comments



Agensi, SC kenal pasti pelanggaran kes kerugian lebih RM900 juta

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan semakan terhadap laporan Jawatankuasa Kerja yang dilantik Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad (Sime Darby) bagi menyiasat kerugian lebih RM900 juta, dialami konglomerat itu.

SPRM, dalam satu kenyataan bersama SC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memaklumkan bahawa laporan bertarikh 20 September 2010 itu disediakan oleh perunding undang-undang dan pakar forensik yang dilantik Sime Darby.

"Laporan ini membabitkan siasatan terhadap Projek Qatar Petroleum, Projek Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan vesel untuk digunakan dalam projek MOQ dan projek empangan hidroelektrik Bakun yang dikendalikan Bahagian Tenaga dan Utiliti Kumpulan Sime Darby.

"SPRM dan SC bekerjasama bagi mengenal pasti pelanggaran undang-undang berasaskan maklumat dalam laporan terbabit dan awal minggu ini, kedua-dua pihak mengadakan perjumpaan dengan polis dan SSM bagi berkongsi hasil siasatan selain menentukan sama ada wujud pelanggaran Akta Syarikat atau kanun Keseksaan.

"Semua hasil siasatan sudah diserah kepada polis kerana kebanyakan kesalahan di bawah bidang kuasa mereka," kata kenyataan itu sambil menambah SSM juga meneruskan tindakan susulan bagi kesalahan di bawah bidang kuasanya manakala SPRM masih menyiasat kesalahan membabitkan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Sementara itu, SC pula menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 selain bekerjasama dengan Bursa Malaysia bagi mengesan sama ada wujud pelanggaran Syarat Penyenaraian dan SC juga akan menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka yang ada kaitan dengan kes itu.

Sebelum ini, Sime Darby dilaporkan akan mengalami impak negatif sebanyak RM964 juta atas keputusan separuh kedua tahun kewangan 2010 berikutan kelewatan dan kos berlebihan beberapa projeknya. Sime Darby mengalami penyusutan keuntungan sebelum faedah dan cukai apabila mencatatkan RM3.165 bilion pada 2009 berbanding RM5.248 bilion pada 2008. Perolehannya dicatatkan sebanyak RM31.013 bilion pada 2009 berbanding RM34.04 bilion pada 2008.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com