WASHINGTON: Bekas pegawai CIA ditahan awal hari ini bagi menghadapi tuduhan membocorkan maklumat rahsia perisikan mengenai program senjata sebuah negara asing.
Jeffrey Alexander Sterling, 43, ditahan di St Louis, Missouri untuk menghadapi 10 pertuduhan, termasuk mendedahkan dan memalsukan maklumat pertahanan negara.
Sterling didakwa mencuri dokumen rahsia itu dan kali pertama membocorkannya pada 2003 bagi tujuan penyiaran di akhbar dan penerbitan buku kepada seorang wartawan yang sama pada Januari 2006.
Meskipun Jabatan Keadilan Amerika tidak menamakan negara terbabit atau wartawan dari akhbar nasional itu serta tarikh penerbitan dan butiran kes berkenaan, ia ada kaitan dengan James Risen, wartawan The New York Times.
Risen sudah disapina pada April dan diminta tampil di hadapan juri utama pada Mei ini untuk mendedahkan nama sumber dalam bukunya mengenai usaha CIA menghalang penyelidipan program senjata nuklear Iran.
Bagaimanapun penulis buku bertajuk, “State of War: The Secret History of the CIA and the Bush Administration,” yang memenangi Anugerah Pulitzer enggan memberikan kerjasama. - AFP
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
0 comments:
Post a Comment