Friday, January 7, 2011

PBB umum anggota panel siasat wabak taun di Haiti

| Friday, January 7, 2011 | 0 comments



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan empat pakar yang akan mengetuai badan siasatan mengenai punca yang membawa kepada penularan wabak taun di Haiti yang mengorbankan ribuan nyawa.

Sebelum ini, penduduk Haiti mempersalahkan anggota misi pengaman PBB yang berkhidmat di negara itu sebagai pembawa virus berkenaan.

“Langkah mengenal pasti sumber yang membawa taun ini amat penting kepada PBB dan rakyat Haiti," kata Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam satu kenyataan.

“Anggota panel ini akan mengenal pasti sumber tercetusnya wabak taun pada 2010 di Haiti.

"Mereka akan mengkaji semula semua maklumat dan data sehingga hari ini. Mereka akan berada di Haiti untuk melakukan siasatan," katanya.

“Panel ini beroperasi dengan bebas dan mereka memberi laporan bertulis mengenai hasil siasatan ini kepada Setiausaha Agung PBB dan juga kepada kerajaan Haiti," katanya.

Wabak taun yang terburuk di Haiti sudah mengorbankan lebih 3,300 penduduk dengan 150,000 lagi dijangkiti sejak menular Oktober tahun lalu.

Kebanyakan pihak menyalahkan anggota misi pengaman PBB dari Nepal sebagai pembawa wabak taun sehingga penduduk bertindak mengadakan demonstrasi di jalanan.

Panel itu diketuai Alejandro Cravioto, seorang warga Mexico yang kini menjadi ketua Pusat Penyelidikan Penyakit Taun Antarabangsa di Bangladesh.

Tiga lagi anggota ialah Claudio Lanata dari Badan Penyiasatan Makanan Peru, Daniele Lantagne dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan Balakrish Nair dari Institut Penyelidikan Taun dan Penyakit Berjangkit India. - AFP

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com