Tuesday, January 4, 2011

Chong Wei dinasihat usah ikut perasaan

| Tuesday, January 4, 2011 | 0 comments



JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei dinasihatkan supaya tidak membuat keputusan terburu-buru untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana ia akan merugikan dirinya sendiri.

“Secara peribadi saya menasihatkannya supaya dia fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan (keluar daripada BAM). Dia perlu melihat contoh beberapa pemain yang nekad keluar BAM, tetapi akhirnya menyesal dengan tindakan itu.

“Dia akan rugi sekiranya nekad keluar. Jadi, saya harap dia bertenang dan fikirlah sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan,” kata Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah ketika dihubungi, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Chong Wei yang akan keluar BAM untuk mengikuti jurulatihnya, Misbun Sidek yang meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.

Chong Wei berkata, sukar baginya berlatih dengan jurulatih baru kerana ia memakan masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan baru selepas menerima tunjuk ajar daripada Misbun sejak lebih enam tahun lalu.

Ditanya mengenai peletakan jawatan Misbun, Tengku Kamil, berkata exco badan induk itu akan berbincang mengenainya sebaik Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh pulang dari luar negara, hari ini.

“Saya tidak boleh komen mengenainya kerana saya tidak tahu hujung pangkalnya. Mungkin dia (Misbun) kurang puas hati dengan beberapa keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan,” katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com