Tuesday, January 4, 2011

Jeneral tidak terbabit bunuh Benazir Bhutto

| Tuesday, January 4, 2011 | 0 comments



ISLAMABAD: Komplot untuk membunuh bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, berlangsung di satu tempat persembunyian pengganas, kata Menteri Dalam Negeri Pakistan Rehman Malik sambil menolak laporan bahawa pembunuhan pada 2007 itu dirancang di sebuah rumah seorang jeneral tentera.

Rehman meminta media mengelak membuat spekulasi berhubung isu itu sehingga laporan akhir siasatan dibentangkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang memerintah, lapor akhbar The Express Tribune, kelmarin.

Kenyataan itu muncul sehari selepas akhbar harian itu berkata satu siasatan baru dijalankan di bawah seliaan kementerian terbabit mendedahkan peranan sembilan lelaki termasuk jeneral terbabit dalam pembunuhan Benazir.

Penemuan itu dirahsiakan dan laporan itu kini di tangan Malek, kata laporan, menambah bahawa penemuan itu hanya dilihat suami Benazir, Presiden Asif Ali Zardari.

Benazir dibunuh pada 27 Disember 2007 ketika beliau sedang meninggalkan perarakan selepas berucap dalam satu perhimpunan pilihan raya di Rawalpindi, bandar kembar Islamabad dan ibu kota lama Pakistan.

Seorang penembak remaja dilihat mensasarkan kepala Benazir dalam rakaman CCTV sebelum satu letupan kuat mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dalam perhimpunan itu.

Kementerian Dalam Negeri ketika itu menuduh militan Taliban berkomplot membunuh Benazir sementara doktor mengatakan "kepalanya terhantuk pada bahagian atas bumbung kereta yang menyebabkan kematiannya".

Bercakap kepada media di Karachi, Jumaat lalu, Rehman berkata, laporan siasatan pembunuhan itu tidak dibentangkan kepada sesiapa, walaupun Asif Ali.

Namun, ada laporan menyatakan, Zardari pada satu ketika memutuskan untuk mendedahkan laporan awal pada ulang tahun ketiga kematian Benazir namun mengubah fikiran pada saat akhir dan memberitahu kementerian menarik balik keputusan itu.

Rehman, berkata menurut laporan siasatan dihantar kepadanya, komplot itu bukan dirancang daripada kediaman mana-mana jeneral.

Satu berita turut memetik Malek sebagai berkata laporan itu tidak benar. Jurucakap Presiden Farhatullah Babar enggan mengesah atau menafikan laporan itu. – Agensi

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com