Monday, January 17, 2011

Kadar caruman pekerja dinaikkan semula ke 11 peratus

| Monday, January 17, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuatkuasa gaji Januari 2011.

"Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Nik Affendi berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan. Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus, katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com