JAKARTA: Secara senyap, Dewi Sandra sudah berkahwin buat kali ketiga. Kali ini bersama pasangannya Agus Rahman.
Dewi dan Agus bernikah pada jam 9 pagi semalam di Plataran, Jagakarsa di Jakarta Selatan. Ia dilakukan secara tertutup tanpa menjemput wakil media.
Dari maklumat yang diberikan kepada media, upacara pernikahan itu dilakukan oleh jurunikah Lukman Hakim. Dewi juga berwalikan jurunikah itu.
Acara resepsi diadakan di tempat yang sama dalam jam 11 pagi.
Ini merupakan perkahwinan Dewi yang ketiga.
Pada 2004, dia berkahwin dengan Surya Saputra tetapi bercerai selepas empat tahun.
Perceraian itu memang dijangka kerana Dewi menjalin hubungan dengan Glen Fedly.
Mereka akhirnya bernikah pada 3 April 2006 dan bercerai pada 12 Mac 2009.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment