Tuesday, January 11, 2011

Safee tetap mahu ke Indonesia

| Tuesday, January 11, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Di sebalik kerisauan keluarga terhadap keselamatannya, penyerang sensasi negara Mohd Safee Sali tetap mahu beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) biarpun mendapat ancaman bunuh daripada penyokong fanatik negara itu.

"Saya tahu perangai penyokong Indonesia lain dari negara kita tetapi saya tetap yakin kepada diri kerana saya hanya mahu menimba pengalaman dalam kerjaya bola sepak luar negara.

"Saya harap mereka (penyokong) perlulah realistik dan bersikap terbuka. Mengenai ancaman bunuh, saya tetap yakin tidak akan berlaku apa-apa terhadap keluarga saya nanti," katanya di sini, hari ini.

Beberapa laman web tempatan melaporkan ahli keluarganya bimbang mengenai keselamatannya kerana membuat keputusan untuk bermain dengan sebuah kelab di Indonesia.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki selepas menunggu selama 14 tahun.

Dalam kedua-dua perlawanan akhir secara timbal balik itu, Mohd Safee menjadi wira negara apabila menyumbat tiga gol, termasuk satu di Jakarta, sekaligus membawa pulang Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan dengan lima gol sepanjang kejohanan berkenaan.

Gol-gol Mohd Safee membuat penyokong Indonesia marah kerana beliau dianggap punca kekalahan negara itu.

Mohd Safee berkata, beliau menerima tawaran beraksi daripada tiga kelab di Indonesia iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan dan Pelita Jaya.

Namun, Persib Bandung menjadi pilihan Mohd Safee kerana Bandung lebih dekat dengan tanah air di samping beliau sudah biasa dengan persekitaran di bandar itu.

Ketika ditanya keberatan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskannya beraksi di Indonesia, beliau berharap perbincangan diadakan dapat memuaskan hati semua pihak.

"Saya faham kerana masih terikat kontrak bersama Selangor sehingga November ini namun saya harap keputusan perbincangan akan mendapat reaksi yang positif.

"Sekiranya tidak mendapat restu FAS, tidak menjadi masalah. Tak jadi tahun ini, mungkin akan dapat peluang tahun depan," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, masa depan Mohd Safee bergantung kepada hasil perundingan yang akan diadakan wakil-wakil ketiga-tiga kelab terbabit pada minggu ini.

Mohd Safee berkata, sekiranya beliau meninggalkan Selangor, pasukan itu masih mampu beraksi hebat kerana mempunyai beberapa pemain handalan seperti Mohd Amri Yahyah, Rudie Ramli, S Sritharan dan K Depan Sakwati.

"Tidak mungkin mereka akan ketandusan pemain utama di posisi serangan sekiranya saya berhijrah nanti," katanya. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com