JAKARTA: Penyanyi Zaskia Sungkar berharap rumah tangga yang dibina bersama Irwansyah akan berkekalan untuk selamanya. Dia tidak mahu menerima nasib serupa seperti kedua ibu bapanya yang bercerai.
“Apa yang sudah berlaku pada ibu bapa saya menjadi pengajaran. Saya hanya ingin menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik,” kata Zaskia selepas selesai bernikah dengan Irwansyah di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta Pusat, semalam.
Zaskia yang sangat mengasihi ibu bapanya tidak mampu menahan sebak ketika pernikahan berlangsung. “Ya, saya sudah berazam tidak mahu menangis tetapi saat dinikahkan, saya tidak dapat menahan sebak kerana suasana cukup mengharukan,” katanya.
Kakak kandung Shiren Sungkar ini berasa sedih mengenangkan kesalahan yang dilakukan kepada ibu bapanya selama ini.
“Saya rasa banyak buat silap terhadap ibu bapa dan sekarang tanggungjawab mereka kepada saya sudah dilepaskan. Tentu saya rasa sedih,” katanya lagi. - DH
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment