KUALA LUMPUR: Pembantu rumah dari Kemboja akan dibawa masuk ke negara ini bagi memenuhi permintaan semasa majikan yang semakin meningkat berikutan pembekuan berterusan ke atas pembantu rumah oleh kerajaan Indonesia.
Sebagai rancangan awal, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) telah memeterai surat menyatakan hasrat (LOI) dengan Persatuan Agensi Pekerjaan Kemboja (ACRA) di sini semalam.
Surai LOI berkenaan adalah untuk mengkaji pengambilan dan pengurusan pembantu rumah Kemboja di Malaysia.
Timbalan Presiden PAPA, Jeffrey Foo memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada wakil dari kedua-dua persatuan itu akan ditubuhkan dalam tempoh 30 hari bagi membincangkan isu-isu berkaitan.
Antara isu tersebut ialah kebajikan pembantu rumah dari negara itu ketika bekerja di Malaysia serta menurunkan had umur pembantu rumah dari negara tersebut dari 21 kepada 18 tahun.
Foo berkata, bagi pihak ACRA, PAPA telah mengemukakan permohonan menurunkan tahap umur kepada kerajaan Malaysia serta rasional di sebalik permohonan itu memandangkan kebanyakan pembantu rumah dari Kemboja berusia dalam lingkungan umur tersebut.
"Bagaimanapun, kami akan memastikan pengambilan pembantu rumah dari peringkat umur itu diberi perlindungan tambahan terhadap sebarang bentuk eksploitasi. Kami akan bincangkan kaedah terbaik supaya golongan itu dalam bekerja secara aman dan kebajikan mereka terjamin," katanya.
Foo berkata isu lain seperti tangga gaji, yuran pengambilan, latihan dan syarat akan dibincangkan dengan ACRA bagi memastikan hanya pembantu rumah yang berkualiti sahaja dihantar ke negara ini.
Pengerusi ACRA, AN Bunhak, berkata sekiranya permohonan menurunkan had umur diluluskan oleh kerajaan Malaysia maka jumlah pembantu rumah Kemboja yang dibawa masuk ke Malaysia boleh ditambah kepada 5,000 orang sebulan berbanding 500 orang setiap bulan ketika ini.
Katanya, kerajaan Kemboja sudah mempunyai peraturan sendiri yang perlu dipatuhi oleh semua anggota ACRA berhubung pengambilan dan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia.
Katanya, dengan perjanjian yang bakal dimeterai itu, proses penghantaran pembantu rumah dari Kemboja dapat berjalan lancar.
Malaysia menghadapi masalah kekurangan pembantu rumah asing selepas Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah dari negara itu pada pertengahan tahun 2009 dan kedua-dua negara masih membincangkan beberapa isu termasuk gaji dan cuti mingguan. - BERNAMA
Popular Posts
Thursday, February 17, 2011
PAPA rancang bawa masuk lebih ramai amah Kemboja
Posted by
Berita Sentral Semasa Terkini
at
Thursday, February 17, 2011
|
Thursday, February 17, 2011
|
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
THERE ARE MORE HERE
-
KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas RapidKL khusus untuk penumpang wanita dilancarkan secara rasmi hari ini yang akan menyusuri 15 laluan terpili...
-
Kerajaan Jepun belum putuskan terima cadangan ‘misi bunuh diri’ TOKYO: Pada umur 72 tahun, Yasuteru Yamada percaya beliau masih mempunyai ma...
-
KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buha...
-
KUALA PILAH: “ Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana?” Itu komen ringkas penyanyi yang popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan, sel...
-
JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikah...
-
Rebat pembelian untuk peti sejuk, penyaman udara cekap tenaga PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati rebat bagi pembelian peralat...
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
0 comments:
Post a Comment