MANAMA, Bahrain: Tentera Bahrain menyatakan ia sudah menguasai sebahagian besar ibu negara dan mengharamkan demonstrasi.
Pihak tentera menyatakan ia dapat memastikan "bahagian utama" Manama "terkawal".
Pengumuman itu dibacakan menerusi televisyen kebangsaan Bahrain beberapa jam selepas polis pencegahan rusuhan menyuraikan penunjuk perasaan di dataran utama.
Pegawai media menyatakan empat orang terbunuh dalam serangan sebelum subuh itu.
Seorang pemimpin pembangkang, Abdul Jalil Khalil, berkata 18 Ahli Parlimen meletak jawatan bagi membantah pembunuhan itu. - AP
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
18 hours ago
0 comments:
Post a Comment