Saturday, March 5, 2011

Projek teksi air di Pulau Pinang diteruskan

| Saturday, March 5, 2011 | 0 comments



KEPALA BATAS: Kerajaan akan meneruskan cadangan mewujudkan teksi air di Pulau Pinang sebagai satu daripada produk pelancongan baru di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata teksi air adalah satu konsep yang baik untuk pengangkutan dan pelancongan di Pulau Pinang.

Katanya, kajian mengenai pelaksanaan teksi air itu telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

"Setakat yang saya tahu, tidak ada cadangan daripada NCIA untuk batalkan (pelaksanaan teksi air)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan tidak mempunyai masalah daripada segi menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan teksi air itu.

"Di bawah NCIA, kita ada peruntukan untuk pelaksanaan teksi air ini," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Tan Cheng Liang, dilaporkan berkata kerajaan telah meluluskan pelaksanaan teksi air itu dan sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan untuk projek berkenaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kawasan yang dicadang menjadi laluan bagi bahagian pulau ialah perairan Tanjung Bungah, Teluk Bahang, George Town, Pulau Jerejak dan Batu Maung manakala bagi kawasan Seberang Perai pula meliputi perairan Bagan Ajam, Butterworth, Batu Kawan dan Nibong Tebal. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com