HONG KONG: Peminat wayang berpusu-pusu untuk menonton filem lucah pertama menggunakan teknik 3D di seluruh Hong Kong, semalam.
Di sesetengah pawagam, tiket filem berkenaan habis dijual.
Dibuat berdasarkan kisah erotik klasik China, filem berbahasa Kantonis itu, 3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy, menampilkan pelbagai aksi lucah, termasuk seks oral dan aksi ranjang.
Penonton pula datang daripada pelbagai latar belakang, termasuk pekerja pejabat, pesara dan pelajar yang sanggup berbaris panjang di luar pawagam untuk membeli tiket.
Tidak terhad di kalangan lelaki, wanita juga kelihatan teruja dan tidak melindungi rasa ingin tahu mereka.
Selepas Hong Kong, filem itu mula ditayangkan di Taiwan hari ini dan menarik minat tinggi di kalangan warga Asia, termasuk Jepun.
Agensi pelancongan pula dilaporkan mengatur perjalanan khas untuk warga China ke Hong Kong dan Taiwan bagi menyaksikan filem berkenaan. - AFP
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
4 weeks ago
0 comments:
Post a Comment