Laman Web e-Hasil
PENGUMUMAN
e-BE , e-B, e-M, e-E dan e-P:
Sistem e-Filing bagi individu, perkongsian dan majikan akan disediakan mulai tarikh 1.3.2011.
Sekiranya Borang Nyata Cukai Pendapatan B/BE 2010 masih tidak diterima selepas 15.3.2011, sila hubungi cawangan LHDNM yang berdekatan untuk menyemak dan mendapatkan Nombor PIN eFiling atau hubungi kami di talian bebas tol 1-300-88-3010 untuk bantuan.
Pembayar cukai baru (yang layak dikenakan cukai pendapatan) perlu mendaftar nombor rujukan cukai pendapatan untuk memperolehi NOMBOR PIN eFiling . Pendaftaran nombor rujukan Cukai Pendapatan boleh dibuat secara atas talian di laman http://ekl.hasil.gov.my/ atau di cawangan LHDNM yang berdekatan. NOMBOR PIN eFiling akan dikeluarkan selepas Fail Cukai Pendapatan didaftar.
Permohonan No. PIN e-Filing
Permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :
No.Rujukan Cukai
Alamat terkini
Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
No telefon
TARIKH AKHIR PERMOHONAN BARU PIN E-FILING MELALUI E-MEL BAGI PENGHANTARAN BORANG BE ADALAH PADA 20/04/2011
Permohonan nombor PIN melalui alamat emel pihak ketiga tidak akan dilayan.
0 comments:
Post a Comment