Monday, May 9, 2011

Niat mandi wajib setiap kali mandi

| Monday, May 9, 2011 | 0 comments



SAYA gadis berusia 27 tahun. Setiap kali selepas habis haid, saya akan berniat, ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.

Namun begitu, setiap kali mandi, saya akan membaca niat berkenaan kerana pernah mendengar ceramah daripada seorang perunding motivasi yang mengatakan ia lebih afdal jika setiap kali mandi dibacakan niat itu kerana tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.

Adakah sah solat saya selama ini dengan membaca niat yang dilafazkan itu sama dengan mandi lain? Saya beranggapan haid dalam kategori hadas besar jadi saya niatkan begitu.

Sehingga kini saya masih membaca niat hadas besar ketika mandi biasa atau mandi haid.

YATI,
Perak.


PANDANGAN perunding motivasi itu hanya pandangan peribadi dan tidak bertepatan dengan hukum fiqah.

Menurut hukum fiqah, sebab yang mewajibkan mandi ialah (1) bersetubuh (2) keluar mani (3) mati selain mati syahid (4) keluar darah haid (5) bersalin dan (6) keluar darah nifas.

Berkaitan dengan mati, adalah menjadi fardu kifayah bagi orang yang hidup untuk memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan orang yang mati.

Orang Islam tidak pernah diminta mandi wajib setiap kali mandi.

Mandi wajib hanya dilakukan apabila berlaku sebab di atas.

Bagaimanapun, amalan saudari walaupun salah tidak menyebabkan terbatal solat lima waktu.

Sebenarnya terdapat tiga jenis mandi iaitu mandi wajib, mandi sunat dan mandi harus.

Mandi harus ialah mandi yang dilakukan seharian demi menjaga kesihatan dan kesegaran badan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com