NILAI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sekurang-kurangnya 500 acara bakal berlangsung pada sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 tahun depan berbanding 203 acara tahun ini bagi menjadikan sambutan berkenaan lebih menarik dan sebagai salah satu program bertaraf antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, acara besar yang dirancang bermula hujung Mei hingga awal Jun tahun depan di Putrajaya dan bertemakan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 itu akan diperincikan selepas mengkaji laporan sambutan tahun ini.
Katanya, untuk menjadikan sambutan tersebut lebih menarik, beberapa aktiviti akan dikembangkan di mana acara lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia itu lebih segar dan berwajah baharu.
“KBS mengadakan bengkel selama tiga hari bermula Isnin lepas bagi mengkaji dan menilai laporan bedah siasat HBN 2011 yang bertemakan Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei lepas.
“Perkara utama yang harus dibuat tahun depan ialah mengembangkan acuan pengisian aktiviti, kita tidak mahu acuan lama sebaliknya lebih menarik dan sesuatu yang baharu. Bagi mencapai tuntutan ini, saya menyasar sekurang-kurangnya 500 acara diadakan berbanding 203 acara tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Kerangka Kerja Hari Belia Negara 2012 di sini malam kelmarin.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
3 days ago
0 comments:
Post a Comment