Saturday, July 21, 2012

Cerekarama - Perempuan Neraka [2012]

| Saturday, July 21, 2012 | 0 comments

Cerekarama Ramadhan - Perempuan Neraka [2012]


Hasyim berkahwin dengan Intan dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anis. Intan seorang isteri yang sanggup mengzalimi suaminya sendiri demi kepuasan hidupnya. Berbelanja tidak mengikut kemampuan suaminya. Mengunakan ilmu penunduk untuk membuatkan Hasyim mengikut sahaja apa yang di suruh olehnya. Hasyim sanggup melakukan apa sahaja demi kebahgiaan Intan dan Anis. Sehingga sanggup mengabaikan kesihatan dirinya sendiri. Semua kerja rumah di lakukan oleh Hasyim. Hasyim tidak pernah bersungut walaupun dirinya lelah setelah seharian bekerja.

Intan menghasut anaknya, Anis supaya membenci Hasyim. Dia juga mengajar anaknya menjadi seperti dirinya. Dan apabila Anis sudah berumahtangga, Intan menghasut Anis supaya menggunakan ilmu penunduk seperti dirinya.

Akhirnya, kerana terlampau bekerja keras tanpa memperdulikan kesihatan diri, Hasyim meninggal dunia. Intan mulai hilang arah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dalam fikirannya hanya fikirkan duit untuk meneruskan hidupnya walaupun tahu Hasyim sudah memindahkan semua akaunnya atas nama Intan.

Kemunculan Zubaidah di salahertikan oleh Intan. Dia menyangkakan Zubaidah adalah isteri kedua Hasyim yang datang untuk menuntut bahagian. Zubaidah menerangkan siapa dirinya yang sebenar dan amanah yang diberikan oleh Hasyim kepadanya. Intan meminta amanah itu tetapi Zubaidah memberitahunya yang amanah itu akan diberikan kelak apabila tiba masanya. Hanya sepucuk surat yang diberikan Zubaidah kepada Intan tetapi surat itu direnyukkan oleh Intan yang hanya mahukan duit bukannya surat yang tidak bernilai pada pandangannya. Zubaidah mengutip kembali surat yang dibuang oleh Intan. Hatinya sedih bukan kepalang melihat keadaan itu. Simpatinya melaut pada arwah Hasyim, pekerjanya itu.

Anis berang melihat suaminya dengan perempuan lain. Di rumah, Anis melayan suaminya dengan baik. Di hidangkan makanan untuk suaminya itu. Suaminya terperanjat dengan perubahan Anis tetapi menyangka Anis sudah berubah. Sewaktu hendak memulakan suapan, suaminya teringat pesanan adiknya supaya membaca dia makan atau sekurang-kurangnya Bismilah untuk menghindarkan termakan sesuatu yang tidak baik. Selesai sahaja doa makan dibacakan, tiba-tiba gelas di sisi suami Anis jatuh dan pecah berderai. Suami Anis naik angin dan mengherdik Anis. Dia tahu Anis berniat untuk mengenakan dirinya dengan ilmu penunduk. Anis tidak mengaku akan hal itu. Suaminya keluar dari rumah meninggalkan Anis keseorangan setelah menjatuhkan talak satu kepadanya.

Anis mengikut kemana suaminya pergi. Setelah melihat perempuan yang bersama-sama suaminya masuk ke dalam sebuah rumah, Anis cepat-cepat mendapatkannya dan mencurahkan asid ke muka perempuan itu. Anis dipenjarakan. Suaminya begitu marah. Dia memberitahu yang perempuan itu adalah adik kandungnya. Suaminya tidak mahu memaafkannya atas perbuatan jahatnya itu. Anis menangis memanggil suaminya. Sesal mulai menguasi dirinya tetapi segalanya sudah terlambat. Dia perlu menjalani hukuman di atas perbuatannya selama ini.

Intan mulai kemamar apabila melihat rumah yang didiaminya sudah dijual. Dia tidak tahu ke  mana mahu tinggal. Di saat itu, Zubaidah datang dan menyerahkan surat yang dibuang Intan dahulu dan sebuah anak patung kepadanya. Intan mengambil pemberian Zubaidah itu. Zubaidah membawanya ke sebuah rumah. Rumah itu adalah rumah peninggalan orang tua Hasyim. Hasyim mahukan Intan tinggal di situ apabila tiba waktunya kelak. Intan menyesali perbuatannya dahulu. Dia mengelarkan dirinya perempuan neraka kerana terlalu banyak dosanya pada arwah suaminya dulu dan dia tidak sempat untuk meminta maaf di atas segala perbuatan jahatnya pada Hasyim. Zubaidah menenangkan Intan dengan mengatakan Hasyim telah pun memaafkan segala perbuatan Intan kepadanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja bukanlah kerana paksaan atau suruhan Intan tetapi kerana perasaan sayang dan kasihnya pada Intan dan Anis.

Di kampung itu, Intan mulai menjinakkan dirinya ke surau dan menghadiri ceramah-ceramah agama. Terasa dirinya begitu berdosa pada arwah suaminya, Hasyim. Satu persatu perlakuan jahatnya di ingatinya. Membuatkan dirinya bersalah yang amat sangat. Zubaidah hanya dapat memandang dengan penuh simpati kepada Intan. Tetapi dia percaya segala yang berlaku ada hikmahnya dan pengajarannya yang tersendiri. Tamat ....



Pelakon Fizz Fairuz, Sherie Merlis, Ika Narella.

Lagu latar, Wali Band - Doaku Untukmu Sayang, Opick - Irhamna, Afgan - PadaMu ku Bersujud



0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com