Sunday, September 30, 2012

Affin sasar kuasai Bank Muamalat

| Sunday, September 30, 2012 | 0 comments




Kuala Lumpur: Affin Holdings Bhd bercadang untuk membeli 30 peratus lagi saham Bank Muamalat Malaysia Bhd yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd, justeru membolehkannya menguasai sehingga 60 peratus ekuiti bank Islam sepenuhnya kedua ditubuh di Malaysia itu.

Bank itu sebelum ini mengumumkan ia sedang berunding dengan DRB-Hicom Bhd bagi membeli 30 peratus daripada 70 peratus saham miliki konglomerat itu dalam Bank Muamalat.

Sumber berkata, hasrat Affin Bank tidak terhenti setakat itu, ia kini bercadang membeli 30 peratus lagi saham miliki sayap pelaburan kerajaan, sekali gus membolehkannya muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam bank Islam itu.

Katanya, Affin dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Bank Muamalat bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu.

Pertemuan itu katanya, dijangka akan lebih bertumpu kepada penelitian pelan perniagaan Bank Muamalat dan tidak akan membincangkan mengenai tawaran harga saham itu.

"Rundingan antara kedua-dua pihak setakat ini masih belum sampai ke tahap membabitkan perbincangan harga, sehubungan itu ia (harga tawaran) masih belum dapat didedahkan.

"Selain itu, Affin juga menjangkakan rundingan itu termasuk penetapan harga akan dapat dimuktamadkan sebelum membentangkannya kepada Bank Negara Malaysia akhir tahun ini," katanya kepada BH ketika dihubungi baru-baru ini.

Usaha liberalisasi 

Berita cadangan penggabungan Bank Muamalat dan Affin Bank mula tercetus bulan lalu apabila Affin Holdings mendapat kebenaran Bank Negara untuk mula berunding dengan pemegang saham Bank Muamalat iaitu DRB-Hicom bagi kemungkinan membeli kepentingan ekuiti dalam bank Islam itu.

Ia bagi membuka laluan penubuhan bank Islam mega pertama di Malaysia selaras dengan usaha liberalisasi sektor kewangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Sumber itu berkata, difahamkan Affin hanya berminat untuk membeli kepentingan dalam Bank Muamalat jika tawaran harga adalah menarik dan berpatutan.

Jumaat lalu, DRB-Hicom sudah menyatakan kesudiannya untuk menjual 30 peratus sahamnya dalam Bank Muamalat Malaysia Bhd kepada Affin Holdings Bhd sebelum akhir tahun ini.

Sedang diperhalusi 

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata cadangan itu kini sedang diperhalusi pada peringkat kumpulan dan akan diperincikan dalam perbincangan rasmi dengan Lembaga Pengarah Affin Bank dalam tempoh terdekat ini.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan itu, Ketua Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid ketika ditemui BH berkata, beliau difahamkan proses rundingan antara kedua-dua pihak itu masih pada peringkat awal.

Beliau bagaimanapun enggan memberi komen lanjut mengenainya kerana tidak terbabit dengan perbincangan itu.

"Pada pandangan saya, penggabungan kedua-dua bank Islam ini sesuatu yang baik kerana akan mewujudkan sebuah syarikat perbankan Islam besar.

Ia akan membolehkannya untuk mengembangkan perniagaannya ke pasaran serantau memandangkan pasaran dalam negara ketika ini adalah sangat kompetitif," katanya.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com