Rentetan dari peristiwa Budak 13 tahun cuba menodai wanita
Popular Posts
Tuesday, January 15, 2013
Budak 13 Tahun mengaku Bersalah cabul wanita Cina
Sunday, January 13, 2013
Umur 13 tahun Tidak menghalang kanak-kanak ini dari menodai wanita
p/s : Cuba perhatikan Gambar baju kanak2 itu Pakai...apa yg anda nampak???? Readmore..
Sunday, September 11, 2011
Hot mama ligat mencari teman

KUALA LUMPUR: Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.
Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman.
Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.
Menerusi penyamaran, wartawan Metro Ahad (MA) berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.
Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.
Menurut Linda, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.
Saturday, July 16, 2011
Ladang ganja terbesar ditemui

TIJUANA (Mexico): Askar Mexico telah menemui sebuah ladang ganja terbesar iaitu 120 hektar dalam negeri Baja California.
“Ia adalah sebuah ladang ganja yang terbesar dalam sejarah Mexico,” kata Ketua Alfonso Duarte, komander tentera wilayah yang berpangkalan di bandar sempadan utara-barat-Tijuana.
Duarte berkata, ladang itu boleh menghasilkan 120 tan ganja, yang bernilai hampir AS$160 juta (RM481 juta).
Menurutnya lagi, lokasi ladang yang turut menempatkan rumah untuk kira-kira 60 pekerja, tersembunyi di kawasan yang paling terkenal untuk penanaman tomato.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera, ladang ganja yang ditemui di Baja California ini, hampir sekali ganda besarnya daripada ladang ganja yang pernah ditemui sebelum ini. Ladang seluas 64hektar yang terletak di barat laut negeri Sinolea itu ditemui pada tahun 2007.
Menurut Duarte, ladang ganja itu ditemui oleh sekumpulan tentera yang sedang membuat rondaan. Mereka menahan enam dari 20 orang pekerja yang berada di situ.
Duarte berkata, belum diketahui kartel dadah yang menjadi pemilik ladang ganja berkenaan.
Menurutnya, ladang tersebut terletak di bahagian tengah semenanjung Baja California tetapi enggan mengulas lanjut.
Sunday, March 13, 2011
Jelek lihat aksi anak bangsa

KUALA LUMPUR: Bukan saja kawasan sunyi menjadi tempat memadu kasih, malah tempat terbuka termasuk Dataran Merdeka menjadi pilihan remaja untuk melepaskan rindu walaupun ia dikunjungi warga kota yang berkeluarga termasuk anak kecil.
Mereka semakin berani melakukan pelbagai aksi tidak menyenangkan di situ kerana beranggapan tempat berkenaan tidak dikunjungi pencegah maksiat dan mereka boleh berpelukan dengan pasangan yang menimbulkan rasa jelek di kalangan orang awam.
Tinjauan Metroplus di Dataran Merdeka mendapati berpuluh pasangan menjadikan kawasan itu setiap malam terutama pada larut malam untuk melakukan pelbagai aksi tidak senonoh.
Suri rumah, Noriza Abdullah, 35, berkata, setiap malam terutama hari minggu dipenuhi pasangan remaja yang mengambil kesempatan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran orang lain.
Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan isu gejala sosial merebak kerana pasangan berani melakukan aksi romantik termasuk tidur di atas peha pasangan.
“Keadaan itu tidak elok untuk kami yang sudah berkeluarga terutama kanak-kanak kerana mereka mungkin akan meniru aksi berkenaan pada masa depan.
“Saya risau keadaan ini berleluasa sekiranya tidak dipantau pihak terbabit kerana Dataran Merdeka dipenuhi keluarga yang mahu meluangkan masa bersama anak,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, pasangan remaja itu langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai kerana mereka asyik melakukan perbuatan terkutuk dan bimbang sekiranya mereka berani melakukan aksi tidak elok.
Pengunjung, Suffian Ghazali, 40, mahu pihak berkuasa berkaitan melakukan rondaan setiap masa mencegah gejala pasangan kekasih yang melakukan aksi romantik di tempat awam.
“Mereka perlu melakukan aktiviti pencegahan bagi membendung pasangan membuat perkara sumbang kerana Dataran Merdeka dikunjungi ratusan keluarga.
“Nampaknya bilangan pasangan makin bertambah kerana tidak ada orang yang memarahi mereka walaupun melakukan perbuatan salah,” katanya.
Monday, December 20, 2010
5 polis derita santau

KUALA LUMPUR: Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.
Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.
Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.
“Saya dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata bomoh, kami berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan kami sakit perut.
“Orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan kami.
“Kami dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan kami setiap kali kami datang ke restoran berkenaan,” katanya.
Hafis berkata, mereka berlima menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional selepas doktor gagal mengesan punca mereka sakit perut dan kerap demam.
Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain...tunggu je lah hari mati korang’.
“SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang saya dan rakan-rakan tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.
“Namun, saya tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya kami,” katanya.
Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.
“Bomoh mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.
“Lebih menakutkan, bomoh berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawan saya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan,” katanya.
Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.
Sebelum itu, Hafis berkata, anak rakannya pernah bercerita mengenai beberapa kejadian pelik berlaku di rumahnya seperti mendengar seseorang mengorek tanah dan menanam sesuatu di luar rumah.
“Selepas rakan pertama itu menderita sakit perut, saya dan tiga rakan lain pula mengalami masalah sama. Kami pergi ke hospital, tapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakit kami.
“Kami terpaksa merujuk pengamal perubatan alternatif dan kami dimaklumkan perut kami sakit disebabkan perbuatan khianat,” katanya. Hafis berkata, walaupun lebih sebulan kejadian itu berlaku, dia dan rakan-rakan belum sembuh sepenuhnya kerana bisa akibat cucukan daripada barangan kotor yang dihantar itu belum dikeluarkan sepenuhnya.
Friday, November 5, 2010
Kekasih janda keliling pinggang
SAYA berkenalan dengan seorang ibu tunggal dua anak dan perkenalan kami membabitkan cinta dan sayang. Pada awal perkenalan, S menyatakan dia bercerai dengan suaminya kerana tiada jodoh. Saya menerima dengan hati terbuka tapi ingin tahu apa sebenarnya terjadi antara dia dan suaminya.
S menceritakan dia terlanjur dengan majikannya di pejabat dan dalam kenderaan. Saya terkejut dan terpaksa akur dengan ceritanya kerana dendam pada suaminya yang ada wanita lain.
Saya terus berkawan dengan niat menjadikan S sebagai isteri dan minta dia bertaubat dengan apa dilakukannya. Saya bimbingnya untuk bersolat kerana S menyatakan keluarganya kurang didikan agama.
Persahabatan kami berlanjutan hinggalah satu masa dia dipanggil ke mahkamah atas kes perceraian dengan suaminya. Saya bertanya mengenai hal itu tapi dia cuba berselindung. Saya masih boleh terima lagi dan dia berjanji akan jaga dan ikut segala perintah Allah dan bertaubat.
S berhenti kerana majikannya selalu mendesaknya melakukan hal terkutuk itu lagi. S kemudian bekerja di tempat lain sebelum berkenalan dengan lelaki bernama X. Saya tidak marah dan menasihatinya supaya menjaga batasan berkawan. Dia bersumpah dengan nama anaknya yang dia sayangkan saya dan tidak akan ulangi perbuatan terkutuk itu.
Namun kawan saya nampak S selalu rapat dan keluar dengan X serta pergi ke dalam semak. Bila saya bertanya, dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak lakukan hal sedemikian. Saya percaya dan teruskan hubungan kami. Pada satu ketika, kawan saya nampak S dengan seorang lagi lelaki bernama Y di dalam kereta dan melakukan hal terkutuk itu.
Saya hilang sabar dan bertanya S di mana surah Yasin yang saya beri padanya dan diletakkan di atas kepalanya. S bersumpah dengan nama Allah dan menafikan hal berkenaan. Namun akhirnya X menghantar SMS kepada saya mengatakan dia berzina dengan S.
Saya bertanya S dan akhirnya dia mengaku melakukan perkara itu dengan X. Saya kecewa kerana saya selalu berpesan supaya jangan tinggal solat, tapi dia tinggalkan kerana mengejar duniawi.
S juga menyatakan dia tidak hairan jika putus hubungan dengan saya kerana ramai lagi lelaki menodainya dan bukan X dan Y saja.
Ramai lelaki mahukannya. S juga menyatakan setiap lelaki dikenalinya akan mendapat ‘hadiah’ daripadanya, iaitu tubuhnya.
Saya benar-benar kesal dengan penjelasan S dan bertekad melupakan dia dan buat haluan hidup saya.
Ada lagi cerita yang mengaibkan tapi tidak perlu saya nyatakan di sini biarpun saya berkorban untuknya selama ini.
Apa hukum dan balasan Allah terhadap S yang bersumpah dengan nama Allah pada surah Yasin dan juga dengan nama anaknya?
INSAN KECEWA
Melaka
Bagi menjawab masalah saudara Dang Setia ingin bertanya, apakah yang diimpikan apabila saudara mendirikan rumah tangga kelak? Adakah saudara hanya inginkan isteri cantik atau kebahagiaan hakiki yang berkekalan hingga ke anak cucu? Jika inginkan isteri cantik, mungkin saudara boleh meneruskan perjuangan untuk membimbing S yang bagi Dang Setia sudah jauh tersimpang daripada landasan Islam.
Dang Setia menganggap S cantik rupa parasnya kerana melihatkan kesungguhan saudara membimbingnya walaupun dia acap kali memperdayakan saudara.
Tidak salah ‘mengayat’ seorang wanita cantik untuk dijadikan kekasih atau isteri kerana ia lumrah lelaki, tapi sebaik-baiknya biarlah gadis atau wanita itu memiliki pakej lengkap, terutama daripada segi agama.
Seelok-eloknya selepas berkenan dengan seseorang wanita itu, cuba berkawan dalam tempoh tertentu untuk menilai budi pekertinya supaya tidak tersilap pilih kelak.
Dalam kes saudara, Dang Setia percaya saudara sudah melalui situasi itu. Minta maaf, S bukan calon sesuai untuk dijadikan kekasih, apatah lagi isteri yang bakal menjadi ibu kepada anak saudara kelak.
Bayangkan kalau si ibu rosak akhlaknya, bagaimana dia mahu membimbing anak ke jalan benar sedangkan saudara pasti sibuk mencari rezeki.
Dang Setia menganggap S sebagai sebiji buah yang buruk dan rosak. Buah yang dalam keadaan itu selayaknya dibuang saja ke dalam tong sampah kerana langsung tidak boleh dimakan.
S bukan saja hanyut dalam dunia noda, malah berani membelakangi agama apabila bersumpah dengan nama Allah seperti diceritakan saudara.
Ini kerana dalam Islam syarat sah sumpah adalah bersumpah atas nama Allah (Wallahi, Billahi atau Tallahi), satu daripada nama Allah (seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Khalik) atau satu daripada sifat Allah, sebagai contoh (Aku berlindung dengan Kemuliaan Kamu, yang tidak ada Tuhan melainkan Kamu yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati).
Selain larangan bersumpah dengan selain Allah, seseorang itu diingatkan supaya jangan berdusta dalam sumpah, sekali pun terhadap perkara kecil. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengambil hak seorang Muslim dengan sumpahnya (yang dusta), sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.” Alhamdulillah, saudara menyedari kesilapan bercinta dengan S dan bertekad melupakannya. Sebagai lelaki, saudara ada kuasa memilih berbanding wanita, justeru cari wanita lain yang elok budi pekertinya, insya-Allah rumah tangga saudara akan bahagia.
Tuesday, October 26, 2010
Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi

ANAK panah menunjukkan arah seorang budak perempuan berusia 12 tahun terjatuh dari tingkat enam ketika cuba turun melalui dinding sebuah apartmen di Petaling Jaya kelmarin. Gambar kecil menunjukkan keadaan mangsa selepas terjatuh.
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.
Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.
“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.
“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Sunday, April 25, 2010
Pelajar elak dicekup Jais temui ajal
GOMBAK: Seorang pelajar kolej yang cuba melarikan diri kerana bimbang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) maut dalam keadaan mengerikan selepas tergelincir lalu jatuh dari tingkat lima pangsapuri, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 pagi apabila sekumpulan penguat kuasa Jais membuat operasi cegah maksiat di sebuah pangsapuri di kawasan itu.
Katanya, berdasarkan maklumat, penguat kuasa Jais bergegas ke sebuah unit di tingkat lima yang disyaki digunakan pasangan kekasih bukan muhrim untuk melakukan maksiat.
THERE ARE MORE HERE
-
Amaran pd Kaum Hawa Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan. Kesah ini betul2 terjadi...
-
JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap 'liar' oleh khalayak. PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa ...
-
KUALA LUMPUR: Bahana bercinta melalui facebook dengan lelaki baru dikenali menyebabkan seorang pelajar perempuan dihantui ketakutan selepas ...
-
ICHIKAWA - Pelakon lucah paling tua di Jepun, Shigeo Tokuda , 75, menjalani proses penggambaran filem lucah terbarunya bersama seorang gadis...
-
SUBANG JAYA - Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit menyebabkan ramai rakyat di ne...
-
BARU-BARU ini saya menonton rancangan Bang Bang Boom! terbitan sebuah syarikat televisyen swasta tempatan. Slot terakhir rancangan itu memap...
-
Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? An...
-
THE Kenanga Wholesale City, which is earmarked for completion by early 2010, is poised to be a landmark hub for Kuala Lumpur's wholesale...
-
Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan ...

