Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, October 3, 2013

7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel Yang Penjenayah Tidak Mahu Anda Tahu

| Thursday, October 3, 2013 | 0 comments

Tip Praktikal Memastikan Agar Percutian Menggembirakan Tidak Menjadi Tragedi Ngeri Buat Anda Dan Keluarga


1. Pilih Tingkat Yang Betul Tingkat paling bawah adalah antara tingkat yang patut anda jauhi — terutamanya jika ia jauh dari lobi. Jika anda tidak dapat mengelak, minta agar diberi bilik yang pintunya menghadap kawasan dalaman hotel, dan bukannya menghadap jalan raya atau tempat letak kereta.
Ini kerana tingkat bawah merupakan sasaran mudah bagi mereka yang ingin memecah masuk ke bilik hotel anda.
Jauhi juga bilik-bilik di tingkat 6 dan ke atas kerana jika terjadi kebakaran besar, anda mungkin gagal diselamatkan. Ini kerana kebanyakan tangga bomba hanya boleh mencapai ke tingkat 5 atau 6 sahaja.
Bilik paling ideal adalah yang di tingkat 3 atau tingkat 4. Jika terjadi kebakaran, anda mudah diselamatkan. Bilik di sini juga tidak sepantas untuk di akses oleh penjenayah seperti di tingkat lebih rendah.
Syarikat-syarikat antarabangsa yang telah berpengalaman dengan krisis jenayah kebanyakannya mempunyai kontrak khas dengan hotel agar memberikan bilik di tingkat-tingkat ini untuk staff mereka.


2. Bawa Sendal Pintu

Benda mudah ini mungkin menjadi sebab anda selamat — tidak kiralah jika anda menginap di hotel 5 bintang atau hotel murah yang dibina di dalam bangunan rumah kedai.
Secanggih manapun sistem keselamatan hotel anda, ia boleh dipecah masuk tanpa meninggalkan kesan. Pilihan terbaik anda ialah gunakan dead-bolt di pintu bersama sendal pintu yang anda bawa sendiri dari rumah.
Setiap kali anda berada di bilik, selitkan sendal getah ini di bawah pintu bilik. Alat kecil dan murah ini akan menjadi penghalang terakhir jika penjenayah berjaya mematahkan semua sistem keselamatan yang dipasang di pintu bilik hotel.
Benda terakhir yang anda mahu terjadi ialah penjenayah memasuki bilik anda sewaktu anda sedang tidur.



3. Biarkan Televisyen dan Lampu Terpasang

Membazir? Mungkin tidak. Membiarkan televisyen dan lampu terpasang apabila anda keluar memberi tanggapan kepada penjenayah yang anda masih berada di dalam bilik.

Jika anda perlukan khidmat housekeeping sewaktu di luar, biarkan lampu dan televisyen terpasang, dan letakkan notis “Jangan Ganggu” atau “Do Not Disturb” di tombol pintu. Sebelum keluar, telefon ke lobi dan beritahu mereka yang bilik anda boleh dibersihkan seperti biasa.


Ya, banyak hotel kini memerlukan keycard bilik diletakkan ke dalam slot kuasa di tepi pintu untuk memastikan sumber elektrik bilik anda terus terpasang. Jadi minta 2 kad bilik sewaktu anda mendaftar dan katakan ianya untuk teman sebilik yang mungkin datang kemudian.



Alternatif kedua ialah dengan menggunakan apa-apa kad lain yang sama saiz (seperti kad lama yang tidak diguna lagi) untuk dimasukkan ke slot itu (Nota: Helah ini mungkin berjaya untuk hotel dengan sistem lama sahaja).



4. Waspada dengan Kamera Tersembunyi
Sesiapa sahaja boleh menjadi sasaran kamera tersembunyi. Anda tidak perlu menjadi artis popular atau ahli politik — kerana sesiapa saja boleh menyorokkan kamera tersembunyi di bilik anda.

Sedar-sedar, rakaman di bilik hotel anda sudahpun ditonton rakan sekerja dan jutaan penonton di Youtube.


Kamera pengintip yang dahulunya hanya digunapakai oleh pihak berkuasa kini mudah dibeli  di laman web dengan harga di bawah RM 100. Yang menakutkan ialah, kerana saiznya yang semakin kecil, kamera ini boleh disembunyikan di dalam lampu meja, kotak tisu, soket elektrik, pengesan asap, sehinggalah kepada objek kecil seperti pen.



Jika anda tidak mahu diri anda dirakam sewaktu di dalam bilik hotel, anda boleh membeli pengesan kamera tersembunyi yang ada di pasaran. Bergantung kepada jenis pengesan anda boleh mendapatkannya dengan kos di bawah harga RM 150.



5. Tips Untuk Barang Berharga
Sewaktu di bilik, pastikan barangan berharga seperti passport, wang atau dokumen penting tidak ditinggalkan. Tetapi jika anda terpaksa meninggalkannya, simpan atau sorok barangan anda. Antara caranya ialah menggunakan pita pelekat dan melekatkan dokumen itu di bawah laci meja atau tempat tersorok lainnya.

Pastikan juga laptop di simpan atau dikunci menggunakan kabel keselamatan jika anda meninggalkannya di bilik.


Jika anda mahu menyimpan barangan anda di peti besi bilik, uji peti besi itu terlebih dahulu. Ini kerana pihak hotel yang cuai kerap membiarkannya dengan password masterkey asal peti iaitu 000000. Untuk sesetengah hotel, dengan hanya menekan nombor tersebut, anda boleh menyebabkan pintu besi itu terbuka.


Jika ini terjadi, letakkan saja barangan anda di peti besi kaunter tetamu (untuk 3 bintang ke atas). Jika anda menghuni hotel bajet, anda perlu mencari alternatif lain.


Yang paling senang — jangan bawa barangan kesayangan anda sewaktu cuti.



6. Kenali Hotel Anda
Selepas check-in, ambil masa untuk cari tangga kecemasan. Jika terjadi kebakaran, anda tahu di mana tempat menyelamatkan diri.

Ambil juga beberapa minit untuk membiasakan diri anda dengan sistem telefon di bilik anda. Pastikan ianya berfungsi supaya anda dapat terus membuat panggilan kecemasan bila perlu.

Jika kunjungan kali pertama anda ke tempat letak kereta menakutkan anda (banyak hotel mempunyai tempat letak kereta yang gelap dan sunyi), gunakan valet parking. Ia mungkin agak mahal, tetapi ia lebih selamat, terutamanya jika anda seorang wanita dengan kereta mewah.

Jika terjadi sebarang kecurian, buat laporan polis kerana sesetengah barangan berharga yang dibeli dengan kad kredit mungkin dilindungi insuran.



7. Anda Wanita? Tips Tambahan
Jika anda menginap bersendirian, anda kena lebih berhati-hati kerana anda merupakan sasaran kegemaran penjenayah. Ini kerana kaum wanita kerap membawa barang kemas berharga, lebih mudah dilemahkan, dan menjadi bonus untuk penjenayah yang mempunyai motif seks.

Pastikan sewaktu anda diberi kunci bilik, tetamu lain tidak tahu akan nombor bilik anda. Sewaktu menaiki lif, pastikan juga anda tidak bersendirian dengan tetamu lelaki lain. Jika anda diserang di dalam lif, tekan semua butang lif agar lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.

Jika anda ada sebarang urusan peribadi, buat urusan di kawasan orang ramai seperti di lobi atau di restoran di luar hotel. Kebanyakan kes jenayah bunuh di hotel selalunya terjadi akibat pertengkaran yang tidak terkawal di dalam bilik.

Percutian bersama keluarga atau kerja di luar kawasan yang menyebabkan anda terpaksa menginap di hotel mungkin memenatkan. Tetapi apapun situasi anda, jaga keselamatan diri.

Kerapkali tetamu yang tidak diundang mungkin staff housekeeping yang mahu membersihkan bilik. Tetapi pada masa yang sama, bilik anda juga mungkin diintai penjenayah tegar yang baru keluar 3 bulan dari penjara.

Jangan ambil ringan keselamatan di bilik hotel. Anda tidak mahu diri anda pula menjadi  tajuk utama akhbar dengan tajuk — Pembunuhan Ngeri di Bilik Hotel.

Jom share artikel penting ini dengan rakan-rakan dan orang-orang yang anda sayang.

Readmore..

Tuesday, May 14, 2013

Cara kurangkan tekanan

| Tuesday, May 14, 2013 | 0 comments

Cara kurangkan tekanan




14 Mei – Pernahkah anda berasa tertekan dan anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Anda mungkin berasa seperti anda terperangkap dalam situasi yang sukar. Kami boleh membantu memberi beberapa tips untuk kurangkan tekanan diri.

HIPNOTIS DIRI SENDIRI
Jika dilakukan dengan betul, hipnosis boleh mengosongkan fikiran anda, rendahkan kadar denyutan jantung, dan mengurangkan ketegangan otot. Tutup mata anda dan gambarkan sesuatu imej bertekanan, seperti kesesakan lalu lintas, di sebelah kiri. Kemudian, gambarkan penyelesaiannya di sebelah kanan, seperti mencari laluan baru tanpa kesesakan. Anda akan berasa lebih lega!

MAAFKAN DIA
Walaupun ia mungkin lebih senang untuk berfikir tentang perkara-perkara negatif tentang orang lain, melepaskannya benar-benar kurangkan tekanan! Anda harus dengan ikhlas menggantikan kemarahan anda ke arah pesalah yang dengan satu percubaan untuk memahami sebab-sebab di sebalik tindakan-tindakannya.

YOGA
Yoga adalah satu aktiviti kurangkan tekanan yang terbukti. Ini sebahagian daripada sistem saraf yang melegakan badan dan minda boleh dirangsang apabila tulang belakang dibengkokkan.

KELUAR
Tekanan boleh dicetuskan apabila badan kita tidak tahu masa. Apabila anda berada di cahaya matahari otak anda sudah mengikut jadual. Berjalan di luar tanpa cermin mata hitam selama 20 minit sehari, tiga kali seminggu boleh tolong kurangkan tekanan.

DIET IKAN
Melawan tekanan boleh menjadi semudah memakan ikan di sebuah restoran. Apabila memakan diet ikan untuk seminggu seperti ikan kembung, sumber lemak asid omega-3, ia boleh kurangkan tekanan. Apabila anda memakan lemak asid omega-3, anda akan berasa tenang.

Readmore..

Tuesday, July 31, 2012

Hindari nafas berbau di bulan Ramadhan

| Tuesday, July 31, 2012 | 0 comments


GIGI yang bersih menampilkan peribadi menarik. Amalan berkumur, menyah sisa makanan di celah gigi atau menggosok gigi perlu dilakukan bagi menjaga gigi agar terhindar daripada pembiakan bakteria dalam mulut.

Menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selepas bangun dan sebelum tidur membantu mengekalkan kesihatannya. 

Justeru, bagi mereka yang gusar dengan bau mulut sepanjang Ramadan ini, Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd memperkenalkan Colgate Plax Fresh Tea untuk memberi kesegaran sepanjang hari.

Sebahagian kita berasa bimbang dengan nafas berbau disebabkan mulut kering.

Untuk memberi perlindungan antibakteria dan nafas segar berpanjangan sehingga 12 jam, penggunaan flos dan berkumur dapat membantu mengatasinya. 

Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis, berkata formula segar dengan rasa teh asli dapat memberi keyakinan sepanjang hari. 

“Colgate Plax Fresh Tea baru yang menyegarkan hadir dengan rasa teh dan memberi keyakinan melalui nafas segar sehingga 12 jam. 

“Ia mempunyai formula antibakteria yang membantu mengurangkan plak dan membunuh sehingga 99.9 peratus bakteria manakala kandungan fluorida yang terdapat di dalamnya membantu mencegah kaviti pada gigi,” katanya mengenai produk yang diperkenalkan, baru-baru ini. 

Colgate mengesyorkan penggunaan ubat kumur antibakteria untuk mengawal bakteria mulut yang tidak boleh dihilangkan melalui cara memberus atau menggunakan flos sehingga 80 peratus. 

Caranya mudah, hanya perlu berkumur dengan Colgate Plax Fresh Tea sebanyak dua kali selepas bersahur dan berbuka bagi mengekalkan nafas yang segar sepanjang hari. 

Mengandungi ekstrak dan berperisa teh asli yang menyegarkan, ia membantu memberi perlindungan antibakteria selama 12 jam. 

Disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia dihasilkan menggunakan formula bebas alkohol dan sesuai untuk kegunaan harian. 

Formula tanpa alkohol itu menyediakan penjagaan yang lembut untuk mulut secara berkesan bagi melengkapkan amalan penjagaan yang sihat selain memberus, menggunakan flos dan membuat pemeriksaan yang kerap bersama doktor gigi. 

Sementara itu, bagi membantu membersihkan gigi secara mendalam, Colgate turut memperkenalkan berus gigi SlimSoft untuk mereka yang mementingkan kebersihan. 

Berus yang nipis berukuran 0.01 milimeter itu membantu membersihkan bahagian yang sukar dicapai berus biasa terutama di antara gigi dan bawah garis gusi. 

Ia sesuai digunakan mereka yang mahukan pembersihan secara lebih mendalam yang bukan saja lembut untuk gigi, malah di bahagian gusi bagi membantu mengelak berlaku kerosakan di bahagian itu. 

Colgate Plax Fresh Tea kini boleh didapati di semua kedai jualan runcit terkemuka dan farmasi pada harga disyorkan RM7.90 untuk 250 mililiter dan RM18.90 bagi 750 mililiter manakala RM6.90 untuk Colgate SlimSoft. 


Tip penjagaan gigi untuk senyuman yang sihat: 


  • Memberus dengan kuat tidak semestinya menjadikan gigi lebih baik. Namun, apa yang penting adalah menggunakan berus dan mengamalkan cara menggosok gigi yang betul.
  • Memberus dengan kuat berisiko merosakkan gusi.
  • Cara menggosok gigi yang disyorkan adalah menggunakan berus yang lembut atau lebih lembut. Kebanyakan pakar gigi bersetuju penggunaan berus lembut terbaik untuk menghapuskan plak dan sisa makanan yang terselit di celah gigi.
  • Readmore..

    Tuesday, May 18, 2010

    Tips Rancang Perbelanjaan harian

    | Tuesday, May 18, 2010 | 0 comments



    Senaraikan barang yang ingin dibeli

    Bagi mengelakkan anda terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan melampaui bajet yang telah ditetapkan, adalah lebih baik jika anda senaraikan segala barangan yang di perlukan sebelum anda keluar membeli-belah.

    Pastikan barangan yang dibeli mempunyal harga yang berpatutan. Lakukan perbandingan harga bagi setiap barangan bagi mengelakkan anda tertipu dengan harga yang tinggi. Cuba untuk mengunjungi beberapa kedai untuk membandingkan harga barangan. Sekiranya anda mengunjungi gerai-gerai kecil yang tidak mempamerkan harga, inilah masanya untuk menguji kemahiran tawar-menawar anda.

    Readmore..

    Sunday, May 16, 2010

    Kesihatan: 8 ujian wajib lelaki

    | Sunday, May 16, 2010 | 0 comments


    Pemeriksaan kesihatan bantu elak risiko penyakit

    SOALAN:
    Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

    JAWAPAN:

    Saudara, ada beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu berkaitan maklumat kesihatan itu wajar demi memahami tahap kesihatan diri. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut beberapa pemeriksaan kesihatan yang boleh saudara jalani :

    1) Ujian paras kolesterol

    Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.

    2) Tekanan darah

    Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

    3) Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

    Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

    4) Ujian densiti tulang

    Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

    5) Pemeriksaan Colonoscopy

    Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

    6) Pemeriksaan mata

    Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

    7) Pemeriksaan buah zakar

    Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

    8) Pemeriksaan kanser prostat

    riksaan yang perlu dilakukan. Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.

    Readmore..

    Thursday, February 18, 2010

    33 petua dan tip kuruskan badan tanpa ubat

    | Thursday, February 18, 2010 | 0 comments

    1. JANGAN BERLAPAR
    Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

    2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
    Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

    3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
    Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

    4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
    Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

    5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
    Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

    6. AMBIL SARAPAN PAGI
    Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
    dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

    7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
    Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

    8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
    Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

    9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

    10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

    11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

    12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

    13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

    14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

    15. Ambil makanan yang berempah
    Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

    16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
    Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

    17. Simpan Satu Diari
    Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
    keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
    dan rajin-rajinlah membuat catatan.

    18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
    Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

    19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

    20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
    sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

    21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

    22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
    segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

    23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

    24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

    25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
    i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
    ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
    iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
    iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
    v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


    Readmore..

    Saturday, December 19, 2009

    12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

    | Saturday, December 19, 2009 | 0 comments

    Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

    1) Berani berinisiatif
    Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

    Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

    2) Menghias Diri
    Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

    Readmore..

    Thursday, November 26, 2009

    Hukum MLM Jawapan JAKIM

    | Thursday, November 26, 2009 | 0 comments

    Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah Upline (tingkat atas) dan Downline (tingkat bawah), orang akan disebut Upline jika mempunyai Downline.

    Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat vertikal (atas bawah) mahupun horizontal (kiri kanan) ataupun gabungan antara keduanya.

    Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.

    Readmore..

    Wednesday, November 4, 2009

    Iklan: Influenza A (H1N1)

    | Wednesday, November 4, 2009 | 0 comments



    1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
    2. G Gosok kedua-dua tapak tangan
    3. G Gosok setiap jari dan celah jari
    7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
    4. G Gosok kuku di tapak tangan
    5. G Gosok belakang tangan dan celah jari
    6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya

    BASUHLAH TANGAN ANDA DENGAN BETUL



    Sumber:
    Influenza A (H1N1)

    Readmore..

    Tuesday, October 20, 2009

    Payudara mengambarkan perangai wanita?

    | Tuesday, October 20, 2009 | 0 comments



    Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

    1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

    2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

    Readmore..

    Thursday, July 23, 2009

    Petua Payu Dara Kembali Bugar

    | Thursday, July 23, 2009 | 0 comments

    Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak.

    Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu.

    Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar.

    Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu.

    Kuasa Urutan


    Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya.

    Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

    Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin.

    Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.

    “Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi.

    Senaman Payu Dara

    * Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda.
    * Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan.
    * Tolak berlawanan arah dengan serentak.
    * Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.

    Dipetik drp Pa&Ma

    Readmore..

    Monday, June 29, 2009

    Tanda-tanda Si Dia Suami Orang

    | Monday, June 29, 2009 | 0 comments

    Antara tips dan tanda-tanda untuk kaum wanita mengetahui samaada anda sedang BenCinta dengan suami orang. Tidak boleh diaplikasi pada pakwe orang. Tips ini akan dirungakikan untuk entry akan datang =p

    Ketahui pasangan anda dengan lebih dekat;

    1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

    2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

    3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

    4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

    5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

    Readmore..

    Saturday, June 27, 2009

    8G Pada Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita

    | Saturday, June 27, 2009 | 0 comments

    1. Garang
    ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

    2. Ganas
    (kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

    3. Gementar
    (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

    4. Gabrah
    (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

    5. Gentleman tiada
    (langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

    6. Gerumal
    (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

    7. Ganggo
    (keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

    8. Gatal
    (miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

    Readmore..

    Saturday, February 21, 2009

    Strategi Memikat Wanita

    | Saturday, February 21, 2009 | 0 comments

    Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.

    Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja! Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.

    1. Cari masa yang sesuai.

    Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

    2. Jangan buang masa.

    Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

    3. Lebih berkeyakinan.

    Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

    4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.

    Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

    5. Teruskan persahabatan.

    Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

    Readmore..

    Monday, May 12, 2008

    Untuk Lelaki & Rujukan Isteri

    | Monday, May 12, 2008 | 0 comments

    1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
    yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

    2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
    luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
    tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
    informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

    3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
    isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
    isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

    4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
    Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
    I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
    jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

    5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
    dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing
    n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
    maharaja.

    6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
    sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
    dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
    dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
    rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

    7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
    isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
    ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

    8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
    kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
    best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
    kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
    belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
    masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
    perbelanjaan keluarga)

    9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
    semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
    dulu.

    10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
    control kentut?

    11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
    main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
    sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

    12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

    13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
    jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
    perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi
    itulah dia rela nak tolong.

    14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
    dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
    bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
    barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
    nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

    15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
    dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
    Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

    16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
    pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
    diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
    sendiri.

    17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
    boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
    jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

    18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
    baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
    nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
    Jiran sebelah rumah awak?

    19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
    doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
    isteri nak mampus pun tak perasan.

    20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
    Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
    isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
    menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
    dah mati nanti.

    21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
    yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
    kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
    tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
    kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
    belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
    dengar dari seorang ustaz.

    22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
    rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
    suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

    23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.
    Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
    orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
    perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
    boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
    kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
    perempuan ni enteng sahaja.

    Readmore..
    Related Posts with Thumbnails

    THERE ARE MORE HERE

     

    Malay Mail Online

    The Star Online: Most Viewed: Nation

    NST Online: Topnews

    The New York Times

    The Washington Post

    Gossip Cop

    Harakahdaily

    Malaysiakini

    Harian Metro: BeritaUtama

    Berita Harian: Mutakhir

    Kosmo Online

    CNN.com

    Followers

    Please leave your blog link

    © Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com