Showing posts with label Lelaki dan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Lelaki dan Kesihatan. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Kesan buruk onani

| Friday, November 11, 2011 | 0 comments



LELAKI yang berkahwin atau masih bujang pasti terbabit dalam masalah onani. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki. Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini, seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.

Namun, ramai juga tidak tahu tabiat ini boleh membahayakan alat sulit dan mendatangkan penyakit.
Jika anda tinjau pelbagai laman web mengenai gejala atau tabiat onani atau ‘masturbation’, anda akan diberitahu perkara itu ‘normal’ dan ia proses pengenalan diri terhadap nafsu syahwat dan pada masa sama dapat melegakan tekanan seksual.

Laman sama juga akan menjelaskan, onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari jika dilakukan tanpa kawalan. Jadi secara tidak langsung, sesiapa yang melihat laman web berkenaan mendapati onani adalah perkara biasa dan tidak berbahaya. Malah, maklumat mengenai perkara negatif pula tidak dihuraikan secara jelas dan terselindung.

Bagaimanapun, jika kita mendengar cerita daripada lelaki yang melakukan onani, perkara lain pula timbul. Anda akan diberitahu pelbagai perkara negatif mengenai tabiat berkenaan seperti:

- Mata menjadi kabur, berair dan sering sakit (dry eyes) sehingga memeningkan kepala
- IBS atau ‘Irritable Bowel Syndrom’ atau rengsa usus
- Sukar menelan. Terasa sakit ketika menelan
- Telinga berdesing dan sakit
- Muka, tangan dan badan terasa pijar atau panas
- Kadangkala badan terasa menggeletar (vibrate)
- Masalah pada saluran kencing


Begitupun, jika tabiat onani digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat, kehidupan anda akan menjadi senang dan tenang.

Jika tidak, golongan lelaki pasti mengalami tekanan akibat menyalah gunakan amalan onani.

Cuba anda bayangkan sistem ‘reproduksi’ anda dan pusat kawalan sistem itu yang akan mengalami tekanan tidak terhingga akibat amalan onani.

Dalam keadaan teruja, ketika anda tidak mengawal perasaan, perasaan syahwat dan anggota kelamin turut menjadi teruja, darah masuk dengan banyak dalam semua organ terbabit iaitu zakar, buah zakar, pundi prostat dan banyak lagi.

Sudah tentu pusat kawalan seks dalam minda anda juga menjadi teruja dan pada masa sama ia menjadi tertekan. Dalam keadaan teruja, fungsi jantung, pernafasan dan otot keseluruhan badan berfungsi ke peringkat luar biasa dan banyak tenaga digunakan.

Selepas selesai, sistem berkenaan dan badan anda secara menyeluruh menjadi lemah.
Di samping itu p roduk rangsangan seksual seperti Beta-endorfin, Oxitocin dan pelbagai lagi kimia ‘neuro’ yang tercurah dalam sistem kardio-circular anda turut memberi perasaan seronok dan khayalan.

Bahan ini mudah ditagih dan mendorong anda untuk melakukan lagi amalan onani.
Jadi, anda boleh bayangkan kesudahannya jika perkara itu diulangi secara kerap.
Tentu anggota tubuh badan yang terbabit dalam proses itu akan tertekan.

Cara menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada sistem tubuh badan yang tertekan akibat onani keterlaluan menjadi lega dan berfungsi dengan sempurna ialah apabila amalan itu dihentikan atau dikurangkan secara beransur-ansur.

Jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda. Lawan dan segera mengawalnya dengan aktiviti riadah bermanfaat.

Readmore..

Sunday, September 11, 2011

Soal Jawab: Air mani suami tak keluar

| Sunday, September 11, 2011 | 0 comments



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor



Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar, penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Readmore..

Wednesday, December 1, 2010

Isteri alah pada kondom

| Wednesday, December 1, 2010 | 0 comments

ADAKAH penggunaan kondom menyebabkan radang atau mengalami penyakit kencing kotor?

Ini kerana setiap kali saya melakukan hubungan kelamin menggunakan kondom, isteri saya mengalami kepedihan pada alat sulitnya.

Saya rasa was-was untuk menggunakan sejenis jenama kondom ini.

Saya tidak pasti, ia mungkin secara kebetulan, tetapi apabila menggunakan

jenama lain, kami tidak mempunyai masalah. Biasanya, kami melakukan hubungan kelamin seminggu sekali dan mengunakan kondom jenama terbabit. Adakah ia disebabkan jenama kondom atau ia perkara biasa dialami wanita apabila pasangannya menggunakan kondom?

VELU
Kuala Lumpur



ISTERI anda mungkin mengalami alahan kepada bahan pelincir kondom terbabit. Sama seperti mana-mana bahan, ubat atau makanan, seseorang boleh mempunyai alahan terhadapnya sedangkan orang lain tidak mengalaminya. Saya tidak faham mengapa setelah menyedari ‘alahan’ terhadap kondom terbabit, anda masih menggunakannya.

Bagaimanapun, ia mungkin sebenarnya tidak berkaitan. Berkemungkinan juga isteri anda sebenarnya mengalami jangkitan kuman akibat hubungan seks. Geselan kemaluan anda pada kemaluan isteri boleh menyebabkan iritasi dan rekahan kulit sehingga mengundang jangkitan kuman. Selain itu, memandangkan saluran kencing wanita (uretra) wanita lebih pendek berbanding lelaki, wanitalah yang lebih kerap mengalami jangkitan kuman sehingga ke dalam pundi kencing.

Hubungan seks yang kerap (walaupun tanpa menggunakan kondom) merupakan satu daripada penyebab jangkitan pundi kencing pada wanita. Untuk mengurangkan risikonya, teknik penjagaan kebersihan kemaluan, meminum air yang banyak, tidak menahan kencing dan membersihkan kemaluan selepas hubungan seks bolehlah diamalkan.

Readmore..

Thursday, September 16, 2010

Kesihatan: Gara-gara mahu Besar

| Thursday, September 16, 2010 | 0 comments


Soalan:

DOKTOR, tolong tulis mengenai masalah saya ini untuk menjadi panduan supaya orang lain tidak menderita seperti saya. Saya menghidap penyakit yang dikenali sebagai parafinoma. Lelaki Derita

Jawapan:

APAKAH parafinoma? Ia adalah kecacatan fizikal yang berlaku pada batang zakar akibat suntikan benda asing bertujuan untuk membesarkan batang zakar. Ada pelbagai benda asing yang digunakan untuk tujuan ini.

Bahan yang sering digunakan ialah minyak paraffin, minyak castor, vaseline dan silikon. Apa yang memeranjatkan, suntikan ini diberi oleh individu bukan pengamal perubatan tetapi mereka yang tidak mempunyai kelayakan melakukan prosedur suntikan ini.

Suntikan diberikan di rumah kedai dan taman perumahan. Malah, ada yang memberitahu saya, ia dilakukan di belakang bangunan saja. Ramai juga yang mendapatkan suntikan ini di negara jiran.
Suntikan ini diberi di bawah kulit dan diberi di beberapa tempat di keliling batang zakar. Memang pada mulanya, batang zakar akan kelihatan besar dari segi diameter walaupun semasa ketiadaan ereksi. Ini adalah disebabkan pengumpulan dan serapan cecair di bawah kulit dan akibat dari reaksi inflamasi yang berlaku.

Masalah akan mula terjadi selepas dua atau tiga bulan selepas suntikan. Apa yang tejadi ialah akan berlaku pembentukan tisu parut dan tisu inflamasi kronik yang dikenali sebagai granuloma akibat dari reaksi badan terhadap benda asing itu.

Tisu granuloma ini keras dan berketul-ketul. Akibat dari pengaruh graviti, kebanyakkan dari tisu ini mula berkumpul di bahagian permukaan bawah batang zakar. Batang zakar akan mula kelihatan bengkok, kulit mula mengeras dan menebal. Bonjolan-bonjolan akan mula timbul di bawah kulit.

Suntikan yang diberi pada kawasan berdekatan dengan kepala zakar akan mengakibatkan timbulnya bonjolan kulit yang boleh menutup hampir keseluruhan kepala zakar. Kepala zakar seolah-olah tenggelam dalam bonjolan ini.

Secara kosmetiknya, batang zakar kelihatan hodoh dan jika saya boleh memberi deskripsi tepat dalam sesetengah pesakit, ia kelihatan seperti belalai gajah. Ada juga suntikan yang diberikan agak dalam hingga menjejaskan saluran kencing bawah iaitu saluran urethra.

Masalah penyempitan urethra atau urethral sticture akan berlaku. Pesakit akan merasakan aliran kencing menjadi perlahan dan halus serta proses membuang air kecil akan menjadi sukar dan menyakitkan. Masalah ini hanya boleh dipulihkan dengan pembedahan saja. Ada juga pesakit di mana penyempitan saluran urethra yang panjang berlaku dan pembedahan rumit yang memerlukan penggantian saluran urethra perlu dilakukan.

Untuk tujuan penggantian ini, tisu dari bahagian dalam mulut perlu diambil. Suntikan yang diberi pada bahagian pangkal zakar menyebabkan cecair yang digunakan mengalir turun ke bahagian kerandut zakar.

Ini akan menyebabkan terjadinya bengkak dalam kerandut zakar. Ini akan menyebabkan seseorang tidak merasa selesa memakai seluar dalam. Pernah terjadi kes di mana berlaku infeksi yang serius pada batang zakar dan batang zakar perlu dipotong.

Sejak kebelakangan ini, saya menerima ramai lelaki yang mengalami masalah parafinoma. Kebanyakannya datang akibat masalah sakit semasa ereksi. Ada juga yang tidak mempunyai ereksi langsung kerana kulit batang zakar sudah menjadi keras dan tidak boleh menegang lagi.

Ini juga disebabkan keadaan batang zakar yang sudah tidak lagi mempunyai rupa batang zakar. Ada juga antara pasangan mereka ini yang tidak mahu lagi melakukan hubungan seks disebabkan bentuk batang zakar ini. Rawatan untuk masalah ini adalah secara pembedahan.

Kulit dan tisu granuloma perlu dibuang. Ada juga pesakit yang keseluruhan kulit dan tisu batang zakar perlu dibuang. Kulit gantian akan diambil selalunya di bahagian paha dan juga kadang kala dari kulit yang menutupi kerandut zakar.

Pembedahan ini adalah rumit dan memerlukan bantuan dari pakar pembedahan plastik dan rekonstruktif. Secara keseluruhannya, hasil pembedahan adalah baik dan memuaskan pada pesakit.

Kesan sampingan yang sering terjadi selepas pembedahan adalah disfungsi erektil (ED)yang boleh dirawat dengan mengunakan ubatan PDE5 inhibitor. Ada juga pesakit yang mengadu kulit baru yang membaluti batang zakar kurang sensitif dan mempengaruhi kenikmatan semasa melakukan hubungan seks.

Secara ringkasnya, parafinoma adalah penyakit yang mula meningkat bilangannya akibat dari keghairahan kaum lelaki yang ingin mendapatkan batang zakar bersaiz besar dan dengan cara mudah.

Namun, ini akan memberi pelbagai masalah jangka masa panjang di mana ramai lelaki menderita dari segi fizikal dan emosi manakala rawatannya adalah sukar.
Nasihat saya pada lelaki yang ingin membesarkan zakar dengan cara ini ialah, anda harus ingat hubungan seksual yang berkesan tidak semestinya memerlukan saiz batang yang besar.

Janganlah terpengaruh dengan desakan untuk membesarkan batang zakar dengan cara ini kerana ia boleh membawa padah. Kepada mereka yang menghadapi masalah parafinoma, usah berputus harap, datanglah berjumpa dengan pakar urologi atau pakar pembedahan plastik untuk bantuan dan rawatan.

Readmore..

Monday, August 16, 2010

Kesihatan: Risau zakar anak halus

| Monday, August 16, 2010 | 0 comments


ANAK lelaki saya berumur hampir dua tahun. Saya perhatikan, zakarnya agak kecil dengan kulit luar zakar tidak mempunyai lebihan seperti abangnya. Jika anak saya membuang air kecil, zakarnya kelihatan membengkak sedikit. Ini kerana lubangnya agak kecil, tetapi dia tidak pernah mengadu kesakitan.

Saya pernah merujuk klinik swasta dan doktor menasihati saya merujuk kepada hospital. Ini kerana pada masa itu, anak saya berumur tiga bulan. Selepas dirujuk ke bahagian surgeri hospital, doktor menasihati supaya saya menunggu sehingga anak berumur lima hingga enam tahun untuk tindakan seterusnya, atau jika anak saya mengadu kesakitan apabila membuang air kecil. Persoalannya, apakah keadaan pembesaran zakar anak saya akan terbantut dan apakah yang perlu saya lakukan? Adakah zakar anak saya itu tidak normal dan perlu tindakan segera bagi mengelak kesan pada masa depan? Saya bimbang jika saya lambat bertindak, akan menjejaskan alat sulit anak saya dan menyebabkan saya menanggung sesal sepanjang hidup saya. Jika perlu, saya ingin bertemu Dr Zulkifli untuk mendapatkan nasihat dan meredakan kerisauan saya.

Ibu Risau


PUAN, kemungkinan besar anak puan mempunyai masalah yang dikenali sebagai phimosis. Ini ialah masalah di mana kulit zakar yang menutupi kepala zakar adalah ketat dan tidak boleh ditarik ke belakang.

Masalah ini juga mengakibatkan pembukaan hujung kulit berkenaan menjadi kecil .Ini akan menyebabkan kulit yang menutupi kepala zakar kelihatan mengembang semasa membuang air kecil akibat dari pengumpulan air kencing di dalam ruang antara kulit dan kepala zakar serta ia kelihatan seperti bengkak.
Ia sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak dan bagi seseorang yang tidak berkhatan, masalah ini juga boleh dilihat pada orang dewasa. Untuk makluman puan, semasa kelahiran, kulit yang menutup kepala zakar memang melekat kepada kepala zakar.

Ini adalah sebahagian dari mekanisma untuk melindungi kepala zakar yang sedang berkembang. Oleh itu, ketika di peringkat ini, kulit terbabit tidak boleh ditarik ke belakang.

Apabila seseorang kanak-kanak itu membesar, dianggarkan 50 peratus dari kanak-kanak berusia setahun, kulit yang menutup kepala zakar sudah boleh ditarik ke belakang.

Pada umur tiga tahun, peratusan meningkat kepada 90 peratus dan pada umur 17 tahun, 99 peratus dari lelaki sudah boleh menarik kulit yang menutupi kepala zakar ke belakang.

Masalah yang timbul sekiranya kulit kepala zakar tidak boleh ditarik ke belakang ialah masalah pengumpulan sel-sel mati yang dikenali sebagai smegma. Smegma ini boleh menyebabkan punca terjadinya infeksi pada kepala zakar yang dikenali sebagai balanitis.

Selain dari sakit pada kepala zakar, tanda-tanda yang boleh berlaku apabila seseorang kanak kanak itu mengalami masalah balanitis adalah seperti berikut:

* Pengeluaran cecair yang berbau dari hujung zakar
* Kegatalan yang dialami di bawah kulit yang menutupi kepala zakar
* Jangkitan kencing yang berulang-ulang
* Kesukaran untuk membuang air kecil
* Kulit yang menyelaputi kepala zakar kelihatan merah dan bengkak
* Sakit apabila kulit cuba di tarik ke belakang

Rawatan utama yang perlu diberi sekiranya berlaku balanitis ialah berkhatan. Bagaimanapun, ketika peringkat akut, doktor akan memberikan antibiotik terlebih dulu untuk membolehkan infeksi dan keradangan hilang sebelum prosidur berkhatan boleh dilakukan.

Jika anak puan boleh kencing dengan sempurna dan tidak mempunyai tanda-tanda balanitis, masalah ini boleh dirawat dengan cara berkhatan. Ini boleh dilakukan apabila anak puan mencapai umur lima hingga enam tahun.

Namun, jika anak puan didapati tidak selesa ketika membuang air kecil, mengadu sakit di bahagian zakar atau jika ada tanda-tanda mengalami balanitis, berkhatan perlu dilakukan terlebih awal.

Puan tidak perlu bimbang mengenai saiz zakar anak puan. Ini kerana beliau masih kecil dan baru berusia dua tahun. Pembesaran batang zakar hanya akan mula berlaku apabila seseorang kanak kanak lelaki itu mencapai umur baligh.

Masalah phimosis ini juga tidak akan membantutkan pembesaran batang zakar dan tidak mempengaruhi fungsi batang zakar anak lelaki puan.

Readmore..

Sunday, August 8, 2010

Kesihatan: Seks bantu proses pulih minda suami isteri

| Sunday, August 8, 2010 | 0 comments

Soalan:

SALAM sejahtera, doktor. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir 12 tahun lalu. Masalah saya, sekarang saya mengalami keinginan melakukan hubungan seks dengan isteri terlalu kerap, malah hampir setiap hari. Apakah ini mendatangkan masalah kesihatan kepada diri saya dan isteri?

Ingin Tahu

Jawapan:

SAUDARA, hubungan seks yang kerap walaupun pada kadar setiap hari, tidak akan menimbulkan apa-apa kemudaratan. Hubungan seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan tubuh badan.

Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:

1. Sejenis senaman.

Hubungan seks ialah salah satu bentuk aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki sedang menjalani aktiviti senaman.

Contohnya, semasa hubungan seks, tahap kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat. Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.

Ketika hubungan seks, pelbagai otot mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan otot dan menguatkan tulang.

2. Penawar kesakitan.

Semasa hubungan seksual, sejenis hormon yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.

Satu kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.

3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.

Sebahagian besar dari cecair yang dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar. Jika ejakulasi lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam kelenjar dan ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar prostat.

4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)

Lima puluh peratus dari lelaki yang berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan seks.

Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien kepada tisu batang zakar.

Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang zakar dan ketegangan batang zakar.

5. Mengurangkan stress.

Sudah terbukti dari segi kajian saintifik bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.

Sejenis kimia lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon ini bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.

6. Lain-lain kelebihan.

Kajian di negara Barat menunjukkan hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan suami-isteri.

Readmore..

Friday, July 16, 2010

Kesihatan: Sindrom lelaki andropaus

| Friday, July 16, 2010 | 0 comments

Soalan:

BOLEH doktor jelaskan situasi yang dikenali sebagai andropaus iaitu keadaan yang mirip menopaus bagi wanita?
Ingin Tahu

Jawapan:

MASALAH andropaus ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia agak berbeza daripada masalah menopaus yang dihadapi wanita.

Bagi lelaki, hormone testosterone masih wujud dalam badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur 40-an.

Masalah TDS ini berkaitan pelbagai masalah lain seperti obesiti, kencing manis dan peningkatan paras kolesterol dalam badan. Ia boleh menimbulkan masalah seperti osteoporosis, mati pucuk, sakit jantung dan kemurungan.
Ada pelbagai simptom masalah TDS. Ini termasuk keletihan berpanjangan, rasa tidak sihat dan tidak bermaya, sakit otot dan sendi, kerap berpeluh dan mengalami hot flushes. Seseorang itu juga mengalami masalah tidur seperti tidak lena, bangun awal, terasa letih walaupun mendapat tidur secukupnya.

Seseorang juga boleh mengalami perasaan cepat marah, sensitif, rasa kemurungan, tidak lagi berminat dengan sebarang aktiviti. Dari aspek seksual pula, seseorang itu akan mengalami masalah mati pucuk, tidak ada nafsu (libido) untuk melakukan hubungan seksual dan kurang/tidak ada ereksi zakar pada waktu pagi. Ada juga pesakit mengalami masalah janggut atau misai kurang lebat serta tidak lagi perlu bercukur sekerap dulu.

Jika suami puan mengalami simptom ini, puan perlu menasihatkan beliau berjumpa doktor pakar. Ini adalah kerana beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan masalah yang dihadapi suami. Ini termasuk ujian simptom dengan mengunakan borang soal jawab seperti AMS Questionnaire dan ujian paras hormone testosterone.

Sekiranya paras hormone testosterone rendah, suami puan dinasihat mengambil hormon testosterone gantian (testosterone replacement therapy). Ada pelbagai bentuk di pasaran seperti gel, patch tablet dan suntikan.

Readmore..

Friday, June 18, 2010

Kesihatan: Cecair kuning keluar bersama mazi

| Friday, June 18, 2010 | 0 comments


Soalan:

SAYA mengalami masalah dengan organ sulit saya. Saya dapati, amalan onani menyebabkan permukaan kulit, terutama pada kepala zakar menjadi kering, pucat dan berkedut.

Saya pernah mencuba krim pelembap dan jeli petroleum, namun ia tidak sesuai dengan kulit saya. Ia menyebabkan kulit saya menjadi sensitif dan mudah terluka. Lebih memburukkan lagi keadaan, cecair pekat kekuningan seperti nanah kerap keluar dari zakar bersama air mazi. Keadaan ini amat merunsingkan saya. Apa pandangan dan nasihat doktor? Apakah jenis rawatan yang perlu saya ambil?

Ingin Tahu

Jawapan:

SAUDARA, kulit yang membaluti kepala zakar adalah sangat sensitif dan nipis. Lapisannya berlainan dari kulit di kawasan batang dan ia dipenuhi dengan hujung saraf yang menjadikan kepala batang zakar salah satu organ yang paling sensitif dalam tubuh lelaki.

Dari apa yang anda ceritakan, kemungkinan besar saudara mengalami alahan yang menyebabkan keradangan pada kulit kepala zakar. Ini mungkin berpunca dari bahan pelincir yang saudara gunakan untuk melakukan onani.

Sesetengah dari sabun juga boleh menyebabkan terjadinya reaksi radang pada kulit kepala zakar. Sekiranya saudara mengamalkan dry mastubation atau masturbasi kering dengan mengeselkan batang zakar pada bantal atau tilam atau kain, perkara yang sama boleh berlaku.

Malah kadang kala luka kecil yang dikenali luka abrasi (abrasion) boleh berlaku pada permukaan kulit batang dan kepala zakar. Luka abrasi ini boleh dijangkiti kuman dan boleh menimbulkan infeksi pada kawasan yang terbabit. Sekiranya infeksi berlaku, kawasan ini akan menjadi merah, pedih dan berair. Ia agak susah untuk dirawat kerana kawasan ini sentiasa lembap akibat berpeluh dan kedudukannya di dalam seluar menyukarkan pengudaraan. Ini akan melambatkan proses penyembuhan.

Saudara dinasihatkan tidak meletakkan krim pelembap atau petroleum jelly. Ini adalah kerana reaksi antara bahan kimia yang terkandung di dalam petroleum jelly atau krim pelembab boleh memburukkan keadaan.

Jika kepala zakar kering, saudara boleh menyapu lapisan nipis krim yang dikenali sebagai aqueos cream. Krim ini boleh didapati di farmasi dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan adalah pelembap semula jadi dan bersifat hypoallergenic.

Semasa luka masih belum sembuh, saya menasihatkan saudara menggunakan sabun yang lembut seperti sabun bayi atau sabun yang mempunyai pH yang neutral untuk membersihkan kawasan kemaluan saudara. Pastikan kawasan itu dilap dengan kering selepas mandi dan gunakan seluar dalam yang lembut yang dibuat dari kain kapas (cotton).

Saudara juga perlu menghentikan masturbasi buat sementara waktu untuk membolehkan kulit di kawasan kepala batang zakar pulih sepenuhnya. Jika masalah ini berlarutan, saudara dinasihatkan berjumpa doktor. Ini kerana saudara mungkin perlu diberi krim yang mengandungi antibiotik untuk merawat masalah yang saudara hadapi.

Selepas luka sembuh, saudara boleh melakukan masturbasi tetapi gunakanlah pelincir yang tidak mendatangkan masalah kepada kulit batang atau kepala zakar. Pelincir yang saya maksudkan adalah pelincir yang dari jenis water soluable seperti paling mudah, KY Jelly. Elak dari mengamalkan mastubasi kering. Selain dari menimbulkan masalah abrasi pada kulit zakar, saudara juga mungkin akan mengalami masalah ejakulasi pra matang atau ketidak puasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan saudara nanti.

Mengenai masalah kedua yang saudara alami iaitu masalah pengeluaran cecair berwarna kuning seolah-olah nanah dari kemaluan saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa dengan doktor.

Ini kerana saya bimbang saudara mungkin mengalami masalah jangkitan kuman pada saluran urethra yang dikenali sebagai urethritis. Selain dari pengeluaran cecair seperti nanah, penghidap juga boleh mengalami mengalami masalah kencing yang pedih dan sakit.

Apa yang penting untuk dilakukan ialah air kencing dan cecair itu perlu dihantar ke makmal untuk ujian pengesanan kuman. Ini penting supaya jika ada jangkitan, antibiotik yang sesuai boleh diberi.

Masalah urethritis ini jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan penyempitan saluran kencing yang dikenali sebagai urethral stricture dan masalah ini hanya boleh dirawat dengan cara pembedahan.

Readmore..

Wednesday, June 16, 2010

Kesihatan: Bengkok zakar bawa padah

| Wednesday, June 16, 2010 | 0 comments

Soalan:

SAYA memiliki zakar yang normal ketika tegang. Saya ingin bertanya bagaimana jika bersama isteri, saya membengkokkan zakar ketika masturbasi untuk menambah keseronokan. Apa yang ingin saya tahu, apakah amalan membengkokkan zakar ini boleh memudaratkan zakar malah menjadikan ia lembik? Saya risau tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri.
Lelaki Normal

Jawapan:

TINDAKAN saudara membengkokkan zakar ketika onani boleh menimbulkan kecederaan serius pada batang zakar. Ketika zakar menegang, darah akan memenuhi ruang di dalam tisu corpora cavernosa, iaitu dua struktur yang berbentuk tiub yang juga struktur utama dalam batang zakar.

Kedua-dua struktur ini dibaluti satu lapisan tisu yang dikenali sebagai tunica albuginea. Fungsi lapisan ini adalah untuk mengekalkan darah di dalam corpora cavernosa dan ia juga untuk membolehkan batang zakar menjadi keras.
Dalam keadaan zakar yang tegang, lapisan tunica albuginea ini akan menjadi tersangat nipis. Apa yang boleh berlaku ialah, jika saudara kerap membengkokkan zakar ketika masturbasi, lapisan tunica albuginea boleh koyak.

Apabila koyak, darah akan mengalir keluar dari ruang corpora cavernosa dan memenuhi kawasan di bawah permukaan kulit. Batang zakar juga tidak akan menjadi tegang lagi akibat kebocoran darah dari ruang corpora cavernosa. Keadaan ini dikenali sebagai patah batang zakar atau fracture penis.

Fracture penis ini sering terjadi semasa mastubasi, tambah lagi apabila seseorang itu gemar membengkokkan zakar pada sudut yang tertentu. Ia juga boleh berlaku ketika persetubuhan terutama apabila tusukan batang zakar ke dalam vagina berlaku pada sudut yang tidak normal atau zakar tiba-tiba terbengkok semasa tusukan.

Sering kali sebelum ia berlaku, seseorang lelaki akan mendengar bunyi ‘crack’ dan diikuti dengan sakit pada batang zakar. Batang zakar akan terus menjadi lembik dan akan menjadi bengkak serta berwarna kebiruan.

Fracture penis ini perlu dirawat secara pembedahan kecemasan. Ketika pembedahan, pakar urologi terpaksa mencari tempat di mana koyakan berlaku dan tempat itu perlu dijahit semula.

Sekiranya tidak dirawat, batang zakar sukar untuk mendapat ketegangan akibat dari kebocoran darah. Pada jangka masa panjang, kawasan terbabit akan ditutupi oleh tisu parut yang akan menyebabkan batang zakar menjadi bengkok semasa tegang. Kecederaan pada saluran urethra juga boleh berlaku bersama sama dengan fracture penis.

Selain dari fracture penis, tabiat saudara membengkokkan batang zakar semasa masturbasi boleh menyebabkan pembentukan tisu parut pada batang zakar. Pembentukan tisu parut ini boleh menyebabkan batang zakar bengkok semasa ereksi dan pada kes yang teruk, penetrasi tidak dapat dilakukan.

Janganlah saudara terpengaruh dengan aksi filem dewasa atau lucah. Sudah semestinya pelbagai aksi digayakan untuk menarik perhatian penonton. Anggapan bahawa membengkokkan zakar semasa masturbasi boleh menambahkan keseronokan adalah ilusi semata mata.

Ini adalah kerana serat saraf yang memberikan sensasi semasa masturbasi atau hubungan jenis terdapat banyak di kepala batang zakar dan bukan pada batang zakar.

Sekiranya saudara berminat untuk mempelajari pelbagai teknik dalam hubungan seks suami isteri, ada banyak buku di pasaran mengenai teknik-teknik sesuai. Janganlah menjadikan filem dewasa atau lucah sebagai sumber rujukan.

Readmore..

Sunday, June 13, 2010

Kesihatan: Idam saiz besar

| Sunday, June 13, 2010 | 0 comments


SAYA masih remaja dalam lingkungan usia 20 tahun. Saya memiliki zakar bersaiz ukur lilit lebih kurang sembilan sentimeter. Apa yang merunsingkan saya, adik lelaki saya yang berusia 15 tahun memiliki alat sulit lebih besar.

Saya ingin tahu, apakah ada cara untuk menambah saiz zakar tanpa menggunakan alat tertentu? Apakah saya sebenarnya mempunyai masalah dengan zakar saya? Saya pernah melihat saiz zakar seorang lelaki bangsa asing di internet cukup panjang, apakah ini ada kaitan dengan genetik?

Risau

SAUDARA memiliki saiz panjang zakar yang normal. Malah saiz zakar lelaki semasa ereksi secara purata antara empat hingga enam inci dengan ukur lilit antara empat hingga enam sentimeter.

Kepanjangan zakar berbeza antara individu dan berbeza dari segi saiz semasa tiada ereksi (flaccid) dan ketika ereksi. Kajian menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai zakar panjang semasa keadaan flaccid, mencatat penambahan kepanjangan sedikit semasa ereksi berbanding mereka yang memiliki saiz zakar pendek semasa flaccid.

Saudara tidak perlu gusar mengenai perbezaan saiz zakar dengan adik yang berumur 14 tahun. Saudara perlu tahu saiz zakar bukannya faktor utama menentukan kepuasan pasangan saudara.

Untuk makluman saudara, saiz batang zakar boleh dipengaruhi faktor keturunan dan bangsa seseorang. Jika seseorang berbadan besar, tinggi dan kurus seperti bangsa Afrika dan Eropah, kebanyakan daripada mereka boleh memiliki saiz batang zakar panjang.

Saya nasihatkan saudara tidak membandingkan saiz batang zakar dengan apa yang dipaparkan di internet. Kesahihan gambar terbabit boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, hubungan seks yang hebat tidak memerlukan batang zakar panjang dan besar. Ia banyak bergantung kepada cara saudara melayan pasangan dan memenuhi kehendak seksualnya.

Batang zakar besar dan panjang selalunya mempunyai masalah dalam mengekalkan aliran darah. Ini menyebabkan kekerasannya tidak sebaik batang zakar pendek.

Saya nasihatkan saudara usah terpengaruh dengan iklan mendakwa pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk membesarkan zakar. Dari pandangan perubatan moden, kaedah terbabit tidak akan dapat memanjangkan batang zakar. Malah, boleh mendatangkan kemudaratan dan membazirkan wang saja.

Readmore..

Sunday, May 16, 2010

Kesihatan: 8 ujian wajib lelaki

| Sunday, May 16, 2010 | 0 comments


Pemeriksaan kesihatan bantu elak risiko penyakit

SOALAN:
Saya lelaki berumur 50 tahun dan setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit. Boleh doktor terangkan jenis pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian boleh saya jalani untuk memastikan tahap kesihatan saya sentiasa baik?

JAWAPAN:

Saudara, ada beberapa jenis pemeriksaan kesihatan yang perlu dilakukan oleh setiap lelaki demi untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk mengesan sekiranya ada penyakit di peringkat awal. Pada pandangan saya, sikap ingin tahu berkaitan maklumat kesihatan itu wajar demi memahami tahap kesihatan diri. Seperti yang diketahui, mencegah lebih baik daripada mengubati dan penting bagi mengetahui penjagaan kesihatan sesuai keperluan usia. Berikut beberapa pemeriksaan kesihatan yang boleh saudara jalani :

1) Ujian paras kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi. Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.

2) Tekanan darah

Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting. Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan. Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan doktor jika tekanan tidak normal.

3) Pemeriksaan darah untuk kencing manis/diabetes

Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4) Ujian densiti tulang

Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50 tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat, bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus menjalani ujian ini lebih awal.

5) Pemeriksaan Colonoscopy

Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko.

6) Pemeriksaan mata

Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.

7) Pemeriksaan buah zakar

Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor. Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.

8) Pemeriksaan kanser prostat

riksaan yang perlu dilakukan. Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat. Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’ (PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa saudara yang mengalami kanser ini.

Readmore..

Tuesday, March 16, 2010

Kesihatan: Risau ketagih onani

| Tuesday, March 16, 2010 | 0 comments


SAYA gemar melalukan onani sehingga empat atau lima kali seminggu. Semua ini bermula ketika usia saya 14 tahun. Sekarang, saya sudah berusia 24 tahun.

Saya pernah cuba berhenti melakukan onani namun disebabkan ia sudah menjadi kebiasaan, saya hanya berhenti sebulan saja. Dalam pemerhatian saya, air mani saya cair, kurang berlendir dan tidak seperti air kanji dengan pancutan menjadi terlalu perlahan. Saya ada beberapa soalan untuk dikemukakan kepada doktor:

i. Adakah ubat-ubatan di pasaran atau terapi yang boleh mengawal tabiat onani?

ii. Jika saya berkahwin, adakah saya mampu mendapatkan zuriat? Apakah anak yang bakal dilahirkan mempunyai risiko seperti cacat?

iii. Jika amalan onani berterusan, apakah saya boleh menghidapi kanser prostat pada usia muda? Apakah tanda awal kanser prostat?

iv. Apakah saya boleh mendapat sebarang penyakit sama ada bagi jangka pendek atau panjang kerana amalan onani selain menghidapi kanser prostat remaja?
Ingin Berubah

SAUDARA, dari aspek perubatan moden, onani adalah salah satu kaedah paling selamat untuk melepaskan tekanan seksual. Walaupun ia selamat kerana tidak membabitkan pihak kedua, ada beberapa keburukan jika aktiviti onani dilakukan tanpa dikawal.

Secara amnya, dari segi pandangan perubatan moden, onani tidak mempunyai apa-apa kemudaratan walaupun dilakukan secara kerap. Namun begitu, seseorang harus mampu mengawal diri mereka dan tidak tergolong dalam kumpulan individu yang mempunyai masalah ketagih onani.

Ketagihan onani ialah keadaan apabila seseorang tidak dapat memberi konsentrasi kepada perkara lain yang lebih penting dalam hidup seharian. Fikiran hanyalah tertumpu kepada onani dan tahap konsentrasi kepada pelajaran atau pekerjaan akan terjejas.

Adakah tumpuan saudara terhadap kerja atau perkara lain terjejas? Sekiranya ya, saya bimbang saudara mungkin mengalami masalah ketagih onani. Saudara sudah semestinya tidak akan dapat berhenti secara mendadak dan tidak semestinya saudara tidak boleh beronani langsung.

Kekerapan onani perlu diturunkan secara perlahan-lahan. Saudara perlu alihkan konsentrasi saudara kepada aktiviti lain seperti bersukan atau memiliki hobi. Elak dari duduk bersendirian. Elak dari terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menaikkan nafsu saudara.

Ketika ini, tidak ada ubat yang dijual di pasaran untuk mengubat masalah ketagih onani. Jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan cara ubah suai sikap, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan rawatan terapi dan kaunselling dari pakar psikiatri.

Onani yang kerap sudah semestinya menyebabkan air mani menjadi lebih cair dan jumlah air mani yang keluar akan berkurangan. Akibat dari jumlah air mani yang keluar tidak banyak, pancutan juga akan menjadi lemah.

Ini kerana badan kita memerlukan masa untuk memekatkan air mani. Bagaimanapun, ia tidak akan menjejaskan peluang saudara mendapatkan zuriat jika sperma saudara adalah normal dan tidak ada kaitan dengan kecacatan anak yang bakal dikandung oleh pasangan saudara.

Namun, jika saudara mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat, doktor selalunya menasihatkan saudara supaya tidak melakukan aktiviti onani sekurang-kurangnya 10 hari untuk memekatkan air mani saudara dan konsentrasi sperma akan meningkat.

Saudara, aktiviti onani tidak akan menyebabkan kanser kelenjar prostat .Lagipun usia saudara masih terlalu muda untuk mendapat kanser prostat. Ia selalunya membabitkan lelaki berumur 50 tahun ke atas.

Bagaimanapun, selain dari ketagih onani, aktiviti onani yang kerap dan tidak dikawal boleh membawa kepada berlakunya masalah seperti ejakulasi pra matang dan mati pucuk.

Readmore..

Saturday, December 26, 2009

Barah Payu Dara Lelaki

| Saturday, December 26, 2009 | 0 comments

Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.

Umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.

Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita.

Readmore..

Wednesday, July 8, 2009

Amalan sapu minyak zaitun pada zakar

| Wednesday, July 8, 2009 | 0 comments

SOALAN

ADAKAH amalan menyapu minyak zaitun pada zakar sebelum bersetubuh dengan isteri memberi kesan sampingan kepada alat sulit kedua-dua pasangan?

NAZIM
Kuala Lumpur


JAWAPAN

Minyak zaitun memang baik kerana ia mengandungi mineral dan zat ‘essential
fattyacids’ sesuai untuk kulit.

Minyak hanya melekat kepada kulit dan sukar untuk menyerap. Jadi ia hanya kekal sebagai lapisan bahan yang licin kepada kulit.

Namun ia meninggalkan bekas minyak dan bau jika digunakan untuk bersetubuh walaupun selepas dicuci dengan sabun.

Memandangkan faraj wanita mengandungi bakteria pelindung yang mengekalkan keasidan dalam faraj, ia mengganggu apabila wanita itu membersihkan minyak di faraj.

Jika wanita itu menggunakan pelicin berasaskan air, keadaan berbeza iaitu tidak perlu mencuci kerana ia mesra mukosa faraj.

Saya syorkan anda gunakan pelicin daripada jeli dan kini ada banyak jenama yang sihat dalam pasaran.

bersama
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

Readmore..

Saturday, June 27, 2009

Belai jika tidak aktif

| Saturday, June 27, 2009 | 0 comments

KEPRIHATINAN terhadap anggota kelamin perkara biasa di kalangan lelaki. Pengalaman lelaki yang kerap membelai dan merangsang anggota kelamin mendapati anggota itu aktif apabila ia kerap digunakan.

Pengalaman juga mendapati, apabila anggota kelamin disalah guna seperti merangsangnya secara kekerasan dan peralatan yang memberi tekanan seperti mengguna alat vakum, boleh menyebabkan anggota kelamin cedera dan hilang fungsinya.

Memandangkan anggota kelamin sensitif kepada sentuhan dan mudah terangsang apabila dibelai dengan urutan lembut atau urutan erotik, pendekatan urutan untuk merangsang anggota kelamin menjadi kaedah untuk memantapkannya.

Satu ketika, air liur digunakan untuk menyegarkan anggota kelamin. Imam Al-Nawawi pernah mengesyorkan anggota kelamin lelaki perlu dibelai jika lama tidak bersama kerana ia boleh menjadi kecut dan tidak berguna.

Beliau mengesyorkan air liur selain membelainya dengan minyak. Jadi tidak hairan apabila urutan menjadi pendekatan utama untuk memulihkan anggota kelamin lelaki yang tidak bermaya.

Apabila cara urutan itu menjadi berat atau ‘ganas’ dengan tambahan unsur menarik dan memuntal, anggota kelamin lelaki terdedah kepada kecederaan yang boleh memudaratkan lagi fungsinya.

Jadi, pendekatan itu untuk menyegarkan anggota kelamin lelaki tidak lagi diterima. Ini kerana anggota kelamin lelaki sejenis organ yang lembut dan banyak saluran darah.

Sebenarnya anggota kelamin lelaki itu organ vaskular! Ia sepatutnya tidak boleh diurut secara kasar, mungkin boleh dibelai secara lembut dan dengan krim sesuai serta tidak merosakkan kulit dan struktur dalamannya.

Jadi bahan keras seperti gambir Sarawak yang boleh memijarkan kulit dan meradangkan urat saraf dan minyak lintah yang boleh mengakibatkan alahan kulit bukan bahan sesuai untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin lelaki.

Bahan lembut dan ‘mesra’ anggota kelamin lelaki yang sudah dikaji dan sepatutnya digunakan adalah krim virile untuk lelaki. Sebenarnya anggota kelamin lelaki tidak perlu belaian jika lelaki itu aktif secara seksual.

Jika lelaki itu tidak aktif lagi dan untuk mengekalkan fungsi dan kesegaran anggota kelaminnya, mustahak untuk anggota itu dibelai.

Lebih baik daripada itu ialah apabila ia digunakannya (bersetubuh) selalu kerana itu fungsi sebenarnya.

Mengenai fungsi anggota sebagai organ reproduksi, dalam keadaan tegang, ia dapat disalurkan ke faraj perempuan untuk menyalurkan air mani, selain untuk keseronokan dan kepuasan batin.

Anggota kelamin lelaki mudah menegang apabila lelaki itu terangsang. Ereksi pagi perkara biasa dan selalu berlaku ketika bangun daripada tidur yang nyenyak waktu malam.

Jadi perubahan ereksi yang berlaku kepada anda tu petanda yang anda mempunyai fungsi anggota kelamin yang sihat.

Oleh itu, penting untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan badan. Jika badan sihat, anggota kelamin juga sihat.

Amalkan senaman berkala, makan makanan seimbang termasuk pengambilan zat tambahan yang sesuai, jaga berat badan ke tahap sesuai, elak merokok, dadah dan minuman keras.

Readmore..

Tuesday, February 3, 2009

Kesan Onani Kepada Lelaki

| Tuesday, February 3, 2009 | 0 comments

Apabila telah sebati dengan hobi barunya, pasti dia ’sukar’ meninggalkannya.

Dalam tempoh sebulan sekurang-kurangnya dia akan mengulangi beronani antara tiga hingga empat kali.

Anak kelahiran Mentakab, Pahang ini yang suka membaca, rupa-rupanya menyedari bahawa ‘hobi’ tersebut mungkin boleh mengundang ‘musibah’ andai dia meneruskan tabiat tersebut.

Dia menyedari, lebih banyak keburukan dari kebaikan. Paling membimbangkannya, setelah beberapa lama leka dengan hobinya, Mazlan mendapati kerandut zakarnya tidak seimbang. Selain kerandut zakarnya yang berat sebelah, itu, banyak urat tersimpul di sebelah kiri zakarnya.

Semasa beronani, Mazlan menyedari bahawa dia tidak mencapai tahap klimaks yang diingininya dan cepat berasa letih.

Bimbang dengan kesan sampingan yang bakal ditanggung, Mazlan kini semakin tertekan, kalau-kalau apa yang ditakutinya menjadi kenyataan.

Perasaan malu yang menebal menyebabkan Mazlan enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Bagaimanapun, Mazlan menyedari dia tidak boleh membiarkan dirinya terbelenggu dengan persoalan. Akhirnya Mazlan memutuskan mendapatkan bantuan doktor.

DR. ISMAIL: Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.

Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri, naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.

Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan, ketenangan dan kepuasan syahwat.

Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.

Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi menikmati kemuncak syahwat.

Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.

Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.

Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.

Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang kepada rangsangan syahwat.

Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk beronani.

Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak 70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan.

Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka mempunyai aktiviti sosial yang stabil.

Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas dengan godaan fantasi tersebut.

Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara yang merangsangkan syahwat.

Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.

Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang tidak dapat dikawal lagi.

Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat dikawal dengan baik.

Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan kesihatan bagi mereka yang melakukannya.

Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang dilakukannya.

Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.

Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara berterusan dengan cara yang ganas itu.

Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.

Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.

Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan awal tadi.

Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan, iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.

Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.

Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.

Utusan Malaysia : 29/06/2003

Readmore..

Wednesday, January 14, 2009

Belai Anggota Kelamin

| Wednesday, January 14, 2009 | 0 comments

KEPRIHATINAN terhadap anggota kelamin perkara biasa di kalangan lelaki. Pengalaman lelaki yang kerap membelai dan merangsang anggota kelamin mendapati anggota itu aktif apabila ia kerap digunakan.

Pengalaman juga mendapati, apabila anggota kelamin disalah guna seperti merangsangnya secara kekerasan dan peralatan yang memberi tekanan seperti mengguna alat vakum, boleh menyebabkan anggota kelamin cedera dan hilang fungsinya.

Memandangkan anggota kelamin sensitif kepada sentuhan dan mudah terangsang apabila dibelai dengan urutan lembut atau urutan erotik, pendekatan urutan untuk merangsang anggota kelamin menjadi kaedah untuk memantapkannya.

Satu ketika, air liur digunakan untuk menyegarkan anggota kelamin. Imam Al-Nawawi pernah mengesyorkan anggota kelamin lelaki perlu dibelai jika lama tidak bersama kerana ia boleh menjadi kecut dan tidak berguna.

Beliau mengesyorkan air liur selain membelainya dengan minyak. Jadi tidak hairan apabila urutan menjadi pendekatan utama untuk memulihkan anggota kelamin lelaki yang tidak bermaya.

Cuba bayangkan sekiranya anda menggunakan minyak urutan dari herba yang terbukti keberkesanannya, pasti alat kelamin lebih bertenaga dan manja dengan urutan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai minyak urut, boleh layari web www.walafiat.net

Apabila cara urutan itu menjadi berat atau ‘ganas’ dengan tambahan unsur menarik dan memuntal, anggota kelamin lelaki terdedah kepada kecederaan yang boleh memudaratkan lagi fungsinya.

Jadi, pendekatan itu untuk menyegarkan anggota kelamin lelaki tidak lagi diterima. Ini kerana anggota kelamin lelaki sejenis organ yang lembut dan banyak saluran darah.

Sebenarnya anggota kelamin lelaki itu organ vaskular! Ia sepatutnya tidak boleh diurut secara kasar, mungkin boleh dibelai secara lembut dan dengan minyak sesuai seperti Minyak WildX serta tidak merosakkan kulit dan struktur dalamannya.

Jadi bahan keras seperti gambir Sarawak yang boleh memijarkan kulit dan meradangkan urat saraf dan minyak lintah yang boleh mengakibatkan alahan kulit bukan bahan sesuai untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin lelaki.

Jika lelaki itu tidak aktif lagi dan untuk mengekalkan fungsi dan kesegaran anggota kelaminnya, mustahak untuk anggota itu dibelai.

Lebih baik daripada itu ialah apabila ia digunakannya (bersetubuh) selalu kerana itu fungsi sebenarnya.

Mengenai fungsi anggota sebagai organ reproduksi, dalam keadaan tegang, ia dapat disalurkan ke faraj perempuan untuk menyalurkan air mani, selain untuk keseronokan dan kepuasan batin.

Anggota kelamin lelaki mudah menegang apabila lelaki itu terangsang. Ereksi pagi perkara biasa dan selalu berlaku ketika bangun daripada tidur yang nyenyak waktu malam.

Jadi perubahan ereksi yang berlaku kepada anda tu petanda yang anda mempunyai fungsi anggota kelamin yang sihat.

Oleh itu, penting untuk menjaga kesihatan dan kesegaran anggota kelamin dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan dan kesejahteraan badan. Jika badan sihat, anggota kelamin juga sihat.

Amalkan senaman berkala, makan makanan seimbang termasuk pengambilan zat tambahan yang sesuai, jaga berat badan ke tahap sesuai, elak merokok, dadah dan minuman keras.

Sumber : Harian Metro

Readmore..

Monday, September 8, 2008

Panduan Urutan tangan pada zakar

| Monday, September 8, 2008 | 0 comments

TIDAK semua lelaki mampu klimaks secara normal. Ada yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengurut zakar selama beberapa minit dan memasukkannya semula ke dalam alat sulit wanita, mendayung beberapa ketika sebelum akhirnya mencapai ejakulasi.

Proses ereksi dan ejakulasi atau klimaks tidak sama. Ereksi boleh berlaku kepada mana-mana lelaki yang mempunyai sistem urat saraf serta perjalanan darah sihat yang membolehkannya mengalami rangsangan seksual ketika dalam perasaan ghairah.

Apabila perasaan ghairah itu reda, rangsangan seksual juga tiada lagi. Ereksi yang berlaku pula hilang tenaganya sebelum layu tanpa ejakulasi.

Ejakulasi berlaku apabila tiba kemuncak lelaki menghayati rangsangan sentuhan terhadap zakar.

Dalam keadaan biasa apabila lelaki bercumbu bersama pasangan dengan hajat untuk melakukan seks penetratif, dia akan menusuk ereksinya ke dalam faraj seketika ereksinya padat.

Ia dilakukan dalam keadaan pasangan bersedia untuk menerima kemasukan ereksi dan seterusnya lelaki mempercepatkan tusukan bagi menikmati rangsangan sehingga kemuncaknya mencapai ejakulasi.

Bagi yang menggunakan tangan, ia dilakukan bagi membina rangsangan seksual sebelum memindahkan atau melakukan tusukan.

Lelaki itu mungkin perlukan sentuhan kasar terhadap zakarnya menggunakan tangan sebelum mampu sampai kemuncak dan ketika itu baru dia menyambung pergerakan tusukan lembut ke dalam faraj anda.

Ia mungkin dilakukan secara sengaja kerana dengan cara memasukkan ereksinya terus ke dalam faraj, ia tidak dapat membantu meningkatkan rangsangan yang diperlukannya.

Ia berlaku mungkin kerana kesan amalan onani yang pernah dipraktikkannya sebelum ini.

Jika lelaki berkenaan terikat dengan cara itu, memang sukar untuknya melakukan hubungan seks penetratif seperti lelaki normal lain yang lebih teruja dengan sentuhan kelembutan faraj.

Mungkin wanita boleh cuba membantu dengan melakukan rangsangan zakar menggunakan tangan mengikut selera lelaki itu. Apabila lelaki terasa seperti hendak sampai kemuncak, wanita boleh alihkan ereksinya ke dalam faraj sambil mengemutkan alat sulit itu dengan padat.

Mungkin dengan perasaan seronok yang dialami daripada kemutan faraj, lelaki itu boleh memberi masa lama ketika di dalam faraj atau terus ke faraj tanpa perlu mendapatkan rangsangan daripada tangan.

Jika semua itu sudah dicuba tetapi tetap tidak berkesan, saya berpendapat wanita tidak perlu melakukan apa-apa dan terima keadaan itu, asalkan pasangannya mampu memancutkan air mani ke dalam faraj.

Itu sudah mencukupi kerana tanpa ejakulasi dalam faraj, sukar untuk wanita hamil.

Sumber : Harian Metro

Readmore..

Friday, June 20, 2008

Memahami tahap kesihatan seorang lelaki

| Friday, June 20, 2008 | 0 comments

Oleh Dr.Mohd. Ismail Mohd Tambi

KESIHATAN secara am melambangkan kesejahteraan fizikal, mental, spirituil dan sosial.Kesihatan mutlak lelaki berbeza dengan wanita walaupun dari segi keperluan asas ia lebih kurang sama.

Keperluan kesihatan lelaki tidak boleh disamakan dengan keperluan kesihatan keluarga yang banyak berfokuskan wanita dan kanak-kanak.

Lelaki mempunyai keperluan kesihatan yang tersendiri.

Dari perspektif gender lelaki memainkan peranan sosial yang mencabar, seperti kedudukan utama dalam masyarakat dan juga keluarga.

Perkara ini seolah-olah membentuk sahsiah lelaki yang dikatakan sebagai `egosentrik.’ Inilah punca dilema lelaki!

Kajian menunjukkan lelaki sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit.

Jangka hayat lelaki kurang lima hingga enam tahun dari wanita. Lelaki yang berumur 45 hingga 54 tahun tiga kali lebih kerap mati akibat serangan sakit jantung jika dibandingkan dengan wanita.

Kadar kematian atas sebab penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

Dari perspektif psikologi, lelaki lebih terdedah dengan tekanan dan terlibat dengan keganasan rumah tangga serta di tempat kerja.

Malah, sebilangan besar lelaki membunuh diri akibat tekanan.

Bilangan lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental 40 peratus lebih dari wanita.

Dari aspek sosial, lelaki lebih terasing dari keluarga kerana komitmen pada pekerjaan.

Ini mengakibatkan mereka tidak dapat bermesra dengan anak-anak dan isteri serta mudah terjerat dengan hubungan luar.

Lelaki juga boleh mengalami kanser reproduktif seperti kanser pundi prostat dan kanser buah zakar.

Bagaimanapun, tidak banyak lelaki tahu mengenainya dan cara untuk mencegahnya.

Jika dibandingkan dengan wanita, mereka begitu peka dengan kanser anggota reproduktif seperti kanser payu dara, kanser pangkal rahim dan sebagainya.

Oleh yang demikian memang wajar lelaki diberi perhatian dalam pengendalian kesihatannya melalui program-program tertentu.

Program Kesejahteraan Lelaki misalnya, dapat membuka hati dan minda mereka supaya berjumpa doktor dan kaunselor kesihatan.

Dengan cara ini dapat menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan asas tentang kesihatan dan mendapat maklumat serta bimbingan tentang isu tertentu mengenai kesihatan mereka.

Seperti kereta, yang perlu menjalani servis, lelaki juga perlu menjalani `servis’.

Mengetahui tentang tahap kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan pengambilan ECG sekiranya perlu untuk mengenal pasti keadaan jantung dan tahap kolesterol dalam darah.

Selain itu, pemeriksaan buah zakar penting untuk mengetahui gejala kanser atau ketumbuhan buah zakar.

Pemeriksaan pundi prostat dan ujian darah PSA untuk mengesan penyakit pundi prostat dan tahap glukosa dalam darah untuk mengesan kencing manis.

Kesemua pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala.

Sekiranya ada masalah, rawatan atau rujukan sewajarnya kepada pakar perubatan perlu dilakukan.

Di samping pemeriksaan kesihatan mereka perlu diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan melalui makanan dan cara hidup yang sihat.

Ini termasuk pemakanan seimbang dan sihat, senaman yang sesuai mengikut umur dan kaunseling kesihatan secara kelompok atau pendedahan kepada ceramah kesihatan lelaki.

Maklumat seterusnya ialah untuk renungan lelaki dan keluarga tersayang supaya dapat memanfaatkannya bersama.


Kesihatan kesuburan lelaki

Lelaki dengan ciri-ciri kesuburan mempunyai anggota reproduksi yang berfungsi normal.

Mereka mempunyai buah zakar yang menghasilkan sperma yang mencukupi dan salur sperma yang tidak terkandas.

Selain itu, mereka juga dapat menyalurkan sperma tanpa sekatan keluar salur kencing semasa ejakulasi.

Pundi prostat, pundi seminal dan pundi cowpers yang berfungsi normal dapat menghasilkan air mazi yang mencukupi untuk menampung sperma dan zakar yang berfungsi normal.

Pada masa yang sama, mereka dapat mencapai ereksi untuk disalurkan ke dalam faraj semasa persetubuhan dan keupayaan klimaks supaya air mani dapat dipancutkan ke dalam faraj.


Cabaran kesihatan kesuburan lelaki

Cabaran kesuburan lelaki ialah apabila lelaki itu tidak mempunyai sperma dalam air mani (azoospermia), tidak mempunyai bilangan sperma yang mencukupi atau tidak mempunyai bilangan sperma yang aktif atau yang berbentuk normal.

Masalah kesuburan juga berlaku apabila lelaki itu tidak dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj atau gagal mencapai ejakulasi.

Kira-kira 40 peratus daripada pasangan lelaki yang mengalami masalah kesuburan (jumlah yang sama dengan wanita yang kurang subur).

Jumlah ini dijangka meningkat kerana kurang kepekaan lelaki terhadap kesihatan kesuburannya.

Kajian di Eropah dan negara Scandinavia menunjukkan perubahan alam sekitar dan pencemaran memberi tekanan kepada kesuburan lelaki.

Kesannya, bilangan benih lelaki masa kini kurang jika dibandingkan dengan bilangan sperma lelaki 20 tahun yang lalu.

Lelaki perlu jumpa doktor bersama pasangan wanita sekiranya pasangan itu tidak dapat cahaya mata selepas berkahwin lebih setahun.

Seksualiti ialah proses pengenalan diri seseorang individu baik lelaki atau perempuan.

Proses ini bermula dari peringkat bayi sehingga ke peringkat dewasa dan lanjut usia.

Sebahagian daripada proses ini ialah pengenalan tentang kehendak syahwat dan naluri seksual, hubungan kelamin, kesihatan seksual dan tanggungjawab seksual.

Seksualiti di peringkat bayi berbeza dengan seksualiti peringkat remaja dan lanjut usia.

Tindak balas naluri dan syahwat berbeza untuk remaja dan dewasa serta lanjut usia.

Seperti orang dewasa, remaja mudah terangsang dan mencapai ereksi cuma yang berbeza ialah tumpuannya.

Pada lanjut usia pula, rangsangan dan tumpuan masih ada tetapi tindak balas agak lembap.

* Sebarang soalan mengenai sakit tuan boleh die-melkan ke kesihatan @utusan.com.my

Readmore..

Friday, May 30, 2008

Tidak gemar pakai seluar dalam

| Friday, May 30, 2008 | 0 comments



SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?

ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu


Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau ‘spermatic cord’ yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.

Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku ‘pandangan’ mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa ‘subur’nya mereka.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com