Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bulan ramadhan. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Isi Ramadan tadarus al-Quran

| Monday, July 23, 2012 | 0 comments



Masa berlalu begitu pantas. Kini kita telah selesai melalui 10 hari fasa pertama Ramadan. Seterusnya kita akan melalui dua fasa lagi yang berbaki. Ramadan datang sebagai hadiah istimewa daripada Allah SWT buat hambaNya yang menginginkan perubahan dalam hidupnya. 

Sejujurnya sering kali kita berasa terkilan apabila bercakap mengenai penambahbaikan diri terutama dalam soal melaksanakan amal ibadah. Pencapaian kita sentiasa berada di takuk lama dan tidak berubah untuk hari-hari mendatang. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang hari ini lebih baik dari hari semalam, dia orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini sama saja dengan semalam, dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam, dia orang yang zalim.” 

Setiap individu Muslim perlu bermuhasabah terutama terhadap perkara besar dalam hidupnya bagi mengenal pasti kelemahan dan membuat penambahbaikan untuk lebih berjaya pada masa depan. 

Justeru, di saat Allah SWT menganugerahkan kehadiran Ramadan sekali lagi dalam hidup, kita perlu bermuhasabah prestasi sepanjang Ramadan sebelum ini. Dengan muhasabah juga, seseorang akan lebih bijak mengolah agenda harian untuk memastikan Ramadan kali ini lebih baik dari tahun lepas. 

Perkara utama yang perlu dimuhasabah adalah sejauh mana kita konsisten melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan yang mulia ini. Umpamanya, sekerap mana kita membaca al-Quran kerana kelebihan membaca al-Quran pada Ramadan amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. 

Sabda Nabi SAW, daripada Aishah katanya: “Aku tidak pernah mengetahui bahawa Rasulullah SAW membaca al-Quran semuanya pada satu malam dan berqiam semalaman sampai ke waktu pagi dan berpuasa sebulan genap selain pada Ramadan.” (Riwayat Nasaie’) 
Sebagai umat Baginda, marilah kita memperbanyakkan membaca al-Quran sepanjang Ramadan dan sebaik-baik masa membaca al-Quran ialah pada waktu malam. Kita juga digalakkan banyak membaca al-Quran dan khatam dalam masa sesingkat mungkin. 

Kita yang mempunyai iman tahap orang awam perlu merancang supaya sepanjang Ramadan dapat khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Maka beruntunglah bagi individu membaca dan beramal dengan al-Quran kerana mereka akan memperoleh syafaat. 

Daripada Abdullah bin Amru bin ‘As, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa dan al-Quran menjadi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. Berkata puasa: Wahai Tuhanku! Aku menahannya tidur pada waktu malam maka (izinkanlah) aku memberi syafaat kepadanya dan berkata al-Quran: Wahai Tuhanku! Aku menahannya tidur pada waktu malam, (izinkanlah) memberi syafaat kepadanya. Sabda Rasulullah SAW: Lalu keduanya itu diberi izin Allah supaya memberi syafaat kepadanya.” (Riwayat Ahmad) 

Seterusnya satu amalan yang sering dilakukan Baginda Rasulullah SAW ialah membaca al-Quran secara bertadarus. Baginda SAW membaca al-Quran secara bertadarus dengan Jibril. 

Daripada Ibn Abbas, katanya: “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan lalu bertadarus al-Quran dengan Baginda.” (Riwayat Bukhari) 

Daripada Abu Hurairah, katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berharap untuk menemui Allah SWT, maka hendaklah memuliakan ahli Allah. Maka disoal lagi: Wahai Rasulullah, adakah Allah mempunyai ahli? Jawab Rasulullah SAW: Ya. Soal lagi: Siapa mereka itu? Jawab Rasulullah SAW: Ahli Allah di dunia ialah mereka yang selalu tadarus dan membaca al-Quran, adakah tidak ada orang yang menerima kemuliaan itu dimuliakan oleh Allah dan dimasukkan ke syurga, sebaliknya mereka yang dihina, maka sesungguhnya Allah akan menghina lalu dimasukkan ke neraka. Wahai Abu Hurairah, tiadalah di sisi Allah seorang yang dimuliakan daripada orang yang bertadarus dan membaca al-Quran, tidak ada seorang itu membawa dan membaca di sisi Allah dimuliakan daripada salah seorang kamu kecuali para Nabi.” 

Marilah kita mengisi masa sepanjang Ramadan mulia ini dengan amalan bermanfaat terutama membaca dan bertadarus al-Quran. Janganlah kita hanya berpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga saja tanpa pengisian bermanfaat. 

Abdullah bin Abbas meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (rumah kosong).” 

Penulis Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Readmore..

Saturday, July 21, 2012

Iklan Ramadhan Yang Tiada di Malaysia

| Saturday, July 21, 2012 | 0 comments


Iklan-iklan yang ada pada kaca televisyen kita bila bulan ramadhan, hanyalah makan-makan -makan. Itu sahaja. Sedangkan bulan ramadhan adalah bulan amal, untuk tingkatkan prestasi pahala dan kurangkan dosa.


Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) Melazimkan bacaan Kalimah Taiyibah

dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.


2) Beristighfar

digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah disangkakan.


3) Memohon memasuki Jannah'

Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:

"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"


4) Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam








Readmore..

Hab rujukan pada bulan puasa

| | 0 comments




PADA tahun-tahun sebelum ini, Asrol Iberahim akan mendengar radio atau membaca surat khabar harian untuk mendapatkan waktu solat terutamanya pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa.

Apabila teknologi telefon pintar menjadi fenomena, melayari internet ketika berada di luar benar-benar menyenangkan lelaki berusia 29 tahun itu.

Dia hanya perlu menaip alamat laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada skrin sesentuh telefon untuk mendapatkan waktu solat yang diyakini.

"Mak saya pula gemar memasak jadi, kerap juga saya melayari laman web resipi untuk dicetak. Ayah juga selalu hendak pinjam telefon saya, katanya mahu mendengar ceramah dalam laman YouTube atau membaca artikel berkaitan agama pada bulan puasa," ujar Asrol ketika ditemui di Cheras, Kuala Lumpur.

Jika diperhatikan terutamanya di laman-laman sosial Facebook mahupun Twitter, apabila menjelang bulan Ramadan kebanyakan orang berebut-rebut mengemas kini status dan berkongsi pautan yang berbentuk keagamaan.

Namun, sejauh mana kebenaran panduan yang diberikan sukar untuk disahkan lebih-lebih lagi yang melibatkan keagamaan dan perkara yang jarang kedengaran, kata Asrol.

Pada pendapatnya, jika terdapat sebuah laman web yang menjadi hab merangkumi semua keperluan yang selalu dicari pada bulan Ramadan dan diyakini sahih, ia pasti menyenangkan orang ramai.

Sehubungan itu, sempena kedatangan bulan Ramadan 1433 Hijrah yang jatuh pada tarikh 21 Julai lalu, enjin carian yang dikenali ramai, Yahoo! memperkenalkan laman web khusus untuk Ramadan.

Dikenali sebagai laman Ramadan Mubarak, ia boleh diakses dengan menaip alamat berikut, http://my.news.yahoo.com/ramadan_mubarak/.


LAMAN Yahoo! Ramadan juga boleh diakses dengan telefon pintar dan tablet.


Laman web khas Ramadan

Tidak berdiri sebagai sebuah laman web tunggal, ia merupakan salah sebuah seksyen pada laman web Yahoo! Malaysia News.

Ramadan Mubarak yang boleh diakses dengan hanya menekan butang itu menambah seksyen-seksyen Yahoo! News sedia ada seperti Malaysia, Olimpic, World, Tech, Entertaiment dan banyak lagi.

Seksyen Ramadan menggunakan warna hijau sebagai latar laman muka sejajar dengan rona yang cukup sinonim dengan Islam.

Menyasarkan pengunjung internet beragama Islam, ia menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu. Terdapat enam subbahagian iaitu laman utama, artikel Ramadan, resipi Ramadan Chef Wan, galeri imej, waktu solat dan kolum agama.

Umum mengetahui bahawa bulan Ramadan merupakan bulan ibadat bagi penganut Islam jadi, waktu solat yang tepat dan sahih amat penting.

Bukan sahaja sebagai penanda waktu berbuka puasa, tetapi ia juga amat penting dalam melatih orang ramai supaya lebih serius dalam menepati masa.

"Kami melakukan kemas kini masa solat dengan kekerapan sekali sehari pada setiap hari. Rujukan kami ialah laman web Jakim," kata Ketua Pengarang Yahoo! Malaysia, Marc Lourdes pada majlis pelancaran yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam bahagian waktu solat itu, Yahoo! hanya memilih waktu Subuh dan Maghrib yang penting pada bulan Ramadan memandangkan jadual penuh waktu solat boleh diperoleh melalui laman web Jakim.

Sebagai pengesahan waktu, pihak Yahoo! turut mencatatkan masa dan tarikh kemas kini serta pautan dengan laman web Jakim.

Bagi penganut agama Islam yang sentiasa mahu mendidik diri dengan ilmu agama, seksyen kolum agama disediakan khas bawah kelolaan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Menggunakan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan ayat al-Quran, ia boleh membimbing orang ramai dengan lebih mudah.

Selain itu, petikan daripada hadis Nabi turut diselitkan pada setiap laman subbahagian yang ada pada laman Ramadan Mubarak.


Satu lagi aspek yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan ialah makanan. Justeru, sebuah subbahagian yang dikenali sebagai resipi Ramadan Chef Wan didedikasikan bagi tujuan itu,

Duta makanan Malaysia, Chef Wan berkongsi idea dan resipi masakan tradisional seperti ayam masak merah, urap nangka dan opor daging Pekan.

"Chef Wan dan Dr. Asri merupakan individu yang cukup mahir dalam bidang masing-masing," ujar Lourdes lagi.

Pada laman utama, berita-berita terkini yang berkait rapat dengan umat Islam dipautkan pada laman utama supaya dapat mencapai kelompok sasaran.

Bagi menambah pengetahuan pelayar internet, seksyen kolum gambar yang dipautkan dengan Flickr membolehkan orang ramai melihat suasana bulan suci ini di seluruh dunia.

Fakta-fakta ringkas berbentuk trivia turut disertakan sekali bersama-sama gambar bagi menambah pemahaman orang ramai.

Yahoo! yang juga merupakan pengendali laman Flickr membolehkan pelayar melayari terus ke akaun tersebut di alamat www.flickr.com/groups/ramadan_yahoo/.


Pertama kali di Malaysia

Pengguna laman sosial paling popular, Facebook dapat berkongsi setiap artikel yang dibaca pada muka depan laman tersebut kerana ia juga dipautkan bersama.

"Laman web ini sememangnya ditujukan khas bagi menyambut bulan Ramadan jadi, ia akan dikeluarkan daripada Yahoo! News pada 24 Ogos ini," kata Pengarah Jualan Yahoo! Malaysia, Jon Tjin Kee yang turut sama berada pada majlis tersebut.

Laman Ramadan Mubarak yang buat pertama kali diperkenalkan di negara ini pada tahun ini sudah pun dimulakan pada tahun lalu di Indonesia.

Di sana, laman web tersebut mendapat sambutan yang sangat baik, malah jumlah pengunjung yang melawat sepanjang bulan puasa tahun lalu melebihi sasaran awal iaitu sekitar 250,000 orang pelawat.

"Kami sangat yakin, laman Ramadan Mubarak dalam Yahoo! Malaysia juga akan mencapai angka yang melebihi daripada sasaran yang dibuat," ungkap Lourdes lagi.


MEMBACA al-Quran dan muhasabah diri dengan bahan bacaan agama amat digalakkan sebagai amalan pada bulan puasa.

Berdasarkan perangkaan yang diberikan pihak Yahoo! Malaysia, di negara ini, seramai 8.2 juta pengguna unik menggunakan Yahoo! dan ia merangkumi 70 peratus populasi internet.

Yahoo! Malaysia memiliki dua bahasa dan telah menjadi tempat pertama pilihan pelayar untuk carian berita, e-mel, kewangan, pesanan pendek dan hiburan.

Laman Ramadan Mubarak yang mendapat tajaan produk kumur Listerine perasa teh hijau itu memakan masa yang agak lama untuk dibangunkan.

Ketua Pengurus Produk, Uttam Chopra berkata, daripada peringkat menjana idea sehinggakan mengisi kandungan yang dipamerkan memakan masa lebih kurang lima bulan sebelum diaktifkan pada bulan Julai.

"Ia merupakan usaha global kerana dalam pasukan tersebut ia terdiri daripada banyak kakitangan mahir dalam pelbagai bidang. Setiap pakar didatangkan daripada pelbagai negara," ujar Uttam.

Laman web Yahoo! Ramadan juga boleh dilayari menggunakan tablet dan telefon pintar sama ada menggunakan sistem operasi IOS atau Android.

Readmore..

Tuesday, July 26, 2011

Denda RM3,000 ponteng puasa

| Tuesday, July 26, 2011 | 0 comments


KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.

Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam.

"Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam.

Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com