
SAYA berumur 29 tahun dan mempunyai anak pertama yang berusia 10 bulan. Masalah yang saya hadapi adalah keputihan menyebabkan kegatalan pada faraj saya.
Saya berasa amat tidak selesa apabila mengalami kegatalan itu dan sentiasa ingin menggaru serta boleh menyebabkan kawasan faraj melecet dan sakit apabila terkena air.
Untuk makluman doktor, saya bersalin normal, tetapi terpaksa menjalani jahitan sebanyak dua kali ( mungkin disebabkan saya sibuk menjaga anak di wad akibat sakit kuning-jaundis ).
Adakah disebabkan faktor jahitan saya boleh menyebabkan kawasan faraj menjadi sensitif apabila berlaku pengeluaran keputihan terutama selepas datang haid ( waktu subur)?
Apakah kaedah rawatan yang sesuai dan tidak memudaratkan bagi mengatasi masalah ini sama ada penggunaan alat pencuci khas atau pengambilan ubat?
Selain itu, saya juga sudah menjalani ujian Pap smear pada Disember lalu di klinik kerajaan, tetapi masih menunggu keputusan.
Risau
Putrajaya
SAYA pasti sewaktu ujian Pap smear dilakukan, doktor juga memeriksa kawasan kemaluan luar, faraj dan permukaan pintu rahim anda. Sekiranya terdapat keputihan atau tanda jangkitan serta kesan kelukaan pada faraj, doktor pasti sudah memberitahu anda dan melakukan ujian kultur kuman menggunakan palitan lelehan atau keputihan.
Mungkin doktor akan memberikan krim antikulat atau antibiotik bersama krim mengandungi hormon tertentu buat sementara waktu untuk mempercepatkan pemulihan kulit faraj. Anda dinasihatkan berjumpa semula doktor di kilnik kerajaan terbabit untuk mendapatkan hasil ujian dan rawatan bersesuaian.
Saya tidak fikir ia mempunyai kaitan dengan luka jahitan bersalin memandangkan ia sudah berlalu 10 bulan terdahulu.
Popular Posts
Tuesday, November 2, 2010
Tidak selesa kerana keputihan
Wednesday, December 24, 2008
Cara Atasi Masalah Keputihan Berbau!

Adakah anda seorang wanita yang mengalami masalah keputihan berbau? hehe kalau lelaki mana ade.. ekk.. Mesti ini semua agak menyusahkan. Jika tidak masakan Belinda Chee asyik sibuk kat TV sahaja cakap pasal hal ini. Mengapakah hal ini menjadi sesuatu yang menggusarkan? Ramai yang komplen dalam senyap sahaja kerana takut ramai yang tahu. Menurut pakar, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. Yang saya tahu:
■Hal ini menyebabkan kegatalan
■berbau dan kadang-kadang berketul-ketul
■Menyebabkan anda perlu memakai panty liner setiap hari..
Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.
Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:
■Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
■jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
■Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
■Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
■Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk
Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:
■Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
■Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
■Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Oleh itu, amat penting sekiranya hal ini diatasi segera!
“Ketahui Langkah Demi Langkah Untuk Mencegah Dan Menghilangkan Keputihan Secara Alternatif Selama-Lamanya Akhirnya Didedahkan…Tanpa Sebarang RISIKO!”
THERE ARE MORE HERE
-
PETALING JAYA: Selepas pembaca berita Buletin Utama, Saiful Nizam Ismail bertemu jodoh dengan juara Gadis Melayu musim pertama (GM1), Khairu...
-
FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar se...
-
MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyi. Hakikatnya,...
-
JAKARTA - Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam menafikan dakwaan dia telah...
-
STOCKHOLM: Dua wanita Sweden yang menuduh pengasas WikiLeaks, Julian Assange merogol dan memperkosa mereka, masing-masing berusia 31 dan 27 ...
-
Semasa di lobi parlimen, ketua pembangkang (oposisi) sempat memberikan sepatah dua kata berkenaan bajet 2011 yang baru sahaja dibentangkan o...
-
KERAJAAN akan melancarkan Dana Pencen Swasta tahun depan bagi memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan rakyat yang bekerja sendiri m...
-
IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh...
-
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Sa...
-
MINGGU lalu saya menyentuh berkaitan apa itu rezeki, berkat, menderma serta bersedekah itu menambah rezeki dan bukan mengurangkannya serta b...