Showing posts with label pelincir hubungan suami isteri. Show all posts
Showing posts with label pelincir hubungan suami isteri. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Rahsia tahan lebih lama

| Monday, March 21, 2011 | 0 comments


SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI,
Kajang



Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

Readmore..

Wednesday, May 5, 2010

Kurang cecair air mazi

| Wednesday, May 5, 2010 | 0 comments

KALI ini saya mahu berkongsi maklumat mengenai masalah ‘pelincir’ ketika melakukan hubungan suami isteri kerana saya terima banyak pertanyaan dan mohon khidmat nasihat mengenainya.

Berdasarkan kepada pertanyaan diterima, antara masalah dibangkitkan adalah kurangnya cecair air mazi hingga menyebabkan ‘hubungan’ pasangan itu tidak selesa dan menyakitkan serta menyebabkan penetrasi tidak berlaku.

Ingin saya jelaskan, mukosa vestibule atau bahagian antara bibir kecil anggota kelamin wanita membabitkan mukosa yang menghasilkan lapisan pelembap, oleh itu bahagian itu akan sentiasa lembap.

Sentuhan pada bahagian itu membuatkan lapisan mukosa menghasilkan cecair pelicin, manakala geselan kepada bahagian vestibule dan bahagian dalam bibir kecil dan bahagian berdekatan klitoris dan kulp klitoris membuatkan bahagian itu terangsang dengan penghasilan rembesan daripada kedua-dua pundi bartholin.

Dengan curahan pelembap dan pelicin daripada mukosa dan pundi itu, pembukaan alat kelamin wanita menjadi lebih lembap dan licin serta mudah menyalurkan ereksi si suami.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah sebegitu, saya cadangkan terutama si isteri memegang bahagian belakang lekuk ereksi suami dan gosokkan ke bahagian vestibule dan klitoris dengan penghujung ereksi suami sebelum membenamkannya ke dalam pembukaan alat sulit si isteri itu.

Cecair melekit yang keluar daripada penghujung ereksi suami (air mazi) yang keluar juga boleh menambah kelicinan bahagian pembukaan alat sulit wanita dan memudahkan penetrasi.

Adalah lebih baik jika ketika pasangan melakukan adegan ‘pemanasan’, izinkan si suami memasukkan jari telunjuk ke dalam alat sulit bagi menggesel langit alat sulit itu, dua hingga tiga sentimeter dari pembukaan alat kelamin wanita.

Ini kerana bahagian dikenali sebagai G-Spot itu jika terangsang akan merembeskan cecair jernih keluar daripada mukosa alat sulit secara berlebihan dan ini dapat membantu penetrasi.

Untuk menyenangkan penetrasi, boleh cuba memasukkan jari anda ke dalam faraj untuk meneroka ruang alat sulit itu. Jika dua atau tiga jari boleh dimasukkan sambil anda melegakan otot alat sulit itu dengan tidak mengemut, sudah tentu tidak akan mengalami masalah ketika mahu ‘bersama’ pasangan.

Readmore..

Tuesday, February 2, 2010

Punya lebih hormon lelaki

| Tuesday, February 2, 2010 | 0 comments



SAYA berumur 30 tahun dengan berat 63 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter, baru memasuki alam perkahwinan. Saiz payudara saya 36B.

Sehingga kini saya tidak pernah didatangi haid. Perut saya tidak buncit dan tidak pernah mengalami sakit di perut. Untuk pengetahuan doktor, pada awal 2008 saya berjumpa doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta.

Hasil pemeriksaan doktor pakar, dia mendapati saya mempunyai hormon yang lebih kepada hormon lelaki. Tiada sebarang ubat diberikan kepada saya.

Bagaimanakah caranya untuk saya mengembalikan hormon perempuan? Adakah saya boleh hamil dan berkeadaan normal seperti perempuan biasa?

IZA,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.



TIDAK pernah didatangi dinamakan amenorea primer. Mereka yang belum didatangi haid setelah menjangkau usia 16 tahun disarankan menjalani pemeriksaan doktor tanpa menunggu lebih lewat lagi kerana beberapa puncanya boleh memberi impak terhadap kehidupan atau potensinya untuk hamil kelak.

Saya andaikan, apabila memberikan jawapan permasalahan puan, doktor puan sudah pun melakukan beberapa ujian di samping pemeriksaan fizikal, antaranya:

- Pemeriksaan ciri-ciri fizikal sindrom tertentu yang menandakan kemungkinan keabnormalan kromosom contohnya sindrom Turner (terdapat kromosom Y iaitu kromosom lelaki). Deria bau anda juga mungkin sudah diperiksa.

- Memastikan tubuh anda menunjukkan perkembangan seksual sekunder contohnya kewujudan dan taburan rerambut kemaluan, bulu ketiak. Kadangkala pengambilan ubat berhormon yang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ciri seksual sekunder ini dalam jangkamasa lama boleh mengaburi penilaian ini.

- Mengesahkan kewujudan rahim. Memandangkan anda sudah pun berkahwin, ujian ultrabunyi secara trans-vaginal (melalui faraj) dapat memberikan imej yang lebih terperinci contohnya ketebalan lapisan haid (endometrium) pada bahagian terdalam dinding rahim dan seumpamanya.

- Melalui ultrabunyi juga, doktor akan mengimbas kedua-dua ovari. Ultrabunyi trans-abdomen juga boleh dilakukan untuk melihat kelenjar edrenal yang terdapat di bahagian atas buah pinggang.

- Memastikan tiada masalah berkaitan keabnormalan hormon contohnya berlebihan hormon kelelakian walaupun ini lazimnya menyebabkan haid yang tidak teratur atau jarang-jarang dan bukannya tidak pernah didatangi haid langsung.

- Selain ultrabunyi, ujian darah juga dilakukan termasuk ujian hormon tertentu dan analisis kromosom.

Anda mungkin ingin bertanya sekali lagi dengan doktor anda untuk kepastian, sama ada anda mempunyai berlebihan hormon lelaki ataupun sebenarnya mempunyai kromosom lelaki lebih-lebih lagi memandangkan anda tidak ditawarkan sebarang ubat.

Lebih elok jika anda meminta doktor menulis nama penyakit anda. Kadangkala penerangan perubatan mengenai istilah penyakit yang diterangkan doktor boleh disalah faham. Doktor juga boleh menerangkan mengapa anda tidak diberikan rawatan serta peluang untuk hamil.

Lazimnya pada usia begini, bagi mereka yang menunjukkan ciri-ciri fizikal atau sifat keperempuanan, punca yang paling kerap adalah masalah kongenital (gangguan pembentukan sistem peranakan yang sepatutnya berlaku sewaktu peringkat janin) yang menyebabkan rahim dan faraj tidak terbentuk.

Mereka boleh mempunyai ovari malah ujian kromosom menunjukkan mereka perempuan. Memandangkan mereka mempunyai ovari (mempunyai genetik kromosom perempuan), mereka menunjukkan ciri-ciri keperempuanan tetapi oleh kerana ketiadaan rahim (dan faraj), haid tidak terbentuk.

Mereka juga boleh mempunyai keabnormalan sistem buah pinggang. Keadaan ini dinamakan agenesia Mullerian (atau sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser).

Selain agenesis Mullerian, satu lagi punca lain yang juga mungkin adalah sejenis penyakit kromosom yang dinamakan sindrom testicular feminine yang mereka mempunyai kromosom lelaki, testis yang tersembunyi di bahagian inguinal atau abdomen, faraj yang pendek dan buntu di penghujungnya.

Lebih jarang lagi, ia disebabkan oleh ketumbuhan kelenjar adrenal.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com