Showing posts with label hubungan kelamin. Show all posts
Showing posts with label hubungan kelamin. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Jualan buku ilustrasi seks dihenti serta-merta

| Wednesday, February 22, 2012 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mendapatkan kerjasama premis buku di seluruh negara untuk menghentikan sementara jualan buku 'Where Did I Come From' yang didakwa mengandungi ilustrasi melampau hubungan kelamin, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata jualan buku berkenaan akan dihentikan sehingga kajian terhadapnya selesai dan keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Sambil menjelaskan langkah itu bertujuan meredakan bantahan orang ramai, katanya, KDN akan mengambil tindakan terhadap buku hasil karya Peter Mayle itu mengikut peruntukan Seksyen 7 Subseksyen 1, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, buku berkenaan akan dikenakan perintah larangan dan diharamkan sekiranya terbukti mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat serta menggemparkan fikiran orang ramai.

“Jika kandungannya didapati menyalahi peraturan Seksyen 7 Subseksyen 1, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, arahan untuk menghentikan jualannya akan dikeluarkan.

“Pengedar yang didapati masih mengimport serta menjualnya boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Subseksyen 2 akta sama. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya ,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO mendedahkan wujud aktiviti mengimport dan mengedar buku ilustrasi seks di beberapa kedai buku di ibu negara tanpa kebenaran KDN dengan sasaran pembacanya di kalangan kanak-kanak.

Buku bertajuk 'Where Did I Come From' itu berharga RM39.80 senaskhah dan memaparkan ilustrasi melampau menunjukkan hubungan kelamin, selain maklumat lengkap posisi seks tertentu dilakukan pasangan lelaki dan wanita dewasa sehingga berlaku proses kehamilan serta kelahiran bayi.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, dipetik sebagai berkata, hasil pemantauan mendapati buku itu diedarkan secara meluas tanpa pengawasan dan pemantauan pihak berkenaan, yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada keruntuhan moral golongan muda.

Readmore..

Sunday, September 11, 2011

Soal Jawab: Air mani suami tak keluar

| Sunday, September 11, 2011 | 0 comments



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor



Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar, penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Readmore..

Monday, March 21, 2011

Rahsia tahan lebih lama

| Monday, March 21, 2011 | 0 comments


SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI,
Kajang



Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai ‘Coital Alignment’.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel ‘local anaesthetic’ (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

Readmore..

Sunday, January 2, 2011

Sindrom keluaran telur

| Sunday, January 2, 2011 | 0 comments


SAYA dan suami berkahwin lima tahun lalu tapi belum dikurniakan zuriat. Adakah tempoh hubungan kelamin yang singkat menipiskan kebarangkalian untuk hamil? Saya tidak pernah berasa puas dalam hubungan sebab suami terlalu cepat ejakulasi, sedangkan saya perlu masa untuk terangsang.

Apakah ubat yang boleh kami suami isteri ambil untuk dapatkan kehangatan hubungan? Kadangkala ia memberi tekanan kepada saya kerana risau suami bermasalah disebabkan alat kelaminnya cepat kendur dan lembik.
Kami pernah dapatkan rawatan klinik swasta. rancang untuk kehamilan. Doktor maklumkan saya yang bermasalah, hormon saya tidak stabil dan punyai sindrom pengeluaran telur dikenali sebagai PCOS.

Ujian air mani suami pula tiada masalah. Saya sangat keliru sekarang kerana ubat dan rawatan yang saya ambil masih tidak membuahkan hasil, sedangkan doktor katakan ia berpunca daripada saya.

YAH
Kulim, Kedah



Saya masih ingat 25 tahun lalu ketika mengendalikan kes kesuburan, pasangan suami isteri lebih muda dan isteri lebih terbuka untuk berjumpa doktor daripada suami.

Kemudahan rawatan dan perubatan kesuburan ketika itu tidak seperti yang ada sekarang. Kini kos rawatan lebih murah kerana banyak saingan dan ramai doktor juga tahu cara mengendalikan masalah kesuburan, termasuk kemudahan perubatan kesuburan di klinik kerajaan.

Jadi tiada sebab mengapa pasangan suami isteri yang belum menimang cahaya mata tidak mendapat rawatan moden untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Anda dan pasangan berkahwin lima tahun. Kemungkinan mendapat kehamilan dalam tahun pertama kahwin ialah anggaran 10 hingga 15 peratus jika hubungan kelamin dilakukan tiga kali atau lebih seminggu. Apabila masuk tahun kedua dan seterusnya, kadar peratusan semakin kurang.

Cepat klimaks tidak menyebabkan masalah kesuburan jika air mani masuk ke dalam alat sulit wanita. Kepuasan wanita bukan isu sukar hamil, yang penting air mani masuk ke dalam alat sulit wanita yang mampu menghasilkan telur.

Anda sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk mendapat rawatan kesuburan dan doktor juga mengesahkan anda ada masalah pengeluaran telur yang dikenali sebagai PCOS.

Suami anda tiada masalah sperma. Untuk masalah PCOS yang anda alami, doktor sudah memberi ubat. Jika ubat itu berkesan, putaran haid anda akan menjadi lancar dan tetap yang secara tidak langsung menandakan putaran haid anda jenis yang dapat mencetuskan telur.

Jika ini tidak berlaku, doktor anda akan beri rawatan susulan lebih mujarab dalam bentuk suntikan hormon. Anda perlu ikut nasihat doktor dan teruskan rawatan.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com