Tuesday, May 18, 2010

Tips Rancang Perbelanjaan harian

| Tuesday, May 18, 2010 | 0 comments



Senaraikan barang yang ingin dibeli

Bagi mengelakkan anda terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan melampaui bajet yang telah ditetapkan, adalah lebih baik jika anda senaraikan segala barangan yang di perlukan sebelum anda keluar membeli-belah.

Pastikan barangan yang dibeli mempunyal harga yang berpatutan. Lakukan perbandingan harga bagi setiap barangan bagi mengelakkan anda tertipu dengan harga yang tinggi. Cuba untuk mengunjungi beberapa kedai untuk membandingkan harga barangan. Sekiranya anda mengunjungi gerai-gerai kecil yang tidak mempamerkan harga, inilah masanya untuk menguji kemahiran tawar-menawar anda.

Jangan membawa berlebihan.

Lakukan anggaran harga keperluan yang di senaraikan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda membawa wang yang berlebihan. Sekiranya ini terjadi anda mungkin akan mengeluarkan perbelanjaan melebihi yang sepatutnya.

Elakkan membawa ramai ahli keluarga

Bagi mengelakkan pembelian anda yang terkeluar daripada senarai. Eiakkan daripada membawa lebih ramai ahli keiuarga. Ini kerana, apabila semakin ramai pembeli, bertambahlah pembelian anda.

Jangan mudah terpedaya

Pusat membel-belah sering menganjurkan pelbagai jualan promosi. Jualan murah dan potongan harga. ini boleh mendorong anda untuk berbelanja tanpa berfikir panjang. Usah terpedaya dengan apa yang ditawarkan di hadapan mata anda. Jualan murah tidak bermakna anda perlu memborong segala kemahuan anda.

Gunakan wang tunai

Dalam berbelanja, anda disarankan agar menggunakan wang tunai. Dengan menggunakan wang tunai, anda dapat menganggarkan perbelanjaan yang telah di keluarkan, elakkan penggunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat di hadkan.

Jangan membeli-belah ketika lapar

Keadaan lapar akan mendorong anda untuk membeli lebih daripada yang di senaraikan. Oleh itu, pastikan semasa anda keluar membeli belah parut anda terisi.

Lakukan pembelian keperluan secara sekali gus

Jangan lakukan pembelian secara sedikit-sedikit bagi mengelakkan anda ke kedai selalu. Semakin kerap anda berkunjung ke kedai, semakin meningkat pembelian anda.

Beli keperluan secukupnya

Pembelian secara berlebihan akan mengundang kepada pembaziran. Beli keperluan harian seperti makanan secukupnya agar dapat mengenal pasti perbelanjaan harian anda dengan sebaiknya

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com