Saturday, September 25, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: 2 suspek utama dakwa kena pukul diminta buat laporan

| Saturday, September 25, 2010 | 0 comments




KUALA LUMPUR: Dua beradik peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diminta membuat laporan polis sekiranya mereka dipukul dan dipaksa menandatangani dokumen oleh pasukan itu sepanjang berada dalam tahanan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata laporan itu perlu dibuat dalam tempoh terdekat supaya siasatan menyeluruh dapat dilakukan.


“Sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkenaan dan sekiranya perkara itu berlaku, buat laporan polis dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, peguam yang mewakili dua beradik itu, D P Vijandran memaklumkan salah seorang anak guamnya dipukul dan ditendang sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

Perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan pertama Vijandran dan dua anak guamnya selama 15 minit di IPKKL.

Vijandran turut mendakwa, permintaan anak guamnya untuk mendapatkan rawatan berhubung kecederaan yang dialami tidak diendahkan polis.

Pada masa sama, Bakri turut menjelaskan lapan suspek yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Rabu lalu adalah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Polis mahu memastikan semua suspek berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami suspek sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka.

“Selain tujuan itu, tiada sebarang pemeriksaan lain dilakukan,” katanya.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, peguam suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sedang berbincang dengan anak guam dan keluarga mereka untuk membuat laporan polis dalam waktu terdekat ini.

Salah seorang peguam berkenaan, Ravi Nekoo, berkata laporan polis itu sedang dirangka dengan meneliti pelbagai aspek, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan inti patinya.

“Laporan polis itu sekiranya difailkan nanti bukanlah terhadap media,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com