Showing posts with label kes pembunuhan datuk sosilawati. Show all posts
Showing posts with label kes pembunuhan datuk sosilawati. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Saksi nampak 4 lelaki buang barang di beberapa lokasi

| Thursday, August 4, 2011 | 0 comments


SHAH ALAM: Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lalu.

U Suresh, 27, berkata dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lalu.

Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan itu berkata seorang lelaki menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya.

Suresh yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250.

"Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu.

"Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung (sack) warna putih ke dalam alur.

"Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17.

Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Suresh berkata, pacuan empat roda itu seterusnya berhenti di sebuah jambatan kecil kira-kira empat hingga enam kilometer dari lokasi pertama kenderaan itu berhenti.

"Di sana dia nampak seorang lelaki dari pacuan empat roda itu membuang barang ke dalam sungai.

"Selepas itu saya masih ikut jip dan bila sampai di satu kawasan hutan berhampiran Jalan Kelanang dan jip itu berhenti, saya nampak sebuah kereta warna hitam berada dalam jarak kira-kira 20 meter dari lori saya. Saya tidak nampak siapa dan berapa orang dalam kereta hitam kerana cerminnya 'tinted'.

"Selepas itu saya turun dan buka bahagian belakang lori sebelum naik semula (ke dalam lori). Kemudian saya nampak lelaki Indonesia dan seorang lelaki isi barang dalam lori saya kira-kira 10 minit. Selepas loading barang kereta hitam bergerak di hadapan kemudian diikuti jip dan lori saya," katanya.

Saksi itu berkata, kira-kira lima hingga 10 minit kemudian ketiga-tiga kenderaan berhenti di tepi sebuah sungai di mana dia melihat lelaki Indonesia serta dua lelaki dari pacuan empat roda itu mengeluarkan barang dari lorinya dan membuangnya ke dalam sungai.

Suresh berkata, ketika itu dia yang masih berada di tempat duduk pemandu turut mendengar seperti bunyi zink dipijak.

"Saya kemudian nampak pemandu jip minta bayaran dari kereta hitam dan driver kereta hitam ada buka cermin kereta tetapi saya tidak nampak siapa. Pemandu jip beri saya wang RM300 dan bila saya beritahu bayarannya hanya RM250 lelaki itu cakap tidak apa, saya simpan baki duit," katanya.

Manjeet: "Selepas itu adakah awak terus ke Puchong?"

Suresh: "Tidak saya ada berhenti di satu tempat. Lelaki Indonesia itu cakap dia nak turun di Subang Jaya dan dia beritahu itu dalam perjalanan jadi bolehlah turunkan dia (di Subang Jaya)."

Suresh berkata, apabila tiba di sebuah kawasan kilang dan flat di Subang Jaya, lelaki Indonesia itu memberitahu dia ingin berjumpa seseorang.

Kira-kira 10 minit kemudian saksi itu nampak lelaki Indonesia terbabit membuang sebuah kotak rokok ke dalam sebatang alur semasa sedang berjalan ke arah lorinya.

"Sebelum lelaki Indonesia beredar dari situ, dia ada beri dua buah telefon bimbit kepada saya dan saya tolak tetapi lelaki Indonesia itu mendesak saya mengambilnya," katanya.

"Bila balik semula ke ladang, saya beritahu majikan saya Ravi," katanya.

Manjeet: "Ravi ambil ke telefon bimbit itu?"

Suresh: "Ravi marah saya sebab barang-barang yang dibuang ialah barang sembahyang...dia suruh saya buangnya."

Saksi itu berkata dia kemudian membuang kedua-dua telefon bimbit tersebut ke dalam sebuah alur kecil berhampiran sungai di Pasar Besar Banting.

Kepada soalan lain, Suresh berkata dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan pembunuhan pada malam 30 Ogos 2010 (tarikh kejadian) dan dia juga tidak mengenali Pathmanabhan sehinggalah dia ditangkap polis pada 9 September 2010.

Saksi itu juga mendakwa dia dipukul oleh pegawai polis bernama Govindan dan anggota polis lain serta diacukan pistol di kepala bagi mengaitkan (implicate) Pathmanabhan dengan kes pembunuhan tersebut.

Terdahulu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membenarkan rakaman percakapan Suresh digunakan dalam prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan (impeach) keterangannya di mahkamah.

Akhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa percakapan saksi itu yang dirakam oleh pihak polis memenuhi keperluan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Beliau bagaimanapun tidak menerima rakaman percakapan Suresh dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah.

Ini kerana, katanya, Suresh adalah saksi dalam kes pembunuhan itu dan bukan orang yang dituduh.

Akhtar kemudiannya meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi itu dengan meminta Suresh menjelaskan 22 percanggahan dalam keterangannya.

Setelah mendengar penjelasan Suresh, Akhtar berkata beliau akan memutuskan sama ada untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu di akhir kes pendakwaan kelak.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

Readmore..

Sunday, February 27, 2011

Rita mimpi ibu Datuk Sosilawati Lawiya

| Sunday, February 27, 2011 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Enam bulan selepas pemergian ibu tercinta, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, bermimpi Allahyarham datang ke pejabat, seolah-olah menggambarkan impian arwah supaya anaknya melebarkan empayar perniagaannya.

Berkongsi rasa hati meniti hari mendatang tanpa insan tersayang di sisi, Erni atau lebih mesra dipanggil Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat. Kematian sadis ibunya bersama tiga individu lain di Banting memang mengejutkan, tetapi dia reda dengan takdir Allah.

“Selepas ketiadaannya, Rita dan adik-beradik pernah bermimpi emak. Dalam mimpi itu, emak datang ke pejabat, melihat Rita bekerja. Emak tidak pernah bercakap tetapi sering mengajak Rita berjalan-jalan dengan memberi isyarat tangan. Sebagai hamba-Nya, kita tidak tahu ketentuan Allah.

“Walaupun emak tiada, Rita berasa seolah-olah dia masih hidup kerana sentiasa teringatkannya. Emak memang sentiasa hidup dalam hati Rita. Mungkin Rita bermimpi sebab rindukan emak. Biasanya apabila bangun daripada tidur, Rita menceritakan mimpi berkenaan kepada adik lain, begitu juga mereka. Bermimpi ibu satu kepuasan bagi Rita.

“Rita juga sering teringat sikap emak yang suka memasak makanan kegemaran kami. Sayangnya, kini kami tidak dapat rasa air tangan emak lagi. Kalau rindu emak, Rita pergi ke tempat yang emak suka pergi.

“Terlalu banyak kenangan bersama emak yang sering bermain di ingatan. Bilik (pejabat) yang Rita duduk ini pun bilik emak. Rita tidak pernah ubah apa-apa susun atur di bilik emak kerana ini akan mengingatkan Rita pada emak,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.



Kerana rasa bertanggungjawab untuk meneruskan legasi Allahyarham, Rita yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd membuat keputusan membahagikan tugas perjalanan syarikat itu di kalangan adik-beradiknya, Erwan Suwari Rizuwan, 25, Md Erwan Nasri, 24, Erni Erinawati Sofia, 22, dan Erni Rineelawati, 21.

“Kami bahagikan tugas sama rata dan tahu kerja masing-masing. Rita mengaku tidak mampu buat kerja seorang kerana Rita pun manusia biasa. Bantuan adik diperlukan. Rizuwan menggalas tugas sebagai eksekutif pemasaran, Erwan (eksekutif operasi), Rina (eksekutif pentadbiran) dan Rinee (duta Nouvelle Visages). Tugas ini berkuat kuasa sejak kes yang menimpa emak kerana sebelum itu Rita dan emak menguruskan perniagaan,” katanya.

Matang dalam membuat keputusan, gadis itu tidak menghalang adiknya, Rina dan Rinee menyambung pengajian jurusan perniagaan menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Mereka ada cita-cita yang ingin dicapai. Rita tidak mahu disebabkan kes itu (pembunuhan ibunya bersama tiga individu lain), cita-cita mereka terkandas di tengah jalan.

“Bagaimanapun, pada hari biasa, mereka bekerja dan mengikuti pengajian PJJ hanya pada Ahad,” katanya yang mengakui masih tidak dapat mengikis rasa kesal tidak sempat memohon maaf kepada ibu buat kali terakhir.

Dia yang kini bertanggungjawab menjaga kebajikan lima adiknya serta perniagaan berkenaan berkata, kenangan suka duka bersama arwah membakar semangatnya untuk berjaya.

“Perasaan Rita, sebagai anak, kadangkala kita tidak sedar ada sikap atau perlakuan kita mengguris hati emak. Rita terkilan kerana tidak sempat meminta maaf dengan mencium tangan dan dahi emak buat kali terakhir,” katanya.

Menurutnya, dia kini memberi lebih tumpuan terhadap promosi jenama kerana masih ramai tidak tahu mengenai Nouvelle Visages.

“Ketika turun padang di satu pameran di Mid Valley baru-baru ini, Rita dapati ramai belum mengenali Nouvelle Visages. Rita akui bukan semua orang membaca akhbar, jadi usaha lebih giat perlu dilakukan untuk memperkenalkan jenama ini,” katanya.

Mencontohi sikap dermawan ibu, Rita meneruskan amalan pengasas Nouvelle Visages menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan dan tiga sekolah anak angkat di Johor.

“Rita akan teruskan apa yang emak lakukan sebelum ini. Malah, keperluan orang kampung emak, Kampung Seri Menanti, Batu Pahat, tidak kami abaikan sebab di situ tempat emak dibesarkan.

“Baru-baru ini kami memberi sumbangan wang ringgit dan makanan kepada mangsa banjir di kampung itu dan berpesan kepada ketua kampung, jika inginkan bantuan, jangan segan beritahu kerana ibu lahir di situ,” katanya.

Diusik mengenai soal hati, Rita enggan mengulas lanjut tetapi mengakui dia kini dalam tempoh berkawan dan mengenali hati budi seseorang. Ditanya perancangan hidup berkeluarga, Rita berkata, dia tidak menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana baginya, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Mengenai kes tuntutan wang dan modal pelaburan saham amanah bernilai RM1.38 juta yang diberikan jutawan kosmetik itu kepada bekas suaminya, Nash, Rita berkata, dia tidak berani membuat keputusan sendiri kerana membabitkan ramai pihak.

“Kami adik-beradik akan mengadakan perjumpaan dengan peguam emak, Datuk Zaidi Zain dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan sama ada meneruskan kes berkenaan atau sebaliknya,” katanya.

Disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan selepas ketiadaan ibu, Rita mengakui tidak sempat bertemu rakannya seperti dulu, tetapi masih berhubung melalui facebook dan twitter.

“Rita berharap kawan faham, Rita bukan berniat memutuskan silaturahim yang terjalin tetapi cuma mahu memberi lebih fokus terhadap tugas dan amanah sekarang. Apapun, Rita ingat setiap kawan Rita daripada sekolah rendah hingga zaman universiti,” katanya.

Dalam menghadapi situasi sedih dan mencabar, bapanya, Bukhari Mohamad, selalu ada di sisi.

“Sejak dulu, emak tidak pernah menghalang kami berjumpa ayah. Sampai sekarang, apabila berlaku kes seperti ini, yang paling dekat ialah ayah kami yang berperanan sebagai penasihat dalam semua hal ehwal, berkaitan rumah dan pejabat,” katanya yang masih menetap bersama adik-beradiknya di rumah agam Allahyarham Sosilawati di Gombak.

Rita yang akan mengerjakan umrah bersama tiga adiknya Mac ini berhasrat memanjatkan doa untuk ibunya di depan Kaabah.

“Kalau betul mak Rita sudah tiada, kami berdoa semoga dia ditempatkan di kalangan ahli syurga,” katanya.

Readmore..

Thursday, December 16, 2010

Sebutan semula kes Sosilawati 27 Januari depan

| Thursday, December 16, 2010 | 0 comments


BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, pagi ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan kes seorang peguam, N Pathmanabhan dan tiga yang lain didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, dan tiga individu lain, ke Januari depan untuk sebutan semula kes itu.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, supaya kes itu ditangguhkan.

Ia bagi menunggu keputusan beberapa permohonan yang difailkan, termasuk semakan terhadap hukuman dan rayuan bekas pekerja ladang milik Pathmanabhan yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah membakar dan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Sosilawati 47, pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Readmore..

Thursday, November 25, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Rayuan dua bekas pekerja ladang ditangguh 10 Januari

| Thursday, November 25, 2010 | 0 comments



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan sehingga 10 Januari depan pendengaran semakan dan rayuan dua bekas pekerja ladang milik seorang peguam yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah membakar dan melupus mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Readmore..

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Perayu fail notis dakwa dipaksa buat pengakuan

| | 0 comments


SHAH ALAM: Seorang bekas pekerja ladang memfailkan notis usul dan afidavit sokongan bagi mengemukakan bukti baru berhubung dakwaan bahawa beliau dipaksa mengaku salah atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

K Sarawanan, 19, yang dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan itu oleh Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, pada 15 Oktober lalu, mendakwa beliau dipukul dan diugut akan ditembak oleh polis, menyebabkan dia berbohong membuat pengakuan salah tanpa kerelaannya.

Justeru itu, dia memfailkan notis usul itu menerusi peguam A.S. Dhaliwal untuk memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini meminda dan memperbetulkan nota keterangan atau rekod rayuan kes yang dihadapinya.
Dalam notis usul itu, beliau mendakwa mahu memperbetulkan fakta-fakta yang dibentangkan kepada Mahkamah Majistret itu bagi memberi gambaran tepat, betul dan sebenar berhubung kes jenayah itu semasa hukuman dijatuhkanya terhadapnya.

Ekoran notis usul dan afidavit itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtarudin Baki, yang mendengar permohonan semakan hukuman dan rayuan itu hari ini, menangguhkan prosiding kepada 10 Januari depan bagi memberi masa kepada pihak pendakwaan membalas afidavit yang difailkan oleh Sarawanan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof, memohon mahkamah supaya diberikan masa bagi menjawab notis usul dan afidavit yang dikemukakan oleh perayu (Sarawanan) petang semalam.

Pada prosiding sama, peguam Amer Hamzah Arshad sebagai peguam pemerhati bagi tertuduh kes pembunuhan itu, N. Pathmanabhan, telah memfailkan notis usul untuk mendapatkan kebenaran mencelah dan diberi peluang untuk berhujah dalam perkara berbangkit semasa proses semakan rayuan itu berjalan.

Amer Hamzah berkata antara sebab permohonan itu dikemukakan kerana anak guamnya dan tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih belum dibicarakan lagi.

Fakta-fakta kes dalam prosiding kes Sarawanan secara tidak langsung telah memprejudiskan anak guamnya dan tiga tertuduh yang lain dan anak guamnya adalah mereka yang terkilan, katanya.

Ketika Mohtarudin bertanya dalam keadaan mana anak guamnya terkilan, Amer Hamzah berkata pertuduhan ke atas Sarawanan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan membabitkan Pathmanabhan dan elemen kesalahan itu perlu dibuktikan.

Katanya permohonan notis usul itu menamakan pendakwa raya, Sarawanan dan U. Suresh, 26, yang turut sama-sama dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan sama oleh Mahkamah Majistret.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, seorang peguam, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok atas tuduhan membunuh Sosilawati dan tiga yang lain iaitu Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Rahim dan Kamaruddin Shamsuddin. - BERNAMA

Readmore..

Monday, November 15, 2010

Tarikh bicara pekerja ladang kes bunuh Sosilawati 25 November

| Monday, November 15, 2010 | 0 comments


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menetapkan 25 November ini sebagai tarikh bicara bagi membolehkan peguam seorang daripada pekerja ladang bagi tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, N Pathmanabhan memfailkan petisyen rayuan.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membenarkan permohonan peguam AS Dhaliwal untuk mendapatkan 10 hari bagi membolehkannya memfailkan satu petisyen yang lengkap bagi kedua-dua semakan kehakiman dan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap anakguamnya, K Sarawanan, 19, oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada 15 Oktober lalu.

Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang, U Suresh, 26, mengaku bersalah membakar dan melupuskan mayat jutawan Sosilawati dan empat yang lain, pada akhir Ogos lalu.

Readmore..

Saturday, October 16, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: 'Saya tak maafkan mereka sampai bila-bila'

| Saturday, October 16, 2010 | 0 comments


BATU PAHAT: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Hingga hari ini, saya tidak faham kenapa mereka sanggup buat anak saya macam tu,” kata Yatmah Abdul Rahman (gambar), 80, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh di Banting, Selangor, Ogos lalu, ketika ditanya hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dua lelaki yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.

Yatmah berkata, dia tidak tahu undang-undang, namun sebagai ibu yang melahirkan Sosilawati sukar baginya memaafkan mereka yang membunuh dan membakar anaknya itu.

Menurutnya, sejak kehilangan dan diberitahu mengenai pembunuhan anaknya itu, setiap hari dia berdoa supaya sesiapa yang melakukan jenayah itu mendapat balasan dan berharap ia setimpal dengan perbuatan mereka.

“Walaupun mereka meminta maaf, sebagai ibu saya tidak mungkin dapat memaafkannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.

Sarawanan, bekas mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan menghilangkan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu, Kamaruddin Shansuddin, 44.

Readmore..

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: 2 mengaku bakar empat mayat

| | 0 comments


DUA pekerja ladang, U Suresh (kanan) dan K Sarawanan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, semalam yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.

Dua pekerja ladang hadapi 4 pertuduhan dihukum penjara tujuh tahun

BANTING: Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dibunuh oleh seorang lelaki, mayat mereka diletak di atas longgokan kayu, dicurah petrol dan diesel sebelum dibakar antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu. Pada jam 8 pagi keesokan hari, abu mayat mereka dikutip dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibawa dengan kenderaan jenis Isuzu D-Max serta dibuang di Sungai Panchau, Jalan Morib. Pengakuan itu kali pertama didedahkan melalui fakta kes membabitkan dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mekanik, K Sarawanan, 19 dan U Suresh, 26, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Sarawanan didakwa melakukan empat kesalahan itu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 9.45 malam dan 12 tengah malam, 30 Ogos lalu, manakala Suresh didakwa melakukan empat kesalahan itu di Sungai Panchau, jam 8 pagi, 31 Ogos.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, didakwa melakukan perbuatan itu bagi mengelakkan empat tertuduh di dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya daripada tindakan undang-undang.
Rabu lalu peguam N Pathmanabhan, 41; pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20 dan R Kathavarayan, 30, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, Kamaruddin, Ahmad Kamil dan Noorhisham di lokasi sama antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes yang dibacakan dalam Bahasa Tamil di mahkamah, semalam, Saravanan melihat empat mangsa dibunuh oleh tertuduh kedua dalam kes pembunuhan itu, Thilaiyalagan, di ladang milik tertuduh pertama, Pathmanabhan.

Saravanan kemudian diarah Thilaiyalagan dan tertuduh ketiga, Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan rumah pekerja ladang.

Selepas menyerahkan dua tong berwarna putih berisi petrol dan diesel kepada Thilaiyalagan dan Matan, dia bersama kedua-dua mereka mengangkat mayat keempat-empat mangsa dan meletakkannya di atas longgokan kayu yang disusun.

Thilaiyalagan dan Matan kemudian mencurahkan minyak ke atas keempat-empat mayat itu, manakala Sarawanan dan Matan membakar semua mayat berkenaan.

Jam 8 pagi keesokan hari, Suresh yang berada di ladang itu melihat Thilaiyalagan dan Matan sedang memungut sesuatu di tempat pembakaran. Apabila Suresh menyoal apa kandungan tong itu, mereka menyatakan ia mengandungi abu mayat keempat-empat mangsa yang mereka bunuh dan bakar pada malam sebelumnya.

Suresh kemudian melihat tertuduh keempat, Kathavarayan membawa sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max ke tempat abu mayat dipungut dengan Thilaiyalagan dan Matan kemudian mengangkat tong ke dalam kenderaan itu.

Suresh, Kathavarayan dan Thilaiyalagan kemudian ke Sungai Panchau untuk membuang abu mayat berkenaan.

Apabila kembali semula ke ladang itu pada jam 10 pagi, Kathavarayan mengarahkan Suresh dan Matan membersihkan tempat pembakaran dengan membuang semua sisa kayu serta kepingan zink.

Mereka bertiga kemudian membuang sisa kayu di tempat pembuangan sampah di Sungai Arak, Kampung Kelanang di sini, manakala kepingan zink dibuang di sungai di kampung sama, sebelum kembali semula ke ladang dan bekerja seperti biasa.

Majistret Hurman Hussain juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof untuk mengasingkan kedua-dua tertuduh itu daripada empat tertuduh kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain kerana Suresh dan Sarawanan akan menjadi saksi kes berkenaan.

“Mahkamah mengambil kira latar belakang kes dan mengambil kira kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan serta tiada pertuduhan pilihan. Tiada bukti mereka terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh),” katanya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Sarawanan dan Suresh meminta maaf kepada keluarga semua mangsa dan menyatakan mereka sudah insaf dengan kesalahan dilakukan.

Readmore..

Friday, October 15, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Anak Sosilawati kesal hukuman tak setimpal

| Friday, October 15, 2010 | 0 comments


KUALA LUMPUR: "Tujuh tahun hukuman penjara tidak setimpal langsung buat kami sekeluarga jika dibayangkan bagaimana ibu dan tiga individu lain mati dibunuh dengan kejam".

Itu luahan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, ketika mendapat tahu mengenai nasib dua pemuda yang dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Banting atas tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. “Walaupun tertuduh itu tidak didakwa atas tuduhan membunuh, mereka bersubahat dan perlu dijatuhkan hukuman lebih berat,” kata anak sulung Sosilawati itu. Beliau mengakui terkejut dengan hukuman terhadap dua lelaki terbabit, berkata bukan niatnya mempertikaikan undang-undang, hanya tidak percaya dengan tahap hukuman dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan jenayah kejam.

“Perkara ini bukan hanya membabitkan perasaan kami sekeluarga, masyarakat juga rasa apa yang kami rasakan,” kata beliau di pejabatnya, di sini semalam.

Mahkamah Majistret Banting semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua lelaki selepas mengaku bersalah berhubung empat tuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

K Sarawanan, 19, mengaku menghilangkan bukti pembunuhan dengan membakar mayat Sosilawati; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu, manakala U Suresh, 26, mengaku membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke Sungai Panchau di sini.

Readmore..

Thursday, October 14, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Biar ke tali gantung

| Thursday, October 14, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.



Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.

“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.

“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.

“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.

“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.

Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.

Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.

“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.

“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.

Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.

“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan.

Readmore..

Sunday, October 10, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Saya tertekan

| Sunday, October 10, 2010 | 0 comments


KUALA LUMPUR: “Sedikit sebanyak rasa terkesan juga. Tertekan pun ada juga, terutama apabila melihat pelbagai komen sinis di Internet, termasuk laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd) yang sesuka hati melaporkan saya akan berkahwin dengan Rita,” kata personaliti Bernama, Zulkifli Bujang, 32.

“Di laman sosial Facebook saya muncul pelbagai komen negatif, sehingga ada yang terpaksa saya buang (komen itu). Itu belum lagi ungkapan seperti ‘tahniah’, ‘bertuah badan’ dan ‘wah... senanglah selepas ini’.

“Paling tidak bertanggungjawab, ada akhbar melaporkan dengan sebesar-besarnya tajuk ‘Kami Akan Nikah’. Tulis benda yang bukan-bukan... benda yang tak pernah keluar daripada mulut saya sendiri mahupun Rita.

“Saya pun wartawan juga. Sepatutnya kenalah jaga sensitiviti orang lain sebab saya tak nak masyarakat memandang serong,” katanya yang mahu mengkaji tindakan sesuai untuk akhbar terbabit.

Menurut Zul, laporan seperti disiarkan akhbar berkenaan memberi ruang kepada individu tertentu untuk ‘menyerangnya’ di Internet dengan memberi komen negatif mengenai dirinya.

“Orang mungkin akan kata saya mahu ambil kesempatan, malah marah sebab dalam keadaan berduka, ada pula berita seperti itu (kahwin) dan sudah ada pun komen sebegitu. Kemungkinan juga laporan seperti itu boleh menggugat hubungan baik saya dengan Rita serta keluarganya yang terjalin sejak sekian lama.

“Apa yang saya lakukan adalah ikhlas dan saya berasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga Rita sebab kami dah kenal lama,” katanya.

Zul berkata, isu dia dan Rita kerap keluar bersama bukan bermakna mereka mempunyai hubungan cinta.

“Daripada dulu lagi kami keluar bersama. Keluar bersama Rita... bersama ibunya dan ahli keluarga lain,” katanya.Sekarang kalau kami keluar bersama, adalah yang akan mengusik, ‘wah... bahagianya’.

“Sampai satu tahap juga, apabila berada di tempat awam pula, ada yang mahu bergambar bersama. Justeru, sekali lagi saya tegaskan, saya dan Rita tak ada apa-apa (hubungan cinta),” katanya.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan mengenai hubungan Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.

Bagaimanapun, mereka menafikan mempunyai hubungan cinta

Readmore..

Saturday, October 9, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Peguam dakwa Jesyntha mangsa keadaan

| Saturday, October 9, 2010 | 0 comments



KUALA LUMPUR: “Jesyntha adalah mangsa keadaan,” kata peguam kepada wanita paling dikehendaki polis, Jesyntha Clarene Isreal, 27, berhubung penahanan wanita itu kelmarin.

Peguamnya, M Manoharan ketika ditemui berkata, perkara ini perlu disiasat dengan lebih mendalam lagi tetapi buat masa ini, anak guamnya itu tiada kaitan dengan mana-mana suspek.

“Saya minta polis siasat,” katanya yang ditemui di Pusat Tahanan Sementara, Balai Polis Bukit Jalil, di sini, semalam.

Sebelum itu, Jesyntha direman enam hari hingga 13 Oktober ini selepas ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini petang kelmarin bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Shakib Ismail di sini semalam.

Mahkamah turut membenarkan Jesyntha dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selepas mengadu kurang sihat.

Sementara itu, polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek termasuk peguam adik-beradik berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Oktober ini.

Seorang daripada suspek itu adalah suspek utama dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Kelmarin, ketiga-tiga suspek terbabit ditahan semula di lokap Balai Polis Petaling bagi membantu kes kehilangan seorang kontraktor, Mohd Syafiq Abdullah, 37, yang dilaporkan hilang bersama rakan niaganya, April lalu.

Dalam pada itu, lima lagi suspek ditangkap semula selepas tempoh tahanan reman mereka tamat semalam.

Perkara ini disahkan melalui satu kenyataan dikeluarkan dalam laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Reman untuk lima lagi suspek yang ditangkap semula hari ini bersangkutan laporan Balai Polis Petaling akan dilanjutkan mengikut keperluan siasatan,” menurut kenyataan itu. Polis dipercayai akan memohon lanjutan tempoh tahanan reman terhadap kelima-lima suspek hari ini bagi membantu kes kehilangan Mohd Syafiq Abdullah, 37, bersama rakan niaganya.

Sebelum ini, semua mereka ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Readmore..

Wednesday, October 6, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Isteri kedua suspek

| Wednesday, October 6, 2010 | 0 comments



KUALA LUMPUR: Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.
Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

“Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Readmore..

Tuesday, October 5, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Siapa Jesyntha? Wanita buruan polis

| Tuesday, October 5, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.


KAWAL...kenderaan yang membawa suspek keluar dari Ladang Gadong, semalam.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis,” katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

Sementara itu, semalam polis membawa dua suspek yang terbabit kes pembunuhan Sosilawati ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Banting.

Kedua-dua suspek yang diiringi beberapa anggota polis berpakaian preman memasuki ladang berkenaan kira-kira jam 3 petang sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Bagaimanapun, kenderaan Unit Forensik tidak dilihat memasuki kawasan itu dan hanya sebuah kenderaan Volvo dipercayai membawa pegawai penyiasat mengekori kenderaan membawa suspek bagi mendapatkan seberapa banyak bukti kejadian itu.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kes terbaru membabitkan kehilangan ahli perniagaan dari Teluk Bunut, Banting, S Anpalagan yang mempunyai modus operandi sama dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Selain itu, kes itu hampir sama dengan kejadian kehilangan saudagar batu permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja pada Januari lalu.

Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Hasil siasatan, Unit Forensik menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik beberapa mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sehingga ini, polis menahan lapan suspek, termasuk dua peguam adik-beradik bagi membantu siasatan.

Tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 7 Oktober dan lima yang lain sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Di Bukit Aman pula, isteri S Anpalagan, S Jayanty menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) bagi meminta mempercepatkan siasatan kehilangan suaminya pada Ogos tahun lalu.

Wanita itu berkata, memorandum yang diserahkan mengandungi kronologi kehilangan suaminya dan butir pemilikan harta sebelum dilaporkan hilang.

Readmore..

Sunday, October 3, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Jesyntha Clarene Isreal

| Sunday, October 3, 2010 | 0 comments


Police is seeking the help of public to locate :-

JESYNTHA CLARENE A/P ISREAL
IC NO: 830630-10-6030
ADDRESS: LOT 55, BATU 1/2 JLN JUGRA, BANTING.

We believe that she can assist in our investigation into the Sosilawati's murder case.
Public with information are requested to contact : DSP KHOO LENG HUAT @ 0104203791

Readmore..

Saturday, October 2, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati:

| Saturday, October 2, 2010 | 0 comments


KELIHATAN sebuah kereta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memasuki ladang milik suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain untuk menghantar bekalan air bagi anggota polis yang bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Kuala Langat, hari ini. Sehin...gga kini anggota polis masih ditempatkan di kawasan ladang tersebut. - Foto Luqman Hakim Zubir/ BERNAMA

Readmore..

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Bagai hangat bercinta

| | 0 comments

KUALA LUMPUR: Hubungan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.


Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.

Namun, seolah-olah sepakat, kedua-duanya mendakwa hubungan mereka tidak lebih sebagai kawan.


Menurut Rita, dia mengenali Zul sejak lebih 10 tahun lalu kerana pemuda itu pernah bekerja dengan ibunya sebagai pegawai perhubungan awam.

“Zul pernah bekerja dengan emak Rita. Rita kenal dia ketika masih bersekolah lagi. Rita memang rapat dengan kakitangan emak. Kebetulan apabila kejadian ini berlaku (kes pembunuhan itu), Zul datang menziarah,” katanya.

Tidak menafikan mereka sering berhubung sebagai rakan, Rita menegaskan, mereka sememangnya tiada hubungan istimewa seperti disangkakan.

Mengulas mengenai kemesraan mereka berdua sewaktu Rita diwawancara di konti, gadis itu berkata, ketika diajukan beberapa soalan oleh deejay bertugas, dia gementar kerana pertama kali ke udara.

“Saya tidak pernah ke udara selama ini. Jadi, waktu itu saya terlalu gementar hingga tidak mampu menjawab soalan.

“Mujur Zul yang berpengalaman dalam bidang penyiaran ada di situ dan tolong mengingatkan serta memberi panduan kepada saya,” katanya.

Anak sulung pengasas empayar kecantikan NV itu berkata, tiada apa yang perlu diperbesarkan kerana Zul rapat dengan ibunya, malah baik dengan semua ahli keluarganya.

“Saya tak mahu gosip itu mengganggu hubungan kami. Nanti jadi tak seronok kerana kami cuma kawan. Saya berterima kasih kepada Zul kerana banyak membantu,” katanya yang kini mengambil alih tanggungjawab menguruskan empayar perniagaan ibunya.

Ditanya sama ada dia sudah berpunya, sambil ketawa Rita berkata: “Saya masih single.” Sementara itu, Zul ketika diminta memberi reaksi mengenai hubungan mesranya dengan Rita berkata, perkara itu hanya andaian orang.

Dalam perbualan menerusi Yahoo Messenger, dia berkata, sekarang bukan masa sesuai untuk membicarakan perkara itu kerana Rita dan keluarga masih bersedih dengan kejadian yang menimpa ibunya.

“Rasanya kita patut memberi ruang kepada Rita dan keluarga serta adik-beradiknya untuk menyelesaikan kes ibu mereka terlebih dulu. Lebih-lebih lagi dia kini menstruktur semula syarikat. Tanggungjawabnya besar ketika ini,” katanya.

Menjawab sama ada dia ‘panas telinga’ mendengar gosip hubungannya dengan Rita, Zul berkata, setakat ini dia tidak mendengar cerita itu di telinga sendiri dan tahu apa yang dia lakukan.

“Saya sudah berbincang dengan Rita, soal jodoh, hidup dan mati itu ketentuan Allah. Kalau kami ada jodoh, insya-Allah. Kalau kami belum masih ada jodoh hendak buat macam mana. Kami memang rapat, jadi diharap jangan ada spekulasi yang bukan-bukan,” katanya.

Menurutnya, apa dilakukannya selama ini ikhlas iaitu atas dasar kawan.

“Saya sentiasa bersama Datuk Sosilawati selama ini dalam memberi khidmat nasihat daripada segi media dan promosi syarikat. Dia menjadikan saya sebagai konsultan NV sejak lebih 10 tahun lalu.

“Jadi saya memang rapat dengan keluarganya, termasuk semua adik-beradik Rita,” katanya yang berkhidmat dengan Sosilawati sejak 1997.

Readmore..

Tuesday, September 28, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: 'Saya tak mahu adik menangis'

| Tuesday, September 28, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

TENANG...Rita kelihatan tenang ketika menjawab soalan yang dikemukakan Azlan Idris dalam temubual program Kerusi Panas Radio di Bernama, semalam.

Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.


“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.


Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.


Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.


Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.


“Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan,” katanya.


Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.


“Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga,” katanya.


Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.


“Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa,” katanya.


Dia bagaimanapun keberatan menjawab status hubungannya dengan Zulkifli yang turut menemaninya di konti kerana menurutnya perkara itu tidak sesuai ditonjolkan buat masa sekarang.


Rita menyatakan rasa kecewa dengan laporan segelintir media yang disifatkan membuat spekulasi terutama membabitkan aset syarikat dan keluarga mereka.


“Saya sendiri tidak tahu aset syarikat dan mungkin meminta nasihat peguam jika ia berulang. Perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia mengancam keselamatan kami sekeluarga,” katanya

Readmore..

Monday, September 27, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Bomba pam air 2 lubang kubur

| Monday, September 27, 2010 | 0 comments

BANTING: Sebuah jentera bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air yang bertakung dalam dua lubang besar di Ladang Gadong, semalam yang dipercayai kubur seorang ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah, 37, dan rakannya.

KELUAR...jentera bomba keluar dari laluan utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
KELUAR...jentera bomba keluar dari laluan utama kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
MASUK...jentolak memasuki laluan utama ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.
MASUK...jentolak memasuki laluan utama ke lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.

Dua individu itu dipercayai turut menjadi mangsa bunuh suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Jentera bomba mula memasuki kawasan ladang terbabit kira-kira jam 10.30 pagi disusuli beberapa kenderaan polis termasuk dari Unit Forensik, selain van membawa empat suspek dipercayai pekerja ladang itu, 15 minit kemudian.


Mohd Shafik dan rakannya yang berasal dari Taiping, Perak dilaporkan hiang sejak 5 April lalu dan gagal ditemui hingga kini. Mereka sebelum itu dikatakan datang ke sini untuk bertemu dengan seorang peguam yang kini menjadi suspek utama pembunuhan Sosilawati.


Dua lubang besar itu terletak berasingan, satu di bahagian belakang ladang ternakan milik suspek dan satu lagi di kawasan penanaman kelapa sawit di luar ladang berkenaan. Lokasi kedua-duanya dipercayai dikenal pasti menerusi maklumat yang diperoleh daripada suspek sendiri.


Pada kira-kira jam 12.15 tengah hari, sebuah jengkaut dilihat memasuki kawasan ladang berkenaan dipercayai untuk menggali kedua-dua lokasi yang sudah ditanda polis.


Bagaimanapun, petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan terbabit selepas pita kuning dipasang oleh polis kira-kira 300 meter dari pintu masuk ladang milik suspek utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, mereka ke lokasi terbabit selepas polis meminta bantuan bagi menyedut keluar air sungai yang memenuhi lubang berkenaan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun jurucakap itu enggan mengulas lanjut dan meminta kumpulan media supaya berhubung dengan polis bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Kerja mengorek kubur berkenaan dijangka diteruskan hingga malam tadi bagi mencari bukti kemungkinan mayat mangsa suspek ditanam dalam kubur itu.


Seorang lagi individu yang hilang dan turut dikatakan menjadi mangsa pembunuhan suspek bekerjaya peguam itu seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34.


Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu suspek berkaitan urusan perniagaan.


Sementara itu, isteri mendiang yang membatalkan perjalanan pulang ke Ramapuram, India semalam, S Usharani, 24, dilihat sekali lagi memasuki Ibu Pejabat Daerah (IPPD) Kuala Langat kira-kira jam 10 pagi dan keluar 45 minit kemudian.

Readmore..

Sunday, September 26, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Suspek utama dakwa didera mental

| Sunday, September 26, 2010 | 0 comments

PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa dia diseksa mental dan fizikal ketika dalam tahanan reman sejak hari pertama ditahan pada 11 September lalu.

Dalam laporan polis dibuat kira-kira jam 5 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, peguam suspek, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam berkata, anak guamnya itu mendakwa didera anggota polis yang mengendalikan soal siasat kes berkenaan dengan pelbagai bentuk penderaan. Menurutnya, anak guamannya yang hadir sendiri membuat laporan itu mendakwa dipukul menggunakan getah paip, digari di jeriji lokap dengan tangan melepasi kepala dan belakang badan menyandar di pintu besi berkenaan serta lebih teruk kemaluannya turut dihentak dengan batang kayu memaksa dia mengaku terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik itu.


“Selain itu, dia mengadu diludah di mata oleh seorang anggota polis yang tiada kaitan langsung dengan kes berkenaan dan selepas itu diarah membuat ketuk ketampi kira-kira 60 kali sebelum dia jatuh pengsan.


“Beberapa anggota polis dari Bukit Aman turut bertindak menampar dan menumbuknya ketika soal siasat hingga menyebabkan satu daripada gigi depannya longgar selain bahagian belakang badannya mengalami kesakitan. “Anak guam saya juga mengadu diugut polis bahawa isterinya akan ditahan dan menerima ‘layanan’ yang sama jika dia enggan membuat pengakuan seperti apa yang dikehendaki polis,” katanya ketika ditemui selepas menemani anak guamnya membuat laporan.


Katanya, laporan itu dibuat selepas dinasihatkan pihak Mahkamah Majistret Sepang supaya membuat laporan berhubung dakwaan berkenaan sebelum membuat sebarang kenyataan mengenainya.


“Laporan dibuat di IPD ini kerana anak guam ditempatkan dalam lokap di sini untuk seketika hari ini (semalam), tiada sebarang keterangan diambil dan polis maklumkan dia akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, namun bila dan di mana tidak diberitahu,” katanya.

Readmore..
Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com