Wednesday, November 10, 2010

32 kesan tembakan pada kereta Aminulrasyid

| Wednesday, November 10, 2010 | 0 comments

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu 32 lubang atau kesan tembakan ditemui pada kereta Proton Iswara Aeroback putih yang dipandu Aminulrasyid Amzah, yang mati terkena tembakan, April lalu, ketika diperiksa seorang ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia.

Saksi Pendakwaan ke-24, Ketua Unit Senjata Api dan Kesan Alat, Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Shaari Desa, berkata lubang atau kesan tembakan itu ditemui dari arah belakang di cermin belakang kereta, sisi belakang kereta, ekzos, tangki minyak, bawah kereta dan tayar.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, beliau berkata kereta itu diserahkan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Abd Halim Ismail pada 5 Mei lalu untuk diperiksa. Hasil pemeriksaannya, beliau menemui tiga jenis kerosakan iaitu kerosakan akibat pelanggaran, tembakan dan kerosakan lain.

Dr Shaari memberi keterangan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar dalam perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.

Jenain yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini, pada jam 1.10 pagi, 26 April lalu.

Dr Shaari berkata, hasil pemeriksaan beliau menemui satu lubang peluru masuk dari arah belakang dengan anggaran sudut 13 darjah, dari kiri pada cermin belakang dan menembusi tempat letak kepala kerusi pemandu.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com