Tuesday, November 30, 2010

Kajian cadangan gabung PROTON-PERODUA selesai

| Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments

KAJIAN berhubung cadangan penggabungan PROTON Holdings Bhd dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sudah disiapkan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed.

“Laporan daripada kedua-dua pihak sudah siap tetapi ia belum lagi diserahkan kepada saya mahupun kepada Majlis Ekonomi.

“Selepas laporan itu diteliti, ia akan diserah kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan,” katanya pada sidang media di perhimpunan bulanan dan Hari Kemuncak Inovasi dan Program Kualiti MITI 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Cadangan penggabungan itu dicetus Perdana Menteri pada awal tahun ini bertujuan memastikan kedua-dua pengeluar kereta nasional itu terus berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, sekali gus memberi manfaat besar kepada ekosistem industri automotif secara keseluruhannya.

Berikutan itu, MITI telah mengarahkan kedua-dua PROTON dan PERODUA membuat kajian daya maju berhubung cadangan penggabungan berkenaan.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com