Tuesday, November 9, 2010

Laporan awal banci penduduk 2010 disiar Disember

| Tuesday, November 9, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Laporan awal Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 akan disiarkan pada Disember ini manakala laporan terperinci banci mengikut topik dikeluarkan secara berperingkat mulai April tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata antara maklumat yang akan disiarkan dalam laporan berkenaan adalah mengenai bilangan penduduk dan kawasan.

"Laporan pada April depan adalah laporan asas yang mengambil kira kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang ingin tahu tarikh hasil statistik bancian penduduk akan disiapkan selain mengetahui peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ketua kampung dalam proses pembancian.

Dalam pada itu, Devamany menjelaskan bahawa proses bancian hanya dilakukan ke atas warga negara Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, terdapat mekanisme lain untuk mengambil kira penduduk yang bukan rakyat Malaysia iaitu melalui agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Banci ini tidak merangkumi mereka yang bukan rakyat Malaysia. Tapi mekanisme untuk ambil kira penduduk ini ada di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran, Imigresen dan juga agensi-agensi lain termasuk juga kerajaan negeri.
"Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat di kawasan itu sendiri untuk menghubungi agensi berkenaan untuk mencari penyelesaian yang baik mengenai hal ini," katanya.

Selain itu, Devamany berkata JKKK dan Ketua Kampung tidak perlu menyenaraikan penduduk di bawah seliaan mereka.

"Pembancian dijalankan oleh pembanci menerusi lawatan ke tempat kediaman penduduk tersebut pada Hari Banci (6 Julai 2010)," katanya. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com