Thursday, November 25, 2010

PM akan umum projek baru minyak, tenaga dan gas 30 Novembe

| Thursday, November 25, 2010 | 0 comments

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka mengumumkan projek pembangunan baru serta beberapa projek permulaan (EPP), yang akan meningkatkan sektor minyak, gas dan tenaga, pada 30 November.

"Beliau (Najib) akan mengumumkan beberapa projek yang sudah disahkan dan memberikan perkembangan mengenai projek sebelumnya," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala pada Persidangan Bersama MAJECA-JAMECA ke-29 di sini, hari ini.

Idris yang membentangkan kertas kerja Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sebelum itu, bercakap kepada pemberita mengenai maklumat terkini dan tumpuan 2011.

Beliau berkata, untuk tahun depan, tumpuan ialah terhadap melakanakan projek menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang penting untuk ETP.

"Semasa memilih bidang-bidang ini, kami yakin ia mempunyai kelebihan saingan dan memberi daya tahan kepada ekonomi untuk menyerap sebarang kejutan," kata Idris.

Mengulas rasionalisasi subsidi, beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian semula dan menyelaraskannya pada masa yang sesuai.

"Saya berpendapat apa yang kami sudah lakukan ialah memastikan kami dapat mengurus liberalisasi harga berdasarkan harga pasaran," katanya.

Berdasarkan maklum balas, beliau berkata orang ramai bersetuju terhadap usaha merasionalisasikan subsidi, jika kerajaan melakukannya secara beransur-ansur dan bukan peningkatan besar.

Ditanya sama ada kajian semula itu akan dilakukan setiap enam bulan, Idris berkata: "Kami akan maklumkan kepada orang ramai cara ia dilakukan."

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tidak akan diumumkan lebih awal bagi mengelak herotan pasaran, seperti tindakan menyorok barangan oleh beberapa pihak. - BERNAMA

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

THERE ARE MORE HERE

 

Malay Mail Online

The Star Online: Most Viewed: Nation

NST Online: Topnews

The New York Times

The Washington Post

Gossip Cop

Harakahdaily

Malaysiakini

Harian Metro: BeritaUtama

Berita Harian: Mutakhir

Kosmo Online

CNN.com

Followers

Please leave your blog link

© Copyright 2010. insanidaily.com . All rights reserved | insanidaily.com is proudly powered by Blogger.com | Template by insanidaily.com - insanidaily.com