PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menegaskan tapak cadangan membangunkan projek Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka yang bakal menempatkan menara tertinggi di Malaysia itu sebagai lokasi yang strategik.
“Apa yang penting bagi PNB sekarang adalah untuk cuba mendapatkan pulangan lebih baik dengan membangunkan projek itu di tapak berhampiran Stadium Merdeka yang sudah dibeli,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan perwakilan UMNO baru-baru ini supaya bangunan Warisan Merdeka dibangunkan di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Hamad Kama Piah berkata, perkara utama perlu ditumpukan PNB sekarang adalah bagaimana untuk memastikan pulangan yang sewajarnya daripada pembangunan projek itu.
“Soal utama sekarang adalah bagaimana kita menggunakan aset sedia ada dan memperoleh pulangan maksimum daripadanya supaya sekurang-kurangnya ia mampu memberikan pulangan pendapatan berulang antara lapan hingga 10 peratus setiap tahun,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASN 3 di Kuala Lumpur, semalam.
Selain itu, Hamad Kama Piah berkata, pihaknya juga belum lagi melantik kontraktor bagi pembinaan projek berkenaan.
Projek pembangunan bercampur Warisan Merdeka yang akan menempatkan menara 100 tingkat itu akan dibangunkan di kawasan bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara untuk tempoh 10 tahun.
Ia akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.
Kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu pula dianggar antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap menjelang 2015.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
0 comments:
Post a Comment